Total Pageviews

Friday, December 3, 2010

Rasulullah...maafkan aku..

Wahai Nabi Allah...
maafkan aku..
di saat kau perjuangkan agama suci ini,
aku tidak bersamamu..
disaat kau dilontar batu..
aku tak berada disitu..
disaat kau jatuh dalam perangkap musuh di Uhud..
aku tidak memimpinmu..
disaat kau diracun di Khaibar..
aku tak mampu sembuhkanmu..
disaat kau menanggung sakaratulmaut bagi umatmu..
aku tiada menemanimu..
maafkan aku kerana takdir menetapkan..
kita tidak bertemu dalam hayat yang sama..

Wahai Kekasih Allah..
maafkan aku..
kerana leka pelajari hadismu..
kerana malas mengikut sunnahmu..
selalu lupa mengingatimu..
selalu lalai selawat ke atasmu..
selalu degil mendengar nasihatmu..
selalu meninggalkan peringatanmu..
akibatnya ummatmu sering hanyut..
dalam lautan nafsu menggila..

Wahai Rasulullah..
maafkan aku..
aku tidak meneruskan perjuanganmu..
aku leka dalam berdakwah pada ummatmu..
aku biarkan ummatmu menjadi rosak..
menjadi gay,pengkid,lesbian dan rosak akhlak..
aku bersalah kerana tidak menegur mereka..
aku mohon ampun atas sikap pengecutku dan bacul dalam pertahankan agama ini..
aku biarkan saudaraku ditindas di bumi Palestin..
aku biarkan saudaraku rebah di kaki bar..
aku biarkan saudaraku tercungap-cungap kepuasan zina..
aku biarkan bayi-bayi comel yang sepatutnya menjadi ummatmu...
mati bergelimpangan di buang saudaraku sendiri!!
aku biarkan ummatmu, sahabat-sahabatku, saudara-saudaraku ini,
lemah fahaman agama..
iman mudah rapuh dan goyah..

Ya Nabi..
aku gagal dalam mempamerkan akhlak Islam di mata masyarakat dan sahabat-sahabatku sendiri..
sehingga mereka mencemuh akhlakku..
dan mencemuh dakwahmu..
aku lemah dalam pengendalian iman dan nafsu sendiri..
aku tumbang angkara diriku sendiri..
alangkah malunya aku untuk menatap wajahmu di akhirat kelak..
kerana dosa yang ku lakukan terlampau banyak..

Ya Rasul..
maafkan aku..
kerna tidak menjadi ummat terbaik yang kau harapkan..
sungguh banyak dosaku padamu..
apatah lagi pada Allah Yang Satu...