Total Pageviews

Monday, October 24, 2011

Pencinta. Berani. Mati.

Melalui pengalaman, aku pasti kita semua pernah merasakan saat cinta kepada Allah begitu menebal dan mendalam sehingga ada masanya airmata itu mudah benar mengalir bila mengenang dosa-dosa lalu. Namun aku juga pasti terdapat ketika dimana airmata itu tak bergenang pun walaupun berkali-kali kita mengaku bertaubat akan dosa-dosa, terasa payah nak menangis, terasa hati seakan-akan berbelah bahagi antara inginkan taubat atau teruskan maksiat sehingga kita sendiri terasa munafiqnya diri kita kepada Allah...

ringkasannya, ada waktu kita rasa kita betul-betul dekat dengan Allah, namun di waktu yang lain kita terasa jauh dengan Allah..

persoalannya sekarang.. kenapa?

tak boleh ke kita kekal mencintai Allah?? tak boleh ke kita khusyuk setiap kali solat??

sejujurnya, kekal mencintai Allah, khusyuk setiap kali solat amatlah susah!! susah bagi orang yang imannya turun naik macam kita.. susah bagi orang yang gagal mengawal diri sendiri, susah bagi orang yang terlalu memanjakan diri dengan kehendak nafsu, dan pastinya amat susah bagi orang yang sentiasa engkar pada Allah..

susah!! tiada sesiapa berani untuk katakan perkara ini mudah... jika perkara ini mudah pasti tiada orang kafir di dunia sekarang ini, jika mudah pasti tiada sahabat kita yang mengandung sebelum nikah (zina la tu..) jika mudah neraka tidak akan diwujudkan..

mencintai Allah adalah satu perjuangan yang tidak akan selesai sampai bila-bila, ia bukan sekadar kata-kata seperti "I Love U" yang kita biasa ucapkan (korang jela). Mencintai Allah bererti kita ubah seluruh cara kehidupan kita, percakapan, akhlak seperti selayaknya seorang pencinta Allah.. dan ingatlah, perjuangan amat menuntut pengorbanan yang besar. Bukan setakat korban harta dan tenaga semata-mata namun korbankan nyawa demi mencintai Allah!!





gambar kat atas tu adalah gambar syuhada' "Tak Bai", selatan Thailand



aku ada tulis bahawa mencintai Allah adalah perjuangan yang tidak akan selesai sampai bila-bila... kalau macam tu adakah ia perjuangan yang sia-sia? korang tentukanlah sendiri adakah perjuangan ini sia-sia jika Allah berikan ganjaran Syurga?? mungkin bagi korang yang hebat-hebat, hot-hot tak teringin kot kat Syurga Allah sebab tu korang akan kata perjuangan ini sia-sia, tapi untuk pelaku maksiat macam aku amatlah teringin nak masuk Syurga Allah maka perjuangan ini bagi aku amatlah besar ertinya.

orang yang mencintai Allah, hidupnya terasa tenang dan bahagia walaupun ditengah medan peperangan, orang begini orang yang sanggup untuk lakukan apa sahaja demi cintanya.. jika kita inginkan mencintai Allah secara kekal, tidak berubah-ubah, mulai sekarang rasailah kesakitan, kesusahan dalam perjuangan..
dan ingatlah, para nabi, sahabat, ulama', solihin dan siddiqin merasai perjuangan yang sama!

mulai saat ini, halalkan darah, sendi, seluruh anggota untuk berjuang mencintai Allah!!