Total Pageviews

Sunday, October 6, 2013

Sindrom Aku Takboleh Dikritik (A.T.D)..

AWAS!! ini sindrom mudah berjangkit yang mampu merosakkan diri korang dan orang tersayang!!

sindrom yang terlalu dahsyat ini sedang teruk menular dalam segenap darah dan denyut nadi organisasi, institusi, pertubuhan juga jemaah.Semakin hari semakin ramai yang rebah dengan penularannya yang tak mengenal mangsa dan waktu.

simptom-simptom mereka yang menghadapi sindrom A.T.D ini antara yang sempat oleh dilaporkan mangsa yang masih waras antaranya;

1) gagal memahami kritikan atau soalan atau cadangan yang diajukan 
2) suka menjawab dengan emosi, hentam, taram@bantai dan jika semakin kritikal menipu fakta!
3) tidak mahu, tidak akan dan tidak pernah berbaik, bertegur sapa dan beramah mesra dengan orang yang pernah mengkritiknya
4) mempunyai kemampuan luar biasa dengan mencipta sejuta alasan terbaik juga kemampuan luar biasa dengan sejuta cara menghampakan pengkritik/penyoal/pencadang
5) suka menjawab sebelum orang yang mengkritik/menyoal/mencadang habis bercakap (suka potong cakap)
6) suka menyalahkan orang atau pihak lain atas kesalahan yang diletakkan atas dirinya, mirip2 dengan simptom Aku Takpernah Salah (A.T.S)
7) sentiasa nampak salah dan silap pengkritik/penyoal/pencadang dengan ayat cam "cakap lebih kerja taknak" "kritik tak guna saluran yang betul" dan segala yang sewaktu dengannya..

adakah simptom-simptom ini ada pada korang?? ada tak?? jika ada korang dalam masalah yang besar sebab bakal menanggung kesan yang cukup parah..

kesan-kesan penghidap  A.T.D berdasarkan pemerhatian doktor;

1) hidup  penuh keresahan dan tidak tenang bukan kerana dibenci orang sekeliling tapi kerana dibenci diri sendiri (fitrah selaku hamba bertentang dengan nafsu ego)
2) terasa seluruh dunia bermusuh dengan dirinya atau terasa nak bermusuh dengan seluruh dunia
3) sentiasa memohon, meminta, merayu untuk dihormati, dipatuhi dan ditaati tanpa banyak soal
4) sentiasa tidak pernah sedar akan kesalahan demi kesalahan yang dibuat
5) sentiasa meyakini dirinya adalah pejuang manakala orang yang selisih pendapat pada hal yang terlalu kecik dianggap pemberontak, ancaman dan ejen musuh
6) tidak pernah berani menyahut cabaran pengkritik/penyoal/pencadang
7) suka jadi stalker atau spy tak bertauliah yang mengikuti setiap inci kehidupan pengkritik/penyoal/pencadang demi mencari walau secalit kesalahan dan keaiban mereka..

dahsyat gile pesakit-pesakit A.T.D nie.. dan Allah kurniakan mereka dengan "nikmat" muka selamba dan blur bila kita detect diorang ada simptom nie..

tapi jangan risau, alhamdulillah ubat telah ditemui untuk penyakit ini.. 

1) banyakkan meminta maaf sekalipun kita tak bersalah sikit habuk kuman pun pada kesalahan yang ditujukan kat kita sekalipun memang ternyata kita tak de kaitan dengan masalah tu pun
2) maniskan muka, senyum tigeeee atau tempeeee atau peacheesss supaya pengkritik/penyoal/pencadang rasa selesa dan ramah
3) yakin bahawa hablum minannas (hubungan dengan manusia) sangat perlu dijaga setelah hablum minallah (hubungan dengan Allah)..
4) jangan mencari dan akhirnya mencipta ayat untuk memenangi hujah tetapi cari dan cipta cara untuk memenangi hati.. kita suka menang hujah tapi kalah hati kan kan kan..   
5) jangan anggap pengkritik/penyoal/pencadang itu rendah darjat atau tak layak nak kritik kita, letakkan kita yang dibawah dan mereka itu diatas.. anggap mereka lebih baik dan lebih memahami situasi walaupun kebanyakan masa pengkritik/pencadang/penyoal tu melalut tak berhenti disamping menuduh dengan kuang hajaq (kurang ajar)
6) bagi galakan dan penghargaan pada pengkritik/pencadang/penyoal, contoh "terima kasih atas kritikan kau, aku akan pertimbangkan, kritik la aku selalu ek" atau nak bagi power sikit ayat camnie.. "alhamdulillah mungkin Allah nak tegur aku melalui hamba yang dikasihiNya iaitu kau, doakan aku wei"
7) jangan campur adukkan antara masalah yang dibincang dengan masalah peribadi pengkritik/penyoal/pencadang.. ia membuatkan kita nak balas kritikan dengan kritikan lagi dahsyat bin maut

namun kena beringat, tak ramai yang sempat amek ubat-ubat nie.. ada yang ditakdirkan ke lahad sebelum sempat sembuh.. maka pencegahan penyakit kena ada..

