Total Pageviews

Tuesday, July 26, 2011

Sahabat yang gagal..

sekali lagi.. catatan ini aku khaskan buat sahabat-sahabat yang bersekolah disekolah yang sama dengan aku.. buat yang tidak diharap pedulikan entry nie.. dekat bawah-bawah tu banyak lagi cerita lain..

sahabat-sahabatku..
kita tak tahu bila maut akan mendapatkan kita,
namun kita tahu bahawa sesudah maut akan adanya pemberian balasan
baik kau kat sini, baiklah kau kat sana
dan macam tu jugaklah sebaliknya..
antara yang aku gusar akan terjadi
bila Khaliq mula menyoal kita
mula bertanyakan kepada kita tentang tanggungjawab sebagai sahabat
dan aku pasti aku bukan sahabat yang menjaga tanggungjawab sebaiknya..
sebab aku terlalu bacul, penakut dan dayus untuk tegur sahabat sendiri
tiap kali kau mula terjebak dengan maksiat..

kau tak tahu
mungkin kau tak pernah tahu
tiap hari yang penuh sibuk aku lalui
aku perlukan rehat
dan tiapkali rehat itulah
akan datang sahabat-sahabatku yang lain
mempersoalkan tindakan aku terhadap kau
menghina, mencemuh dan mengeji aku
dan tiapkali itu
dengan hati yang sedih aku ukirkan senyuman
mohon mereka bersabar
mohon mereka berdoa untuk kau
dan kemudian aku dihina lagi
dengan jutaan kata yang amat menghiris hati
ketahuilah sahabatku
saat coretan ini ditulis
hati ini menangis
bukan kerana aku kalah dengan kejian mereka
tapi aku takut aku akan dikeji seperti itu diakhirat sana
aku takut..
tapi pernahkah kau luangkan sedetik untuk memahami ketakutan aku ini??

sahabatku..
bumi ini bukan milik kau
kalau milik kau
kau nak buat apa pun buatlah
namun bumi ini MILIK ALLAH
bagaimana boleh kau angkuh, sombong dan takbur
berpijak diatas tanahNya
sambil melakukan laranganNya??
malulah..
lupakah kau saat kau hilang kekuatan
siapakah yang memimpinmu jika bukan Allah??
saat kau rasakan hidupmu penuh dengan derita
siapakah yang memberi bahagia???
saat kau sedang tidur lemah tak bermaya
siapakah yang melindungimu??
sukarkah untuk memikirkan perkara ini??
fikirlah sejenak
meskipun kau tak mahu mengambil kira perasaanku
fikirkanlah "perasaan" Allah kepada kau..

sahabatku..
ketahuilah
aku tidak membencimu
malahan sampai ke akhir hayat aku akan menjadi sahabatmu
namun jadilah sahabatku sampai ke akhirat
sahabat yang akan membela sahabat yang lain
bukan musuh yang akan menjatuhkan yang lain
harap kau mengerti
harap kau memahami
di usia makin dewasa
kita seharusnya lebih matang berfikir...

dan saat ini
dengan penuh pengharapan
maafkanlah aku kerana gagal menjadi sahabat yang baik...

Sunday, July 24, 2011

Beza antara kita dengan mereka..

dingin pagi itu..
kita kelam kabut bangun..
waktu tu sumbat segala makanan lebih yang ada atas meja
takut nanti azan berbunyi tak boleh makan,
nanti perut lapar..
mana tahan sampai ke maghrib..

tapi..
pagi itu masih hangat bagi mereka..
darah merah yang mengalir menitik ke segenap pakaian itu amat menghangatkan..
asap dari muncung M-16 tak akan biarkan mereka kesejukan..
dengan tenang tanpa tergesa-gesa walau sedikitpun
mereka bergilir-gilir
merasai seteguk air dari botol mineral
cukuplah..
mereka takut tertinggal sunnah
bibir yang mulai kembali kering itu dibasahkan kembali..
dengan zikrullah yang khusyu' tanpa henti
sambil menantikan Subuh masuk..
sayup dengan tenang...

