Total Pageviews

Monday, May 23, 2011

pesanan dari Batu 14..

kenapa umur mereka singkat sangat???

itu persoalan yang asyik menerpa aku saat aku tatap berulang kali wajah-wajah anak-anak yatim At Taqwa yang sudah menjadi arwah akibat kejadian tanah runtuh 21 Mei lalu.. jauh disudut hati aku merasakan alangkah baiknya jika mereka diberi peluang hidup lebih lama, mungkin mereka boleh berbakti untuk agama??

kenapa mesti mereka???

018243790 Gambar Tanah Runtuh Batu 14 Hulu Langat
bukan kelab-kelab malam yang terlalu melambak di KL?? bukan bohsia, bohjan dan pondan di belakang pasar raya setiap malam?? kenapa mesti orang-orang yang terdidik akhlaknya, orang yang tinggi ilmunya, orang yang menghambakan diri sepenuhnya kepada illahi??? banyak pemimpin yang jadi hamba pada nafsu serakah, teramat ramai orang-orang yang tak tau harga maruah kenapa Allah tidak timpakan mereka itu tanah runtuh??? kenapa airmata mujahidin yang perlu berlinang??018243780 Gambar Tanah Runtuh Batu 14 Hulu Langat

mereka antara insan yang tak reti nak "couple-couple" nie..mereka bukan insan yang suka nak memonyetkan diri(istilah untuk orang yang suka cinta monyet) dan mereka bukan jenis manusia yang lupakan Quran dengan menekan handphone (msg la tu) jadi persoalannya kenapa mesti mereka????

kenapa tidak kita??

bukankah kita yang selalu melupakan Allah?? bukan kita yang selalu meninggalkan Allah sedangkan Allah tak pernah meninggalkan kita?? kita yang diberi tempoh hayat yang lebih lama dari mereka, yang tidak pernah tulus cinta pada Allah bukankah kita yang patut dimatikan??? bukankah mulut kita yang jarang berzikir malahan yang selalu "pok pek pok pek" waktu azan patut dipenuhi dengan tanah??
018244625 Gambar Tanah Runtuh Batu 14 Hulu Langat

orang kita menangis dengan tragedi ini tetapi tidak menangis melihat betapa teruk kekurangan diri!! orang kita rajin sedekahkan Fatihah buat arwah (tak salah) tetapi jarang untuk sedekahkan doa buat diri!!

bencana ini besar hikmahnya.. Allah mematikan hambaNya yang masih muda dalam keadaan hambaNya tidak berada ditempat maksiat, arwah kebanyakannya masih muda bermakna tidak sempat untuk melakukan maksiat seperti kita selalu menyempatkan diri!!

arwah meninggal dalam keadaan yang cukup baik, dalam keadaan bumi amat menerimanya tidak seperti Mustafa Kamal At Tartuk dan Firaun-firaun yang lain, arwah meninggal tanpa hutang piutang, tanpa musuh-musuh..

sekarang cerminkan diri kita andai kita meninggal pada waktu yang sama tetapi dilokasi yang biasa kita berada, depan komputer tengah online??? depan tv?? tidur di atas tilam "Vono"?? tengah press motor sekuat yang boleh?? tengah melepak??? alangkah buruknya kematian kita..

dari satu segi kita sewajibnya bersyukur kerana Allah masih memberi peluang untuk kita membetulkan segala yang salah, namun dari satu segi yang selalu aku terbayang dan amat menakutkan, adakah mungkin Allah tengah beri petanda bahawa aku sendiri akan diazab lebih teruk daripada itu????

nauzubillah..

"antara tanda dekatnya kiamat adalah kematian para ulama"

moga Allah tempatkan kita dan mereka disisi hambaNya yang dikasihi..amiin..