1) jangan berkawan, berguru, bersistem dengan kawan, guru atau sistem yang jumud dan totok apatah lagi taasub
2) hentikan mempercayai, mentaati sesuatu tanpa hujah, dalil atau bukti atau bahasa kasar hentikan dari  diperbodohkan
3) banyakkan melepak dan berukhwah dengan mereka yang luar zon selesa kita, jangan terperuk sangat la bro
4) cari guru, kawan yang mampu jujur dan ikhlas menegur kita demi redha Allah, diorang nie yang betul-betul sayang kita.. bak kata seorang yang aku hormati.. 'kawan tu orang yang berkata benar, bukan membenarkan kata"
5) hargai semua makhluk Allah, Allah tak ciptakan sesuatu saje-saje dan sia-sia.. rasai keindahan dan kemanisan syukur pada Allah
6) halang diri dari berkata buruk dan negatif, dan ajar diri untuk sentiasa mencari kata-kata indah dan positif saat dihujani dengan kata-kata buruk dan negatif orang lain
7) insafi kekurangan diri dengan selalu bermuhasabah.. insafi kekurangan organisasi dengan mengajak anggota untuk bermuhasabah..

detailkan maklumat sindrom nie?? macam mana aku boleh hurai sedalam ini?? tak lain tak bukan aku sendiri penghidap sindrom A.T.D nie!!

mulanya aku tak kesah sangat tapi lama-lama baru nampak kesan, sekali kita tolak dan jauhkan pengkritik yang jujur dan ikhlas, Allah balas dengan mendekatkan pada kita pembodek dan pengadu domba (batu api).. cukup sedih bila masuk tahap 4 dimana kita hidup selaku orang terasa sentiasa bagus dan baik daripada orang lain sedangkan aib kita mula terselak sedikit demi sedikit.. aku takut terjebak dengan istidraj yang mengajak aku untuk bertuhankan diri bukan lagi bertuhankan Allah..maka entry kali ini aku tujukan kat diri aku paling utama dan korang-korang pembaca yang aku sayang..  mungkin dengan cara ini Dia yang Maha Penyembuh berkenan menyembuhkan hambaNya yang parah cam aku ini.. 

penghidap A.T.D mampu meranapkan organisasi, pertubuhan dan jemaah yang disertainya sekalipun dia benar-benar bersemangat dan berkemahiran, so ubah sebelum parah k..

p/s: tolong kritik aku plez!

Sunday, August 11, 2013

siapa paling kenal kita??

selain Allah, siapa yang paling kenal diri kita??

siapa??

soalan ustazah selaku pensyarah hari itu amat menggemparkan.. sepertimana selalu sentiasa ada soalan-soalan yang memimpin minda dan jiwa mahasiswa agar memperbanyakkan masa dalam berfikir. tentulah memikirkan sesuatu yang bersifat ilmu yang akhirnya akan mencorak amal..

siapa??

dewan kuliah mulai menggumam dengan pelbagai bunyi, ada yang berbincang jawapan, ada yang berani terus menjawab dan ramai juga yang tak kisah mana dengan soalan tu sambil buat "kerja" (kerja la sangat) sendiri-sendiri..

macam biasa fikiran aku yang menerawang jauh sesuka hati juga terpikat dan terjerat untuk memikirkan soalan tu...

jawapan yang terfikir time tu... mestilah parents kan.. diorang yang jaga kita dari kecik..waaaa rindu pun mendatang teringat kat mama abah...

salah! soalan ini secara umum maka jawapan juga perlu umum dan meliputi semua orang bukan kat kita seorang..kalau jawab camtu mestilah tak adil untuk orang yang tak beribu dan ayah..

hmmmmm ligat lagi otak nie berjalan.... kawan?? guru?? siapa ek.. pasangan kah??? ececeh minda nakal lagi liar pun mula mengkhayalkan untuk teringat pada....................................

SYAITAN!!

tak sempat nak teringat kat sesape diri rasa terhenyak bila ustazah sendiri yang berikan jawapan..

rata-rata terpinga-pinga dengan jawapan tu.. akhirnya masing-masing terdiam akur.. aku lihat ada yang menunduk faham.. aku mencari beberapa wajah yang aku kenali kelembutan hatinya dan seperti dijangka wajah itu basah angkara airmata yang mengalir kerana kesedaran..

ada yang tidak memerlukan huraian dari jawapan itu kerana sudah dapat mengagak dan mampu mengolah dengan citarasa sendiri namun ustazah yang mulia itu tetap menghuraikan khuatir ada yang masih tidak faham atau yang paling digeruninya tersalah faham..

syaitanlah yang paling kenal diri kita setelah Allah! dia tahu segala kelemahan dan kekurangan kita. Oleh kerana itu dia juga tahu bagaimana nak menggoda dan menyimpangkan kita dari jalan ini..

