Total Pageviews

Thursday, September 22, 2011

Study group dengan Allah..

[28]
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. 


hati ini sedikit sebanyak rasa terpukul dengan ayat dari Surah Al Kahfi nie.. dan sememangnya (memey r-bhse dak sekarang) salah satu mukjizat Al Quran adalah kita akan merasakan terpukul, tersentuh bila memahami ayat-ayatnya..


sejauh mana kita beriman pada Quran?? iman yang aku pelajari bukan setakat percaya dengan lidah tapi perlu dibenarkan dengan hati dan dibuktikan dengan amal perbuatan.. setiap orang boleh mengatakan yang dia telah beriman tetapi hanya segelintir yang mampu untuk membuktikan iman.. begitulah aibnya umat yang dimuliakan Allah ini.. aib kerana hanya reti bercakap tapi tak reti membuat sedangkan para solihin kurang bercakap tetapi banyak berbuat..


Allah mengajar kita untuk dekatkan diri dengan orang soleh, macam mana nak kenal orang itu soleh?? Allah ajar lagi dengan memberikan "secret recipe" untuk mengenal orang soleh.. 


Pertama, orang soleh itu beribadat kepada Tuhan mereka (Allah la) pada waktu pagi dan petang.. bukan bermaksud orang yang solat Subuh dan Asar tetapi tinggal solat lain dikira soleh..kalau faham macam tu memang makin menyimpang la.. keindahan bahasa Al Quran nie ialah Allah berikan ayat yang kita kena fikirkan kenapa Allah cakap macam tu.. dalam kes nie cuba kita fikir kejap kenapa Allah kata pagi dan petang?? apa yang aku dapat adalah Allah memberikan satu perkataan berlawan, maksudnya pagi lawannya petang..bila Allah berkata begitu ini bermaksud kata lawan lain pun boleh kita ambil kira.. contoh siang lawannya malam, miskin lawannya kaya, senang lawannya susah..tak paham lagi kan?? ok sekarang aku rangkumkan ayat tu ek..


"orang soleh itu beribadat pagi dan petang, siang dan malam, dalam keadaan miskin dan kaya, dalam situasi senang dan susah"


itulah petunjuk yang Allah bagi nak kenal orang soleh nie, banyak lagi boleh kita kembangkan dari perkataan pagi dan petang tadi, itu satu lagi mukjizat Al Quran!! jadi orang soleh ini adalah orang yang beribadat sepenuh masa pada Allah, bukan orang yang jenis beribadat part time or sambilan atau sambil lewa.. beribadat sepenuh masa ie pulak bukan bermaksud dia kena duduk masjid sepanjang masa tapi dia melakukan segala perkara,pekerjaan dan segala-galanya kerana Allah semata-mata.. boleh jadi pengutip sampah yang kita jijik melihat itu adalah orang yang soleh, dan tak mustahil orang yang beserban dan berjubah itu bukan orang soleh, oleh itu kena pastikan orang itu beribadat sepenuhnya pada Allah tak kira apa keadaan maka itulah orang yang soleh..


petunjuk kedua....


"yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata"


ini bermaksud orang soleh itu bukan dari kalangan orang yang mengharapkan pujian, mengharapkan publisiti, bermegah-megah dengan kebolehan yang ada dan sebagainya. orang soleh ini sepenuhnya hanya inginkan Allah meredhai setiap apa yang dilakukan, hatinya gentar jika Allah tidak menerima amal ibadahnya, sentiasa bimbang dengan kualiti dan kuantiti ibadah yang dilakukan dan khuatir akan dosa-dosanya..itu sebahagian tanda orang soleh!!!

apa patut kita buat bila kita berjaya menjumpai orang ini?? 

"berdampinglah"


bukan macam cerita Pendekar Bujang Lapok yang mintak mambang berdamping tu tapi maksudnya ikutilah perangainya, contohi akhlaknya, taati perintahnya, menuntut ilmu daripadanya, berkawan atau bersahabat dengan dia, mengundi (dalam pilihanraya dan sebagainya) kepadanya.. ini yang Allah ajar..dan adakah kita "terlalu mulia" untuk mengingkari ajaran Allah??


untuk entry ini aku hanya ingin membincangkan mengenai orang beriman ini, entry seterusnya dengan izin Allah kita akan kaji sambungan ayat ini..


jadi sedikit ulasan, Allah ajar kita untuk disiplinkan diri berada di dalam lingkungan orang-orang soleh, kalau rasa-rasa orang sekeliling kita bukan orang soleh maka berhijrahlah ke kelompok orang soleh..Allah tu tak bodoh la..mesti ada sebab yang amat besar kenapa Allah ajar kita buat macam nie, namun kenapa kita selalu tertarik untuk berkawan dengan orang yang tak berapa soleh nie??? sebab bila Allah mengajar kita, pasti  ada syaitan yang menghasut kita..rasa cam syok je berkawan dengan orang yang tak suka beribadat nie, rasa bangga berkawan dengan orang bajet hebat dan hot nie..bila terasa macam tu maka kita secara tak sedar dah mengikuti program tutor tv syaitan!!

carilah orang soleh/solehah, dekati dan ikutilah mereka!!




semoga Allah bukakan hati kita untuk memahami ayatNya, kuatkan tubuh badan untuk beribadah padaNya, dan lemahkan hawa nafsu yang mengganggu kita mendekatiNya..amiiin...