1.30 tengah hari
terasa panas berbahang
lagi tertekan tengok amoi makan aiskrim
perisa mint yang hijau-hijau pulak tu
kalau dapat jilat sikit pun jadi la
sikit je bukan nak banyak mane pun
huh lupa...
kita puasa kan..
hmmm tidur la
tidur tu ibadah kan???
lagi baik dari fikir makanan-makanan nie..

1.30 tengah hari
sahut-sahutan Quran sesudah Zohor tadi masih belum berhenti
dan masih tiada tanda akan berhenti
runsing fikiran mereka
khuatir jika puasa mereka tidak mencukupi
takut hanya lapar dan dahaga sahaja diperolehi
mereka menuntut pahala!!
mereka dambakan maghfirah!!
mereka tangiskan dosa
mereka rindukan Al Quds
mereka merayu Allah selamatkan bumi mereka
jika tidak mereka memohon dikurniakan syahid
cukuplah..
mereka tak mahu kematian yang lain selain itu
terus mereka sabar
mentadabbur Quran dan Hadis..
sambil memerhati kelibat jet pejuang
sambil melilau jika muncung kereta kebal
disasarkan ke "kubu" mereka
"kubu" Kalam Allah di dalam dada..

6.30 petang..
aduuuuuuuuuiiiii
kan dah lambat nie!!!
tertidur punya la lama
sempat lagi tak kalau nak pergi bazar nie
harap-harap makanan banyak lagi
kita terus pecut ke bazar
tanpa kita sedari
"hutang" Asar belum langsai
balik terus buat persediaan
mana boleh minum soya je..
cincau kena taruk
jangan lupa sediakan air kelapa atau tebu
takut tak cukup
bukak tv
tengok jap cerita masak-masak
ops 5 minit lagi nak masuk
cepat tuang air
nasi senduk separuh-separuh
nasi putih dengan nasi tomato
yong tau fu ada lagi..
roti pita syeikh arab pun dah sedia..
"Allahu ak........"
segelas setel
bak sini popia tu!!
jangan mengada-ngada sorokkan pulut bakar..
nyam-nyam...

6.30 petang disana
sesudah doa solat dibaca
mereka mula mengumpulkan semua
duduk di satu ruang sendat dan pengap
di tengah ruang yang sempit itu
imam mula berikan tazkirah
mengalir airmata kaum ibu
mengenangkan nasib wanita yang ramai dalam neraka
merah padam wajah ayah
memikirkan tanggungannya dan amanah yang akan ditanya
air mula diagih
kurma mula diedar
semua mengucap alhamdulillah
tiada siapa yang menyoalkan makanan itu
azan berkumandang..
mereka berdoa, merasai kurma itu
menyudahkan berbuka dengan tegukan air
masing-masing puas
kerana berpeluang melaksanakan ibadah
terus melakukan persediaan untuk maghrib berjemaah..

sesudah tarawih 8 rakaat
kita bersandar kat dinding surau
berborak hal semasa dengan kawan-kawan
menanti moreh..
sesudah moreh
balik ke rumah dengan perut sendat
tengok tv kemudian tidur..

sesudah tarawih 20 rakaat, diikuti witir..
suasana berdengung
bukan kerana mereka berbual
tapi mereka mengeluh
merintih
menangis
mengadu
pada Pencipta
perlahan lahan merebahkan diri untuk tidur sebentar
sebentar lagi nak qiamullail....

bezakah hidup kita dengan mereka??
tidak!!!
kita sama
namun apa yang berbeza
cinta kita kepada Allah
sekiranya difikirkan sejenak
jika sebutir bom gugur di rumah kita dan rumah mereka
roh siapa yang kembali pada Allah
dengan disambut kasih dan mesra???????