dia (syaitan) cukup kenal dengan perangai kita dan paling awal dia akan serang aqidah kita.. seteguh mana kita berjaya menguatkan diri dengan 6 arkanul iman (rukun iman) itulah tahap godaannya.. dia akan cuba menghilangkan rasa kehambaan kita pada Allah, hilangkan rasa perlunya ketaatan pada perintah Allah, sampai ketahap mensyirikkan Allah.. jika syaitan berjaya menggoda hingga tahap runtuh aqidah maka dia dah boleh relax dah..tak perlu goda hal lain sebab aqidah dah hancur...

sahabat berhati lembut tadi aku lihat terus mengusap mata sambil tersedu..

kalau aqidah masih kuat syaitan akan kacau pulak ibadah, sebab tu ada orang konon mendabik dada mempunyai aqidah paling betul berbanding orang lain tapi ibadah langsung tak jaga..solat ikut suka je.. aduss terasa lak cam ditikam-tikam dengan kata-kata ustazah.. kadang tu ibadah dah ok tapi syaitan hilangkan pulak keikhlasan dalam ibadah..solat tapi bukan kepada Allah tapi untuk manusia..

kalau ibadah (hubungan antara hamba dengan Allah) tetap ok maka beralihlah godaan pada muamalah (hubungan antara manusia dengan makhluk lain).. orangnya nampak warak tapi sombong, kedekut, asyik bermasam muka, tak reti bersosial, ingat dia jela lebih bagus dari orang lain, silaturrahim tak dijaga, aib orang ditayang-tayang, mengutuk, mengumpat..banyak lagi...

waaaaaaa sakit bebenor dada ditusuk-tusuk dengan ayat power ustazah..

akhirnya setelah ibadah akhlaklah yang jadi target syaitan.. banyakkan kita lihat orang yang dikenali sebagai "orang agama" tetapi buruk perangai..dialah yang belasah anak bini, yang bengis, jumud, penipu, pengecut, pemarah dan pelbagai lagi.. natijahnya syaitan at least berjaya membuatkan "orang agama" nie dipandang serong masyarakat sekalipun gagal untuk putuskan hubungan antara orang ini dengan Allah...

dan syaitan akan terus menyerang dari segenap arah untuk empat perkara ini hingga ajal mendatang atau kiamat tiba maka kamu kena ingat betul-betul bahawa Allah bersumpah syaitan benar-benar musuh kamu!! bentak ustazah dengan sedikit keras...

kelas tamat namun obor iman semakin kuat menyala bermula saat itu...

terima kasih ustazah atas perkongsian menarik.. kawan-kawan sekelas mesti kenal dan ingat moment bersejarah nie tanpa perlu diperkenalkan siapakah nama ustazah tersebut..

persoalannya kita betul-betul kena sedar siapa yang kenal kita..baru terasa kita sedang diancam.. dan sepatutnya orang yang diancam sifatnya tak tenang.. tak tenang selagi belum tamat berjuang!

Friday, February 1, 2013

Entry untuk calon JTK

Dengan nama Allah yang menggerakkan jemari, menajamkan fikiran dan memberi kekuatan dengan sehiris ilmu serta pengalaman..

Alhamdulillah siswa siswi  KIAS baru lepas dihidangkan dengan suara-suara calon yang bertanding dalam Pilihanraya Jawatankuasa Tindakan Kediaman (JTK), subhanallah setinggi syabas pada semua calon-calon bertanding yang mampu memberikan ucapan dengan gaya dan stail masing-masing.. loghat kedah, ganu. thailand dan semestinya kelate cukup menarik minat dan menghiburkan. Suatu perkara yang terasa cukup indah buat insan seperti aku bila calon-calon kebanyakannya (tak pasti adakah semua) melafazkan ayat lebih kurang "jika ada yang lebih baik dari saya, maka pilihlah yang lebih baik itu".. ayat nie membuatkan jiwa aku agak terawang-awang memikirkan dan menghayati dalamnya kata-kata, seakan terasa ikhlasnya semua calon yang berucap di malam bersejarah itu.. (siapalah aku untuk mengenal keikhlasan orang) namun agak kelakar juga bila statement aku disanggah beberapa sahabat..

"Ala nik, tu ayat cari publisiti je.."
" dah sorang cakap camtu, semua kena la tiru, nanti orang label ujub pulak"
" kalau diorang tahu ada lagi baik kenapa pergi bertanding??"

dan ada jugak ayat yang dahsyat..

