Total Pageviews

Tuesday, March 29, 2011

sebelum engkau bergelar pakwe....

hai kaum sejantinaku... andai kau punyai maruah dan harga diri...aku cabar engkau dengan 10 perkara..jika 10 perkara ini dapat kau lakukan, couple la dengan sesiapa pun..dating la kat mana-mana pun..aku tak kacau malah  aku menyokong sepenuhnya.. dan buat kaum berlawan jantinaku.. jangan la terlalu murahkan dirimu, naikkan standard tu sikit..dah terlalu rendah citarasa korang pada lelaki yang berkualiti...

sebelum boleh menjadi pakwe seseorang.. pastikan

1) Solat fardhu engkau dah lengkap takde yang tertinggal.. kerana sebelum kau mencintai makhluk..cintailah dulu yang menciptakan makhluk itu(Allah la) kerana engkau sendiri hanyalah makhluknya yang dikatakan para ulama'
"jika air mani yang mengandungi engkau jatuh ke tanah tidak bersenyawa dengan ibumu, ayam takkan patuk, itik takkan menyudu, betapa hinanya diri kamu"


2) Telah khatam Quran sekurang-kurangnya 2 kali... kerana seandainya kau ingin membina keluarga dengan mereka yang kau cintai..binalah dengan syariat Islam...dan Quran itu adalah rujukan tertinggi di dalam Islam.. bukankah hipokrit jika kau menjanjikan pada makwemu bahawa hidupnya akan bahagia disisi kau dan akan memperoleh anak-anak yang soleh sedangkan kau sendiri tergagap-gagap membaca Quran..?

3) Kaki surau/masjid... maksud di sini bukanlah kau hanya pergi solat di surau/masjid tapi kau hadiri pengajian ilmunya, kau ikuti program ibadahnya dan kau dikenali oleh imam dan jawatankuasa surau/masjid.. bukan apa...ramai tok kadhi pelik, orang yang tak pernah dia tengok solat kat surau/masjid tiba-tiba mengaku ahli kariah masjid then nak dinikahkan kat situ..baju melayu meriah bagai tapi kat luar berseluar pendek je.. sedih-sedih...

4) Mampu menyembelih haiwan... mampu di sini bukan la bermaksud cukup sekadar kenal je urat nafas dan urat makan (merikh/marikh) tetapi boleh mengangkat pisau atau parang untuk memutuskannya.. ini adalah lambang kejantanan sebenar sejak zaman Nabi Ibrahim..kalau takleh sembelih memang tak layak la jadi lelaki dalam bahasa kasarnya...

5) Kuasai ilmu feqah... nie masalah utama..ramai lelaki Islam kita tak paham pun maksud feqah..tau nak wat hukum sendiri je.. then bagi alasan menimbun kata tak sempat la, cikgu takde la..khilaf banyak la tapi kalau part menuntut ilmu kebal, ilmu ikan belacak(batin) bukan main berduyun datang.. seseorang yang dalam ilmu feqahnya akan menjaga ibadahnya, seseorang yang menjaga ibadahnya akan menjaga akhlak sahsiahnya, seseorang yang menjaga akhlak sahsiahnya akan menjaga Agamanya.. kalau agama yang dianut sejak lahir tak terjaga, inikan pula nak jaga kekasih yang kita baru kenal 5-6 tahun je..

saudara-saudaraku sekalian..ada 5 lagi cabaran mendatang..namun di lain masa aku coretkan..tetapi nak jumpa lelaki yang mempunyai 5 ciri ini pun payah sekali.. itulah masyarakat kita, masyarakat melayu Islam yang bakal hancur tak lama lagi kalau tiada perubahan dibuat...wallahualam..renung-renungkanlah...

No comments:

Post a Comment