Total Pageviews

Friday, February 18, 2011

tangkap aku jika kau Islam!!

sejak aku mulakan tazkirah subuh di sekolah, sejak itu hidup aku diselubung fitnah..fitnah yang asalnya dimulakn kumpulan kecil kini menjadi satu isu sensasi di meja orang tertentu di sekolah.. nik sesat, nik pemberontak tu gelaran lazim lah...nak femes sikit nik terpengaruh dengan parti politik pulak...

namun hebatnya orang-orang tertentu ini mereka tidak mengatakan secara berdepan dengan aku.. takut? wallahualam tapi mereka suka hantar wakil yang tak tahu menahu datang interview aku.. kalau benar nak siasat aku suka lah coz memang aku tak buat salah.. tapi kalau datang nak menyakitkan hati aku semata-mata bukan nak selesai isu itu aku kata spesies kurang pintar..

dah boring siasat aku, orang-orang tertentu panggil pulak orang yang jadi audiens aku..ok tak kisah la yang penting siasat betul-betul jika aku bawak ajaran sesat dan menyimpang... tapi lain pulak jadinya.. orang yang kena siasat tu seakan-akan dipersalahkan kerana pernah menjadi audiens aku..n paling teruk seakan-akan disalahkan kalau pernah bagi komen dalam group tazkirah yang aku tubuhkan dalam facebook..terok diorang nie..
siasatlah isu kandungan tazkirah aku. datang ke surau tiap kul 7 tiap hari dengar dengan telinga sendiri apa yang aku sampaikan, pakai mata Allah bagi tengok aku ada ke buat pujaan tertentu.. tapi diorang taknak, diorang malas, tapi diorang rajin bab memburukkan dakwah..

memang betul aku sendiri belum cukup ilmu, tapi siapa yang pernah cukup ilmu????? kalau diorang rasa ilmu diorang lagi tinggi kenapa tak wujudkan tazkirah camnie setiap hari cam aku buat??? kenapa tak diorang gerakkan dakwah?? aku tahu diorang nie sibuk, banyak urusan kene buat ok fine lah so support la aku.. tapi jangan memburukkan aku.. kita sama Islam, kita nak capai perkara yang sama.. salah ke aku nak belajar tunaikan tanggungjawab sebagai khalifah???

yang paling unik orang-orang tertentu nie..maybe kes cam kes aku nie jarang jumpa jadi berlumba-lumbalah diorang nak "menyelesaikan".. bagi diorang kes dating camtu dah boring.. sebab tu makin ramai yang kuat berdating sekarang nie.. bagi diorang kes aku nie jika dapat dirungkaikan adalah suatu kemenangan..
selesaikanlah, rungkaikanlah, lihat jika benar aku bersalah, buktikan aku bersalah dan yang paling utama aku pohon sekiranya orang-orang tertentu ini yakin benar aku patut disekat..aku cabar tangkap aku time aku bagi tazkirah dengan kuasa yang mereka ada sekiranya mereka orang beriman!! kalau rasa Islam so cegah lah "maksiat" aku buat.. seret aku keluar dari surau ke tapak perhimpunan!! maklum kat semua warga sekolah kata aku menyimpang!! gantung aku dari persekolahan dan waktu tindakan ini jika benar diambil aku akan pandang wajah tiap yang menganiaya aku dan aku akan bersumpah demi Allah sekiranya dakwaan mereka palsu dan mereka berbuat begini untuk merendahkan Islam aku pinta Allah berikan hukuman yang setimpal samada ketika di dunia atau diakhirat kelak!!! 

Berani kerana benar, aku persilakan tangkap aku kalau benar aku salah... malukan aku, hinakan aku depan khalayak ramai.. sekiranya orang-orang ini tak berbuat demikian sesungguhnya mereka tergolong orang yang bacul dan munafiq!!!

dan ingatlah walau bagaimana hebat sekalipun mereka menghalang ilmu Allah disampaikan di sini, ilmu Allah takkan berhenti.. ratusan nik aziz lagi akan datang menyambung perjuangan ini..kami tidak gentar sekalipun dengan fitnah yang anda lemparkan... dan ingatlah bumi Allah ini luas, pasti kita akan berjumpa suatu masa kelak di luar nanti.. insyaallah!!!

p/s: kalau ada yang terasa hati, aku lagi terasa hati, kalau da yang nak marah, aku lagi nak marah tapi aku tahan sebab aku sayang kat korang!!!