"semua tu terok, baik takyah pegi ngundi"

Masyaallah, walau apa pun pandangan sahabat-sahabat ini aku hormati, namun tidak semestinya aku bersetuju.. soal ikhlas atau tidak itu terserahlah pada mereka dan Allah, jika mereka tidak ikhlas sekalipun maka kita doakan Allah hadirkan keikhlasan itu dalam hati mereka.. adakah kerana melihat ada saudara kita yang lemah maka kita ramai-ramai pergi memijak dia?? sedihnya realiti, menjatuhkan itu terlalu disukai berbanding memimpin orang yang bersalah.. lagi menyedihkan ia lahir dikalangan asatizah..astaghfirullah moga Allah ampuni kita..

penulisan entry kali ini lebih ditujukan mengenai kepimpinan, yang perlu kita muhasabah apatah lagi oleh calon-calon JTK yang disayangi sekalian.. aku mendengar dan sentiasa cuba menghadam tiap janji, manifesto yang korang bentangkan.. Hebat!! cantik!! idea baru!! superb!! dan ternyata bagus. Sejujurnya aku sendiri tidak meyakini aku mampu memikir dan membentang "solusi maslahah" seperti itu.. tahniah.. namun para pembaca blog yang dirahmati Allah.. ada perkara yang kita kena berhati-hati ketika mempersiapkan diri menjadi pimpinan.. ini hanyalah suatu pandangan dhaif dari insan kerdil ilmu.. maka tolaklah jika korang rasakan ia tak patut..

untuk menyelesaikan sesuatu masalah berkaitan orang ramai atau umum maka ia automatik terbahagi kepada dua kategori..

1) Masalah yang hanya mampu diselesaikan dengan adanya kuasa
2) Masalah yang boleh diselesaikan tanpa adanya kuasa

dua-dua masalah ini penting, dan tak boleh sama sekali kita pandang kecil untuk mana-mana kategori.. namun bila korang bertanding di dalam pemilihan jawatan yang akan memberikan korang "kuasa" maka bentang dan huraikan kategori yang pertama..

yakinkan penonton bahawa kalau korang tak dipilih maka masalah itu akan terus menyulitkan hidup kami untuk sepenggal kepimpinan lagi.. jadikan kami betul-betul mengerti tindakan yang korang akan ambil, tunjuk solusi bukan sekadar menyatakan! dan sekalipun korang benar-benar hanya nak menyatakan (tak sempat hurai, masa pendek katanya) maka nyatakan masalah yang kami sukar nak selesaikan sendiri dan kehadiran korang mampu meringankan beban kami..

contoh: Masalah siswa siswi sukar mendapat rumah sewa yang berkualiti setelah "dihalau" dari asrama

sekali pandang isu nie macam tak relevan sebab isu nie diluar asrama. tak ada kena mengena dengan JTK tetapi cubalah pandang dengan lebih jauh betapa 999 (katanya) pelajar asrama bingung memikirkan kemana nak cari rumah sewa.. sebahagian dari mereka dapat rumah sewa yang hampeh, menipu, yang tak layak dipanggil rumah sewa! rumah sewa jauh di hujung ceruk sampai tak ada line telefon (nak call polis pun payah)

cuba la korang sedar janji manis korang tu tak begitu bermakna buat sebahagian besar kami yang perlu mencari rumah sewa tak berapa lama lagi, kami akan keluar sebelum sempat "kenyang" dengan janji yang korang akan tunaikan.. stress dan derita yang kami rasai terutama pelajar luar kelantan.. kami takut memikirkan saat kami akan "terkapai-kapai" nanti..

solusinya : wujudkan sebuah pelan pendudukan pelajar yang akan keluar dari asrama
-muafakat dengan ketua-ketua kampung untuk korang dapat buat list semua rumah sewa yang terdekat, berkualiti dan harga berpatutan.. semua maklumat penting pasal rumah tu boleh diiklankan sebagai pilihan buat kami, at least kami tak hidup dalam blur lagi.. mulakan dengan kampung-kampung atau taman yang tak lebih lingkungan 5 km dan harga tak terlalu mahal.. promote rumah sewa yang dekat dengan masjid atau surau sebagai peringatan buat kami untuk jaga solat jemaah..ambik tahu arah hidup kami nanti, dengan masyarakat yang macam mana yang kami akan hadapi..

dari situ wujudnya jalinan budi, jalinan budi percayalah akan dihargai sampai mati untuk orang yang waras dan bersyukur.. terasa ada orang yang melihat, merasai dan membantu kami.. jangan pandang remeh isu ini.. namun jangan pula rasa ia terlalu berat untuk dilaksanakan, segala masalah yang dihadapi jika kena step menghadapi apatah lagi dengan pertolongan Allah maka ia mampu diselesaikan..

rata-rata calon banyak menabur janji kategori kedua, kategori yang tak perlu ada kuasa tapi mampu dilaksanakan.. benda nie semua orang boleh buat samada berjawatan atau tidak.. bagus untuk korang buat tapi tak cantik untuk dibentang depan khalayak..

contoh: solat jemaah
 -rata-rata nak menambah bilangan jemaah di MKL, alhamdulillah bagus cita-cita tu dan semoga tercapai.. tapi tak perlu jadi JTK pun korang boleh ketuk pintu 1 asrama untuk kejutkan orang kan?? korang boleh buat pelbagai cara lain yang tak memerlukan kuasa kan?? takkan la nak kejut orang kena kenalkan diri korang tu ketua sakan dulu! mengarut!

