Total Pageviews

Sunday, August 11, 2013

siapa paling kenal kita??

selain Allah, siapa yang paling kenal diri kita??

siapa??

soalan ustazah selaku pensyarah hari itu amat menggemparkan.. sepertimana selalu sentiasa ada soalan-soalan yang memimpin minda dan jiwa mahasiswa agar memperbanyakkan masa dalam berfikir. tentulah memikirkan sesuatu yang bersifat ilmu yang akhirnya akan mencorak amal..

siapa??

dewan kuliah mulai menggumam dengan pelbagai bunyi, ada yang berbincang jawapan, ada yang berani terus menjawab dan ramai juga yang tak kisah mana dengan soalan tu sambil buat "kerja" (kerja la sangat) sendiri-sendiri..

macam biasa fikiran aku yang menerawang jauh sesuka hati juga terpikat dan terjerat untuk memikirkan soalan tu...

jawapan yang terfikir time tu... mestilah parents kan.. diorang yang jaga kita dari kecik..waaaa rindu pun mendatang teringat kat mama abah...

salah! soalan ini secara umum maka jawapan juga perlu umum dan meliputi semua orang bukan kat kita seorang..kalau jawab camtu mestilah tak adil untuk orang yang tak beribu dan ayah..

hmmmmm ligat lagi otak nie berjalan.... kawan?? guru?? siapa ek.. pasangan kah??? ececeh minda nakal lagi liar pun mula mengkhayalkan untuk teringat pada....................................

SYAITAN!!

tak sempat nak teringat kat sesape diri rasa terhenyak bila ustazah sendiri yang berikan jawapan..

rata-rata terpinga-pinga dengan jawapan tu.. akhirnya masing-masing terdiam akur.. aku lihat ada yang menunduk faham.. aku mencari beberapa wajah yang aku kenali kelembutan hatinya dan seperti dijangka wajah itu basah angkara airmata yang mengalir kerana kesedaran..

ada yang tidak memerlukan huraian dari jawapan itu kerana sudah dapat mengagak dan mampu mengolah dengan citarasa sendiri namun ustazah yang mulia itu tetap menghuraikan khuatir ada yang masih tidak faham atau yang paling digeruninya tersalah faham..

syaitanlah yang paling kenal diri kita setelah Allah! dia tahu segala kelemahan dan kekurangan kita. Oleh kerana itu dia juga tahu bagaimana nak menggoda dan menyimpangkan kita dari jalan ini..

dia (syaitan) cukup kenal dengan perangai kita dan paling awal dia akan serang aqidah kita.. seteguh mana kita berjaya menguatkan diri dengan 6 arkanul iman (rukun iman) itulah tahap godaannya.. dia akan cuba menghilangkan rasa kehambaan kita pada Allah, hilangkan rasa perlunya ketaatan pada perintah Allah, sampai ketahap mensyirikkan Allah.. jika syaitan berjaya menggoda hingga tahap runtuh aqidah maka dia dah boleh relax dah..tak perlu goda hal lain sebab aqidah dah hancur...

sahabat berhati lembut tadi aku lihat terus mengusap mata sambil tersedu..

kalau aqidah masih kuat syaitan akan kacau pulak ibadah, sebab tu ada orang konon mendabik dada mempunyai aqidah paling betul berbanding orang lain tapi ibadah langsung tak jaga..solat ikut suka je.. aduss terasa lak cam ditikam-tikam dengan kata-kata ustazah.. kadang tu ibadah dah ok tapi syaitan hilangkan pulak keikhlasan dalam ibadah..solat tapi bukan kepada Allah tapi untuk manusia..

kalau ibadah (hubungan antara hamba dengan Allah) tetap ok maka beralihlah godaan pada muamalah (hubungan antara manusia dengan makhluk lain).. orangnya nampak warak tapi sombong, kedekut, asyik bermasam muka, tak reti bersosial, ingat dia jela lebih bagus dari orang lain, silaturrahim tak dijaga, aib orang ditayang-tayang, mengutuk, mengumpat..banyak lagi...

waaaaaaa sakit bebenor dada ditusuk-tusuk dengan ayat power ustazah..

akhirnya setelah ibadah akhlaklah yang jadi target syaitan.. banyakkan kita lihat orang yang dikenali sebagai "orang agama" tetapi buruk perangai..dialah yang belasah anak bini, yang bengis, jumud, penipu, pengecut, pemarah dan pelbagai lagi.. natijahnya syaitan at least berjaya membuatkan "orang agama" nie dipandang serong masyarakat sekalipun gagal untuk putuskan hubungan antara orang ini dengan Allah...

dan syaitan akan terus menyerang dari segenap arah untuk empat perkara ini hingga ajal mendatang atau kiamat tiba maka kamu kena ingat betul-betul bahawa Allah bersumpah syaitan benar-benar musuh kamu!! bentak ustazah dengan sedikit keras...

kelas tamat namun obor iman semakin kuat menyala bermula saat itu...

terima kasih ustazah atas perkongsian menarik.. kawan-kawan sekelas mesti kenal dan ingat moment bersejarah nie tanpa perlu diperkenalkan siapakah nama ustazah tersebut..

persoalannya kita betul-betul kena sedar siapa yang kenal kita..baru terasa kita sedang diancam.. dan sepatutnya orang yang diancam sifatnya tak tenang.. tak tenang selagi belum tamat berjuang!