Total Pageviews

Sunday, June 5, 2011

makcik siapa nie.....

pertama sekali..aku ucapkan jutaan maaf bagi yang terasa dengan tulisan-tulisan aku yang sememangnya kejam dan lebih hangat dari yang biasa..bukan aku nak wujudkan permusuhan antara kita, tetapi aku perlu untuk mengkritik kekurangan diri kita masing-masing agar kita keluar dari kepompong manja, lembik dan dayus mengenai isu berkaitan agama...

entry kali ini aku nak fokus pada seorang makcik..makcik yang makin terkenal dan glamor di FB.. makcik yang menaikkan kemarahan umat Islam setiap hari..rasanya ramai yang kenal makcik yang aku sebutkan nie...

Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara...

makcik nie banyak menghina Islam dalam tulisan-tulisan dia dalam fb dan banyak tempat yang lain.. hina bukan calang-calang hina!! hina sampai ketahap ramai yang tegang urat leher dan memaki hamun macam la makcik tu kesah korang maki hamun kan???

jadi disebabkan terlalu banyak kritikan dan cemuhan, luahan rasa tak puas hati dan makian..jadi aku perlu menulis sesuatu yang korang dah mulai lupa...


untuk makluman makcik nie turut "mencipta" elemen tambahan dalam lagu Bad Romance nyanyian Lady Gaga.. bukan tambah sikit-sikit, tapi azan yang penuh merdu dari Masjidil Haram, Mekah... dan sebenarnya terlalu banyak lagi perkara yang makcik nie dah buat dan SEMESTINYA tiada satu pun yang memuji Islam..

untuk yang beri kritikan buat makcik nie, aku ucapkan tahniah sebab korang prihatin dengan isu nie berbanding dengan mereka yang sentiasa "terbisu" hal-hal agama.. namun sedikit teguran dan peringatan, 


KORANG TAK PERLU MARAH PUN!!!!

untuk apa korang bebel panjang lebar kat makcik tu??? dia baca ke komen korang??? kalau dia baca dia reply ke??? maksud aku kat sini segala kerja korang is SIA-SIA!! apa korang dapat bila meluahkan perasan tu?? korang rasa hebat?? megah?? konon-kononnya korang dah pertahankan Islam??? konon-kononnya makcik tu gentar dengan kata-kata korang??? matang la wei.. makcik tu tak kisah pun.. dan korang buang masa sebab melakukan sesuatu perkara yang tak ada manfaat.. 


perkara ini akan melalaikan korang..Islam ajar kita berdakwah secara tenang, jangan emosi.. orang yang emosi mudah dihasut syaitan..dan bagaimana kita nak berdakwah kalau kita tunduk pada syaitan???
tulisan makcik tu sememangnya bertujuan memanaskan hati korang,dia memang nak korang mencarut, then dia lagi bangga bila korang share dalam facebook.. ramai yang baca dan mencarut... sudahnya secara tak langsung korang telah membantu dia melalaikan ramai lagi orang..

APA KITA PATUT BUAT????

pertama, tak yah layan, benda macam nie dah terlalu banyak dalam fb, Miki Mitchel la, Jasmine slalu epy la, banyak lagi yang seumpamanya..semuanya tak mendatangkan manfaat dan mudharat langsung jadi lebih baik korang fokus untuk dakwah hal-hal lain
kedua, perbanyakkan hadis dan maksud ayat Quran dalam status fb korang.. kenapa??? korang marah makcik tu hina Islam tapi korang sendiri macam la pertahan Islam sangat, tengok status masing-masing la!! berapa kali korang punya status berdasarkan agama berbanding dengan perkara-perkara nonsence??? korang nak ajar makcik tu cakap perkara yang elok sedangkan korang?????????????????

ketiga, jangan terlalu sensitif hal-hal begini..seeloknya korang kene lebih sensitif mengenai masalah saudara Islam kita sendiri.. ia akan lebih membantu sebenarnya.. zina, arak, judi, cerai, kahwin lari, curang, banyak lagi isu yang patut diketengahkan...

kalaulah korang meluangkan masa untuk memikirkan masalah dunia Islam especially masyarakat meLAYU kita nie..pasti sinar Islam akan lebih mudah sampai dengan terang ke akar umbi... hentikan komen dan share link blog or apa-apa yang mengarut, biar mereka cerca Islam kerana cercaan mereka tak memberi untung walau sedikit!! bak kata Siti yang tak penah jadi kawan aku (not yet!!) "tak hidup dek puji, tak mati dek maki"-kalau tak salah la..

jadilah ummat Nabi..Nabi cuma menjawab waalaikum (keatas kamu jua) setiap kali orang mengejinya.. kerana Nabi ingin mengajar umatnya jangan berlebih-lebihan dan banyakkan sabar... wallahualam..

1 comment:

  1. Firstly, congrats for being matured.
    I wonder whether this 'makcik' and whatsoever intended to.
    But it seems that she really succeeded in showing that some muslims are acting emotionally rather than rationally.
    She managed to prove that muslims attitude is 'saddening' - I mean, look at those harsh words 'we' used to condemn her posts etc.
    Is that what Rasulullah taught us?
    Never.
    Instead, he kept doing charity and be kind to those who constantly insulted him.
    A very fine example has been set since a long time ago~
    Have we forgotten..?
    -.-

    ReplyDelete