dalam bahasa kasarnya seakan-akan korang cuba sampaikan "saya akan bantu tingkatkan bilangan saf kalau saya berjawatan, kalau tak pilih saya jangan harap saya mampu tolong"

dan untuk isu solat jemaah nie patutnya korang serlahkan diri sebagai "muka MKL" baru orang tak meragui.. esok subuh selepas ucapan gergasi korang, aku cuba perhati siapakah calon yang akan hadir berjemaah sekalipun tak menjadi imam.. takde!!! dari 7 calon muslimin sorang pun tak hadir subuh pertama hari berkempen tu walaupun 4 orang dari korang telah aku cuba kejutkan sebelum azan..subuh berikutnya baru nampak muka.. takpelah mungkin korang penat dan terlupa tapi tolong jangan selalu.. kami nak pimpinan bukan sekadar memimpin di asrama tetapi memimpin solat, tazkirah yang bakal memantapkan ibadah kami.. Rasulullah S.A.W pun pemimpin gak, di dalam dan luar masjid, maka contohilah..

selepas nie jagalah kebajikan kami samada berjawatan atau tidak.. semua yang berucap malam gemilang itu telahpun kami pandang sebagai pemimpin kami.. bantulah calon yang menang dalam menjalankan amanah berat ini..dalam masa sama laksanakanlah janji korang sepenuh kudrat dan minat..

"eleh cakap je lebih kau nie nik, kalau terror sangat kenapa tak bertanding"

haha mesti ramai cakap camtu..jawapan aku.... "Allah tak izin lagi".. istikharah sentiasa memberikan jalan, percayalah!!

" membantu dalam perkara yang kita sepakati,
memaafkan dalam perkara yang kita selisihkan"

wallahu'alam




Wednesday, January 16, 2013

kenapa terhenti??

Dengan nama Allah, Yang Melihat dan Mengawasi kita semua.... semoga entry ini terpelihara dari bisikan syaitan dan godaan nafsu yang mencengkam...

kenapa terhenti?? itu soalan paling biasa yang ditanyakan kat aku oleh sahabat-sahabat yang biasa membaca blog nie..

"aku check ritu kau tak update pape pun"
"dulu semangat sangat, sekarang terbengkalai"
"tulis la balik, sayang kalau tinggal camtu je"

dan pelbagai lagi komen yang menghenyak diri.. syukur dan segala puji bagi Allah sebab izinNya kali nie aku menulis balik setelah sekian lama blog ini ditinggalkan... dan lebih tinggi lagi syukur bila Allah menyedarkan aku akan jutaan kekurangan diri yang salah satunya akan aku dedahkan disini..ia bukan membuka aib, ia bertujuan membuka minda pembaca.. malahan secara peribadi aku lebih sanggup membuka aib diri asalkan ia dapat membuka pandangan dan minda orang lain..

sejujurnya, tiap kali ditanya soalan kenapa aku tak update blog ini, maka aku akan jawab secara direct aku busy atau aku takde idea.. "fahaman" nie sebenarnya tersangat banyak meluas sampai aku terikut-ikut dan boleh bagi jawapan secara direct macamtu.. betulkah??

maka disini perlunya muhasabah.. dalam muhasabah inilah hati akan berfatwa.. dalam fatwa hati itulah airmata menitis jugak akhirnya..

adalah sangat-sangat tak logik kalau nak bagi alasan "aku busy".. dan alasan itu tersangat tak logik bila kita terjun dalam dunia Islah apatah lagi dunia dakwah.. alasan tu sangat tak masuk akal.. maka hati bertanya saat itu..

"apa yang busy sangat??"
"siapa kau sampai terlalu busy??"

maka minda main peranan menegur aku dengan mengingatkan, aku hanyalah seorang pelajar, seorang anak, berbanding Dr Yusuf Al Qaradhawi yang merupakan seorang ayah, guru, ulama', presiden persatuan ulama' sedunia yang MASIH MAMPU menghasilkan karya-karya buat umat Muhammad S.A.W ini diusia yang begitu tua!!! jika diukur tempoh masa aku berhenti update blog maka terpampanglah jeleknya "fahaman" ini kerana saat yang sama Dr Yusuf Al Qaradhawi mampu melahirkan kitab yang baru (kitab bukan entry blog yang "sehelai" nie!!)

maka tertunduklah aku serba malu.. siapalah aku untuk dibandingkan dengan Dr Yusuf Al Qaradhawi?? siapa lagi sibuk antara kami sebenarnya??? siapa lagi tua??? maka macam ditulis tadi, alasan nie takkan mungkin boleh diterima oleh akal yang sihat.. hanya kerana akal aku yang sakit maka saat alasan itu diberikan aku merasakan itulah jawapan yang terbaik... astaghfirullaha'azim

"aku takde idea"

maka hati mula ganas mengasak soalan...