Wednesday, May 18, 2011

Earth Hour VS Nakba

Ada tak antara kita perasan mengenai Earth Hour yang jutaan manusia sambut pada 26 Mac lepas begitu meriah sebenarnya??? dalam fb orang berkempen, dalam blog orang berhujah dan tepat pada waktu yang ditetapkan kebanyakan bandar-bandar utama setiap negara mula memadamkan lampu masing-masing selama sejam.
Indah sangat bila lihat anak-anak Melayu Islam juga beriya-iya menyambut seakan-akan ia perayaan wajib, aku tak kata sambutan tu salah korang jangan salah faham lak...sambutan tu bagus dan hebat dalam menekankan peranan masing-masing supaya jangan membazir elektrik, SOKONG 100%
masing-masing main peranan, t-shirt melambak-lambak terjual kat pasaran tapi... aku ingatkan rakyat Malaysia prihatin, aku diam je bila sampai 1 tarikh yang amat penting..tarikh yang buat jutaan mata pejuang Islam yang kental akan berlinang, tarikh yang buat aku dan hampir semua aktivis Islam menyalahkan diri...

tarikh nie tiada pula t-shirt melambak, tarikh nie fb sepi selain "in relationship" tak habis-habis...dalam blog mereka yang meraikan Earth Hour pun perkara nie tak disentuh..mana pergi anak Melayu Islam yang kononnya prihatin tadi???? mana pergi tukang kempen yang sayang sangat kat bumi tadi??

malu bila aku sedari, manusia akhir zaman lebih menyayangi bumi berbanding Islam.. mesti korang confiuse tarikh apa yang aku maksudkan..ok aku bagi klu..

tarikh dia 15 Mei.....ha mesti korang yang ammmmmmmaaaat prihatin tau kan??? ha!!!! tak tau???? 15 Mei 1948 tak tau??? malunya.... sampai hati korang kan..

tak patut korang wat camnie!!! tak patut langsung..perayaan yang entah mana halatuju korang sambut dengan meriah, "perayaan" Malapetaka korang tak sambut pun...

Fail:Man see school nakba.jpg

Nakba Day..pernah dengar??? atau soalan sepatutnya, pernah tahu????
ini adalah hari memperingati 500 BANDAR dan KAMPUNG diceroboh Israel laknat yang menyebabkan 700 000 saudara korang terpaksa jadi pelarian dibumi sendiri.. 
maaf pembetulan,
700 000 saudara Islam (bukan korang) terpaksa jadi pelarian dibumi sendiri..
bagi korang ini cuma berita jelah kan??? korang tak pernah fikir mungkinkah mak bapak korang yang umur makin lanjut tu yang jadi pelarian, korang tak pernah fikir orang yang korang sayang mati ditembak sesuka hati, korang tak pernah bayangkan adik-adik, anak saudara korang yang bayi-bayi mati akibat kebuluran..

korang tak pernah fikir!!! tak pernah nak rasa sayang!!!! tak pernah nak ambil berat pasal dunia Islam!!!
macam mana korang boleh bersemangat sambut Earth Hour tapi lesu dalam Nakba??? malu la kat diri sendiri..malu sangat-sangat..

untuk penutup, izinkan aku bertanya..saat kau disoal dalam barzakh nanti,
 "Siapakah saudaramu??"
korang mesti nak jawab "orang Islam saudaraku"

betulkah??????

Sunday, May 15, 2011

aku dan donkey

 ""Aku hairan.Mengapakah kau diciptakan Allah menjadi manusia?Kan lebih baik kau menjadi haiwan." 


kata-kata tajam yang terdapat di dalam filem "Ibu Mertuaku" ini bukan sekadar lakonan, bukan sekadar kata-kata biasa, ia mengandungi makna yang amat besar. skrip dari filem hebat ini menggambarkan kebencian Kassim kepada mak mertuanya, tetapi skrip ini juga selalu bergema dalam hati aku bila melihat terlalu banyak keldai-keldai yang berdua-duan disetiap ceruk, sudut dunia yang aku lewati..sakit je hati aku tengok kerja kurang cerdik (bodoh) keldai nie buat..


