Total Pageviews

Sunday, May 15, 2011

aku dan donkey

 ""Aku hairan.Mengapakah kau diciptakan Allah menjadi manusia?Kan lebih baik kau menjadi haiwan." 


kata-kata tajam yang terdapat di dalam filem "Ibu Mertuaku" ini bukan sekadar lakonan, bukan sekadar kata-kata biasa, ia mengandungi makna yang amat besar. skrip dari filem hebat ini menggambarkan kebencian Kassim kepada mak mertuanya, tetapi skrip ini juga selalu bergema dalam hati aku bila melihat terlalu banyak keldai-keldai yang berdua-duan disetiap ceruk, sudut dunia yang aku lewati..sakit je hati aku tengok kerja kurang cerdik (bodoh) keldai nie buat..


"dah sakit, tak yah la tengok"


perghhhhh!!!!!  20% hati aku dah terbako dengar kata-kata keldai nie (keldai berkata-kata????)tapi bila aku muhasabah diri balik, ada benarnya kata-kata dari keldai tu.. disebabkan itu aku pun meneruskan perjalanan ke tempat lain sambil aku khusyu' memikirkan falsampah keldai Al-Mangkukhayyun(gelaran aku bagi) yang ternyata ada benarnya... untuk menghiangkan haus, aku duduk di bawah satu pokok besar dekat tepi jalan...


"hehehe betul ke u nak bine kandang besar buat i??? eeeeee beznye"
"tapi u kene la bagi i anak ramai-ramai tau, i suke dak kecik"
"hehehe, jaaat u nie..gatai"


tesembur air aku baru minum tadi, betul-betul buat basah tekak je, terkejut bila terdengar suara disebalik pokok yang besar tu.. aku pun menjalankan aktiviti skodeng aku..akhirnya baru aku tahu suara tu datang dari 2 ekor keldai yang lain pula... aku pun bercakap dengan suara lunak 


" mak ai geli giler dengar ayat abang dan akak keldai tadi"


"dah geli tak yah la dengar, sebok je"


perghhhhhh!!!! aku terpana, 20% lagi hati aku mula terbako dengan falsampah keldai nie yang lebih kurang sama dengan keldai Al-Mangkukhayyun tadi,, huh tapi macam tadi aku pun berlalu pergi bila terasa rasional kata-kata keldai tersebut...kenapa aku nak sibuk-sibuk kan???  langkah demi langkah kaki aku menapak tiba-tiba tersepak pulak dahan pokok yang tumbang..


"cilakak toi la dahan pokok nie"


tiba-tiba dahan tu bercakap ngan aku


"abang lagi cilakak dari saya"


aku mula keliru sebab tadi aku berjumpa dengan keldai bercakap, sekarang dahan reput..aku dah gila????
dahan tu menyambung cakap ngan aku...


"kalau abang cegah perbuatan keldai-keldai yang abang jumpa tadi mesti saya tak jadi macam nie!!!"


dahan tersebut mula menangis...


dan akhirnya aku baru faham apa yang terjadi..
keldai tadi adalah golongan manusia yang suka berdua-duan (couple/dating)
dahan pokok tumbang tadi adalah bayi terbuang atau anak haram


aku sepatutnya mencegah maksiat yang pasangan couple tadi buat.. lantak aku la nak pandang atau dengar apa-apa perkara sekalipun sebab Allah bagi aku kebolehan mendengar dan melihat.. tapi pasangan couple macam tu tak boleh berbuat sesuka hati sebab maksiat yang diorang buat tu diatas tanah milik Allah!!! bukan milik diorang.. dah duduk dekat tanah milik Allah, ikutlah perturan Allah!!! kalau taknak ikut pergi "cari" tempat lain, tak payah duduk dekat tanah nie... kita yang menyibuk kat bumi Allah, kita!!!!

dan akhirnya yang menjadi mangsa adalah bayi-bayi malang yang dibuang atau anak-anak haram..mereka jika lahir dengan ikatan yang sah insyaallah akan menjadi dahan segar yang memberikan manfaat..tetapi sayang ia tidak terjadi, akibatnya bayi malang selalu mati dijalan, anak haram selalu disepak dan dimaki orang.
untuk kes ini, keldai( pasangan couple) dan aku (masyarakat) bersalah!!!! pasangan cople salah sebab buat maksiat, masyarakat salah sebab meredhai maksiat yang dilakukan..pasti nanti makin banyak dahan reput tumbang ditengah jalan dan semua akan menyalahkan kita kerana bersubahat dalam maksiat!!!!!


astaghfirullahalazim... sedarlah, mengapa kita dicipta sebagai manusia,bukan binatang???

1 comment:

  1. keldai sebegini mmg bersepah..
    mmg kena bertindak sebelum bertambah parah!

    ReplyDelete