"tak cukup lagi ke kerosakan, kecacatan dan kemusnahan umat yang kau lihat, dengar sampai kau tak mampu nak menulis sesuatu untuknya??"
"tak cukup lagi ke saudara-saudara kau disegenap dunia merayu ihsan kesedaran umat untuk membantu mereka maka kau terus nak duduk kaku??"
"tak adakah walau satu pengajaran berguna dari ratusan guru-guru yang pernah kau pelajari darinya bertahun-tahun sehinggakan kau tak mampu terbitkan satu kebaikan darinya yang boleh dikongsi dalam entry??"

detik itu minda memainkan persoalan yang cukup menyedihkan...

"nik, tak cukup lagikah Islam yang dijanjikan sempurna itu yang ditunjuk contohnya selama 23 tahun oleh Rasulullah S.A.W???"

Allahurobbi deras airmata ini mengalir.. mustahil tak cukup!!! aku membentak dalam diri.. hati berfatwa jika benar maka adakah aku masih ketandusan idea untuk berkata sesuatu mengenai agama dan masalah umat??

maka secara rasminya kedua-dua alasan tu tak boleh dipakai sama sekali!!!

muhasabah diteruskan dan akhirnya aku jumpa punca masalah ini...

ikhlas dan istiqomah

2 perkara ini sangat kurang malahan mungkin tidak bersisa pun dalam diri selama ini..

atas dasar nikmat yang melimpah ruah dengan pujian menggunung bila aku mulakan  blog ini maka mungkin itu salah satu sebab fikiran dan gerak kerja aku lari dari mencapai redha Allah kearah mencari redha manusia..

disini keikhlasan menjadi sesuatu yang asing dan boleh dipertikaikan.. impaknya bila buat kerana mencari nama atau mencari pujian dan perhatian makhluk maka dengan mudah aku kehilangan "nama" Allah itu sendiri, dengan mudah pujian pada Allah aku abaikan.. dan dengan mudah aku kurang perhatian pada saranan dan tuntutan Allah.. astaghfirullah..

pasti bila hilangnya keikhlasan, maka istiqomah itu malu-malu untuk hadir menampakkan diri.. dengan tiba-tiba perasaan "aku sendiri buat jahat nak tegur orang" "aku buat ke apa yang aku tulis tu??" maka senjata-senjata syaitan yang halus menggunapakai idea-idea yang cukup licik membuatkan aku terhenti untuk menulis..

syukur..atas nasihat seorang ulama melalui sajaknya dalam buku Sastera Sufi (lupa nama ulama tu) maka semangat yang luntur mula berubah wajah..

"jangan biarkan dosa yang kamu lakukan,
menghalang kamu dari istiqomah di jalan Allah"

menitis satu persatu airmata.. tajam kata-kata tu.. sekarang aku akan lebih istiqomah namun istiqomah memerlukan pengecasnya tersendiri..

syukur Imam Nawawi menghurai dengan panjang lebar mengenai ikhlas dalam syarah hadis 40 (syarah hadis 1 mengenai niat).. dari situ aku kumpul kekuatan dan cuba sedaya mungkin memfokuskan tiap amal hanya kerana Allah..

moga-moga dengan "kelahiran" semula ini, blog ini akan menjadi wasilah Islah yang lebih mantap dan menjadi asbab untuk aku meraih redha Allah atas makhluk yang lupa diri ini..

buat sahabat yang membaca dan mengikuti blog ini sebelum ini.. maaf andai entry berjela itu tak mampu menyentuh hati dan mindamu, mungkin kerana ia sendiri tidak lahir dari hati dan mindaku.. maaf andai ia menyemarakkan nafsumu. kerana mungkin ia sendiri lahir dari godaan nafsuku.. terima kasih kerana berikan dorongan selama ini, terima kasih atas kritikan dan tunjuk ajar, terima kasih untuk segalanya dan maafkanlah kekurangan aku..

Wednesday, April 25, 2012

Geng!!

kita semua ada kawan ada geng, ada team kita sendiri kan?? pernah tak sekali-sekala kita survey dalam geng kita berapa ramai solatnya penuh? berapa ramai yang membaca Quran tiap hari, berapa ramai yang kuat bangun tengah malam, berapa kerat yang melazimi puasa sunat Isnin &Khamis, siapa yang mencintai solat dhuha?? siapa yang tak tenang jiwanya kalau tak baca mathurat dalam sehari..pernah tak kita tanya?? atau pernah tak kita terfikir untuk tanya??

salah ke kalau bertanya?? selama nie kalau cerita pasal awek tiap ahli geng bukan main, semua cerita terhambur siap dengan cerita bekas kekasih semua keluar.. itu rajin kita tanya, kononnya kita kawan prihatin..sentiasa ambil berat perasaan kawan yang lain dalam masa lain sedar atau tidak kau tu HAMBA DERHAKA!!