"dah sakit, tak yah la tengok"


perghhhhh!!!!!  20% hati aku dah terbako dengar kata-kata keldai nie (keldai berkata-kata????)tapi bila aku muhasabah diri balik, ada benarnya kata-kata dari keldai tu.. disebabkan itu aku pun meneruskan perjalanan ke tempat lain sambil aku khusyu' memikirkan falsampah keldai Al-Mangkukhayyun(gelaran aku bagi) yang ternyata ada benarnya... untuk menghiangkan haus, aku duduk di bawah satu pokok besar dekat tepi jalan...


"hehehe betul ke u nak bine kandang besar buat i??? eeeeee beznye"
"tapi u kene la bagi i anak ramai-ramai tau, i suke dak kecik"
"hehehe, jaaat u nie..gatai"


tesembur air aku baru minum tadi, betul-betul buat basah tekak je, terkejut bila terdengar suara disebalik pokok yang besar tu.. aku pun menjalankan aktiviti skodeng aku..akhirnya baru aku tahu suara tu datang dari 2 ekor keldai yang lain pula... aku pun bercakap dengan suara lunak 


" mak ai geli giler dengar ayat abang dan akak keldai tadi"


"dah geli tak yah la dengar, sebok je"


perghhhhhh!!!! aku terpana, 20% lagi hati aku mula terbako dengan falsampah keldai nie yang lebih kurang sama dengan keldai Al-Mangkukhayyun tadi,, huh tapi macam tadi aku pun berlalu pergi bila terasa rasional kata-kata keldai tersebut...kenapa aku nak sibuk-sibuk kan???  langkah demi langkah kaki aku menapak tiba-tiba tersepak pulak dahan pokok yang tumbang..


"cilakak toi la dahan pokok nie"


tiba-tiba dahan tu bercakap ngan aku


"abang lagi cilakak dari saya"


aku mula keliru sebab tadi aku berjumpa dengan keldai bercakap, sekarang dahan reput..aku dah gila????
dahan tu menyambung cakap ngan aku...


"kalau abang cegah perbuatan keldai-keldai yang abang jumpa tadi mesti saya tak jadi macam nie!!!"


dahan tersebut mula menangis...


dan akhirnya aku baru faham apa yang terjadi..
keldai tadi adalah golongan manusia yang suka berdua-duan (couple/dating)
dahan pokok tumbang tadi adalah bayi terbuang atau anak haram


aku sepatutnya mencegah maksiat yang pasangan couple tadi buat.. lantak aku la nak pandang atau dengar apa-apa perkara sekalipun sebab Allah bagi aku kebolehan mendengar dan melihat.. tapi pasangan couple macam tu tak boleh berbuat sesuka hati sebab maksiat yang diorang buat tu diatas tanah milik Allah!!! bukan milik diorang.. dah duduk dekat tanah milik Allah, ikutlah perturan Allah!!! kalau taknak ikut pergi "cari" tempat lain, tak payah duduk dekat tanah nie... kita yang menyibuk kat bumi Allah, kita!!!!

dan akhirnya yang menjadi mangsa adalah bayi-bayi malang yang dibuang atau anak-anak haram..mereka jika lahir dengan ikatan yang sah insyaallah akan menjadi dahan segar yang memberikan manfaat..tetapi sayang ia tidak terjadi, akibatnya bayi malang selalu mati dijalan, anak haram selalu disepak dan dimaki orang.
untuk kes ini, keldai( pasangan couple) dan aku (masyarakat) bersalah!!!! pasangan cople salah sebab buat maksiat, masyarakat salah sebab meredhai maksiat yang dilakukan..pasti nanti makin banyak dahan reput tumbang ditengah jalan dan semua akan menyalahkan kita kerana bersubahat dalam maksiat!!!!!


astaghfirullahalazim... sedarlah, mengapa kita dicipta sebagai manusia,bukan binatang???