Friday, July 22, 2011

bila Allah menyapa..

anehkan..
walaupun statistik murtad makin meningkat, tapi belum ada seorang pun ulama' Islam yang murtad.. tiada seorang pun sarjana Islam murtad dari dulu sampai sekarang..kenapa agaknya???
pelikkan..
makin lama makin ramai "ulama'" sarjana dan orang-orang yang bertaraf hebat-hebat memeluk Islam, dan syukur alhamdulillah tiada pula antara mereka ini yang murtad setelah memeluk Islam..kenapa agaknya???

mereka semua ada satu persamaan... satu je tak perlu banyak.. mereka semua mengkaji Al Quran.. bila ada yang mereka kurang faham mereka mencari hadis, bila masih lagi kekaburan mereka bertanya yang lebih arif dan akhirnya mereka temui satu rasa yang sukar dirasai oleh kebanyakan umat Islam "sediakala" hari ini.. mereka.. jatuh cinta pada Allah..

maka aku mula merasakan..macam mana aku nak jatuh cinta pada Allah?? maka langkah pertama yang wajib aku buat adalah buat apa yang mereka buat.. kaji Quran, bersandarkan hadis dan rujuk orang yang lebih arif.. jadi aku memulakan kajian dengan meneliti terjemahan Surah Az Zumar.. juz ke 24.. entah kenapa aku nak mulakan kajian mulai surah nie..

Al Quran itu mukjizat.. ayat-ayatnya jika kita teliti, fahami dan hayati air mata akan bergenang dengan sendirinya..sebak bila hati ini terasa diketuk dengan ayat Quran.. rasa dipanggil, rasa bersalah.. sedih sangat bila dikaji.. seolah-olah kalam Allah ini ditujukan buat aku.. seakan-akan teguran,pujian, ancaman, janjinya tepat kepada aku.. dan antara ayat yang buat aku rasa sangat sedih adalah ayat 53 surah ini..

Allah memberikan nasihatNya yang cukup menyebakkan iaitu:

Katakanlah(Allah menyuruh Nabi Muhammad S.A.W memberitahu kita): "hai hamba-hambaku yang melampaui batas mencelakakan dirinya sendiri! janganlah kamu berputus asa daripada mendapat rahmat Allah!!! sesungguhnya Allah itu mengampuni dosa seluruhnya!! Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"


rasanya ayat ini amat mudah difahami kalau kita memikirkan makna ayat ini secara mendalam.. bahasa mudahnya Allah nak bagitahu kat kita iaitu orang-orang yang selalu melanggar larangan Allah nie, yang suka mencelakakan (merosakkan) dirinya sendiri, supaya jangan berputus asa minta ampun pada Allah.. Allah sedia memaafkan dengan syarat kita haruslah mintak maaf.. dan Allah punya maaf bukan maaf kecil-kecilan, Allah maafkan kesemua dosa kita!!!! SEMUA!!!!

kalau diperhatikan Allah menyeru kita dengan perkataan "hamba-hambaku".. maksudnya Allah sayang sangat kat kita walaupun kita banyak buat maksiat, walaupun kita selalu lupakan Allah!! tapi Allah tetap ingat kita.. sangat terkilan bila kita tak membalas rasa sayang Allah kat kita..

dosa kita kalau dibentang semuanya sampai sekarang pasti luruhlah mata kita akibat malu untuk melihat segala yang kita pernah buat.. segala perkara yang tak sepatutnya "orang-orang kesayangan" Allah buat!!! betapa teruknya kita!!! tak malu pada Allah yang melihat segala-galanya!!!

aku akan teruskan kajian.. namun alangkah indah jika semua umat Islam dapat mengkaji Al Quran.. jangan kata tak ada masa.. penipu sangat!! luangkanlah masa dengan Allah...

Allah yang tak pernah tak sayang pada hambaNya..meskipun hambaNya menderhaka..
astaghfirullahal'azim..