konon nak jadi kawan prihatin, jaga hati orang tapi kenapa tak pernah amek tahu ibadah kawan sendiri?? kalau betol geng sehidup semati kena la tau bekalan kawan kita nanti kat akhirat.. tak boleh?? susah sangat kan?? kalau mula bukak topik pasal agama senang terasa serabut otak kan, terus mata jadi kuyu, datang segala mood malas.. beza kalau kita bukak topik hiburan..mata yang hampir tertutup pun jadi segar bila jerit gol!!! minda yang tengah lemah terus bertenaga batin bila cerita pasal game.. hiburan tu tak salah tapi beringat la mana lagi utama, hiburan dunia atau hiburan syurga??

maka soalan-soalan agama macam tadi terus tak tertanya..punca utamanya..sebab kita sendiri tak buat macam yang ditanya.. solat ikut sedap hati, nak buat, buat, taknak buat kita buat-buat terlepas waktu solat..itu standard la kan?? kalau solat ikut rasa Quran tak payah cerita la wei.. konon kata dalam hati "kalau aku free aku baca la" macam la kau tu busy memanjang.. tak cukup tidor or tak cukup makan tak boleh..tak cukup iman pernah kau hiraukan?? kira standard la kan..ramai lagi orang lain cam tu kan.. bangun tengah malam??? confirm berdekah ketawa kalau tanya kat geng kan..ayat tu cam lawak je..cam mana nak bangun tengah malam kalau tidur pun pukul 4 camtu?? biasa la main game 2-3 jam, sambil chatting kat fb, calling awek ke..kot yang jiwang sikit baca novel sampai habis..yang ada darah muzik sikit jamming 7-8 lagu..so istilah Qiammullail atau bangun malam tu hanya akan wujud bila tidor kat mana-mana kem yang Islamic sikit ataupun time surau wat bulan Ramadhan..tu je la..nak harap buat sendiri memang tak boleh diharap la kan.. standard la tu

puasa sunat Isnin & Khamis?? kalau tanya silap-silap kena angkut masuk rancangan raja lawak coz soalan tu memang tak logik dan tak masuk akal ( lawak nie tak boleh mende logik, tgk r kat tv) puasa wajib pun kantoi oi nie nak sembang puasa sunat..sembang jela... takkan kemana..itukan standard kita..  kalau dok borak pasal solat sunat dhuha nanti geng kita label kita nie dah nak mampos.. maklum la kalau dah tidor kul 4 pagi silap-silap zohor pun boleh terlajak.. kalau zohor dah terlajak subuh ngan dhuha wasalam jela.. hehe standard la..bukan "sengaja" tinggal.. "terlebih tidor".. (hotak kau!! geram lak..hehe sory2) dan lastly.. bila bercakap pasal mathurat maka bersambunglah dua-dua kening coz terlalu berkerut (yg dah sedia bsambung xpe) mathurat tu apa kejadahnya?? soalan tak berjawab kita dah sedia maklum memang confirm tak baca la tu..standard la..kita bukan belajar sekolah agama mana nak tau..

hebat standard kita dengan geng kita nie kan..terlalu hebat!! inilah dikatakan budak-budak hot, pakai hot stuff, tak makan ayam kalau bukan hot 'n' spicy dan result akhirnya kita hot sama-sama dalam neraka la kan.. standard yang macam nie layak ke kita nak hidu haruman Jannah?? standard ikot kepala angin masing-masing nie boleh ke kita mengharapkan Nabi .S.A.W bagi seteguk air dari telaga Al Kauthar nanti??  standard nie hanya dipakai oleh budak-budak yang sombong kat Allah..

kita yang decide halatuju geng kita kan, kalau betol kawan prihatin tergamak ke kita tengok kawan kena bakar.. sedangkan kalau orang langgar bahu geng kita je terus naik darah jantan nak gaduh kan?? pantang tengok kawan diapa-apakan tapi kenapa tak boleh buat perkara yang sama kat akhirat.. pandulah geng kita ke arah jalan yang selamat..

mulakan lepak kita dengan 6 soalan nie.. payah memang payah nak suruh buat sendiri..so apa guna geng kalau tak buat sama-sama kan?? solat jemaah, tadarus Quran, Qiammulail ramai-ramai sekali sebulan (at least) bukak puasa sunat ramai-ramai kat kedai mamak ke (best tu) solat dhuha berjemaah then mathurat together-gether.. indahnya dan terasa jadi geng yang tak sia-sia.. terasa hidup nie full bukan lagi kosong..kosooong cam lagu tu.. mak ayah tak bising, jemaah surau masjid pun suka..yang paling penting, dan yang paling mengharukan.. Allah pandang geng kita dengan pandangan REDHA & KASIH sebagai hamba..maybe sebelum nie Allah hanya kasih kita selaku makhluk sama macam Allah kasih orang kafir.. tetapi sekarang Allah kasih sebagai hamba!! indahnya subhanallah..


"1 dari 7 golongan yang akan dinaungi Allah di akhirat kelak adalah mereka yang berjumpa dan berpisah kerana ALLAH"

Monday, December 26, 2011

Nikon pun tak boleh lawan...



semakin hari kita semakin maju.. erm dunia la kot makin maju, aku masih kekampungan sejak dulu.. disebabkan kemajuan dunia hari ini maka makin ramai aku lihat manusia-manusia yang menghargai ciptaan Allah mempunyai kamera-kamera canggih yang mampu menangkap gambar sejelas titik ludahku sendiri apatah lagi curahan peluh..hahahahhaha

golongan nie memang patut dipuji, mereka melihat dunia dengan cara tersendiri dan akhirnya menjadikan mereka (yang betol-betol beriman la) takjub, kagum dan sudahnya memuji kehebatan Allah. Allah itu indah maka setiap perkara ciptaanNya juga indah. Orang yang suka mengambil gambar-gambar yang membesarkan kehebatan Allah, anda sewajibnya bersyukur!! setiap orang yang mengucapkan Alhamdulillah, dan segala ucapan memuji Allah ketika melihat gambar yang korang ambik maka korang akan dapat pahalanya sekali. Namun beringatlah, korang jugak akan dapat komisen saham dosa kalau gambar itu adalah gambar yang melalaikan apatah lagi yang jenis mengghairahkan tu..

tadi tu cuma muqaddimah, bukan nak cerita sangat pasal tu, insyaallah cameraman/woman nie cerdik-cerdik belaka (xyah nak sibuk hal yg orang tu memang pakar) sebenarnya entry kali nie lebih nak menceritakan kemajuan Allah dari kemajuan manusia..

Canon, Nikon, Lumix dan pelbagai lagi jenama yang gah akan sentiasa mempunyai keluaran baru dan semestinya setiap keluaran akan menjadi semakin canggih dan mengagumkan.. ada yang boleh masuk air, ada yang untuk cameraman yang otak masuk air dan pelbagai lagi, orang-orang yang luar dalamnya kampung macam aku mesti akan tersyok (ayat baru; ter + syok = syok yg x disengajakan) bila tengok hasil setiap gambar yang memang hebat. Namun, perasaan tersyok aku tadi terhenti mungkin buat selama-lamanya bila Allah menakdirkan aku berjumpa dengan suatu ayat Al Quran yang menyebut sepintas lalu mengenai LALAT.

Yup lalat.. lalatlah yang membuatkan aku kagum dan rasa rendah diri sampai hilang tersyok aku kat kamera tadi. tapi kenapa lalat??

lalat cuma makhluk yang suka hinggap kat najis, pengotor, merosakkan makanan, itulah ayat yang pasti akan keluar dari tiap mulut orang yang tak memerhati cipataan Allah. Walaupun lalat tu kecik tapi Allah ciptakan matanya mempunyai 5000 lensa!!!

5000 oi!! kalau kamera korang boleh zoom sampai dapat gambar setitik hingus dengan jelas lalat boleh zoom sampai nampak bakteria di dalamnya. Bukan tu je, lalat mampu melihat sekeliling badannya termasuk belakang badan!!!



kat atas nie adalah DSLR D3X yang berharga RM 29 988.00!! BAYANGKAN berapa harga seekor lalat yang mempunyai 5000 lensa?? dan jangan lupa, gaya penerbangan lalat adalah sebijik dengan helikopter namun belum pernah terhempas melainkan dipukul, bermaksud inilah sebaik-baik "helikopter", so berapakah harga seekor lalat????????

tak siapa mampu bayangkan, banyak lagi keistimewaan seekor lalat, manusia perlukan bantuan untuk melihat dan menangkap gambar namun bukan makhluk Allah bernama lalat!!! hakikatnya kebanyakan kita tak menyedari hebatnya Allah, kalaulah DSLR kat atas tu dipecahkan mesti kena belasah cukup-cukup dengan tuan punya kamera, itu melambangkan kemiskinan kita tanpa kita sedari, sedangkan Allah membuktikan KekayaanNya dengan mengizinkan lalat dibunuh walaupun lalat sangat "expensive". Kalau tengok movie selalunya orang kaya siap boleh nyalakan rokok pakai duit 100 Dolar untuk menayang kekayaan begitulah Allah. Tapi Allah bukan saja-saja nak menayang kat kita, Allah bagi mesej!! Kalau lalat yang kecil camnie pun lebih hebat dari ciptaan manusia, bagaimanakah azab-azab Allah yang jauh lebih besar, pedih dan menyakitkan??? sekaligus hati orang-orang yang beriman akan mengatakan Allah itu Maha Hebat dan terasa gerun pada Allah kerana Allah mampu buat segalanya begitu lengkap..
"namun kebanyakan mereka, tidak mengetahui (bahasa kasarnya bodoh dan bangang!!)"