Total Pageviews

Saturday, October 30, 2010

Mencari cintaMu di sebalik jerawat..

Tiada sebaik-baik cinta melainkan cinta Allah kepada kita..dan tiada seburuk-buruk cinta melainkan cinta kita kepada Allah..Allah amat mencintai kita kerana walau jutaan maksiat kita buat Allah tak menghentikan oksigen kepada kita, Allah tak butakan mata kita bila kita dengan SENGAJA melihat aurat ajnabi(orang yang boleh dikahwini)namun kita tak menghargai cinta Allah.. kita hanya mencintai Allah hanya bila hidup dihimpit kesusahan, hanya bila kita rasa semua orang dalam dunia ini membenci diri kita..hina cinta kita kepada Allah..

Allah Amat Berkuasa untuk mematikan kita hari ini..mengapa Allah masih biarkan kita hidup?? mengapa mesti Allah mebiarkan golongan yang mengaku beriman seperti kita ini namun selalu melupakanNya celik mata lagi??? apa HAK kita nak terus hidup di bumi Allah ini?? namun sayang..cinta Allah ini tak kita hargai.. cinta Allah ini kita persia-siakan..hairan sifat kita selaku manusia yang tak tahu diuntung nie, bila berdoa dalam kesusahan kita harapkan Allah mendengar dan memakbulkan, kita harap dapat perkara yang baik-baik je dari Allah..namun bila dah dapat jarang kita bersyukur.. kadang-kadang siap complent lagi nikmat Allah tu..contoh macam rupa paras kita..tengok la dekat tv bukan main lagi orang ramai complen muka berjerawat,minyak,berkedut dan sebagainya..tidakkah mereka dan kita seharusnya berfikir bahawa setidak-tidaknya Allah mengurniakan muka kepada kita.. Allah bagi free!! bukan aku halang pakai jenama-jenama tu tapi aku halang kita mengecilkan nikmat Allah..

masalahnya kita tak bersyukur..asal naik jerawat mula la rasa kurang berkeyakinan nak keluar rumah macam jerawat tu satu jenis dosa pulak.. sepatutnya kita menginsafi diri dengan kejadian sekeliling.. naik jerawat cepat-cepat istighfar dan bersyukur kerana jerawat naik, insafkan diri dengan mengingati azab di neraka kelak..azab kat neraka bukan setakat jerawat tapi mata pun boleh terpecah keluar akibat panas dalam tu.. dalam kubur nanti pun ulat makan muka kita lagi seksa dari tumbuh jerawat..syukur sangat-sangat Allah bagi petunjuk ingatkan kita bahawa muka kita akan buruk dalam kubur..seakan-akan Allah bagi signal suruh bersedia untuk mati..Allah bagi peringatan suruh kita sedar bahawa kita nie ciptaan Allah..Allah boleh buat apa-apa pun kepada kita!!Allah berkuasa!!

sedarlah..hadirnya jerawat sebagai bukti Allah mencintai kita..Allah nak kita ingat kat dia.. Allah nak kita takut pada azabNya..kerana apa????? kerana Allah yang Amat Pengasih lagi Amat Penyayang tak nak azab ummat KekasihNya ini.. Allah tak nak seksa kita!!! payah sangat ke nak paham? apa tindakan kita kalau jerawat timbul? mesti kita akan pakai pelbagai pencuci muka dan alatan-alatan lain nak tanggalkan jerawat atau mengecilkannya..Allah bagi hint kat kita supaya kita kene mebersihkan dosa kita jugak..jaga perlakuan kita macam jaga muka kita(yang Allah bagi!) dah buat dosa/maksiat cepat-cepat bertaubat, cari kaedah nak bertaubat,jangan ulangi kesilapan yang sama seperti mana kita tak nak jerawat tumbuh 2kali di tempat yang sama..

sekarang telah ternyata Allah mencintai kita, balaslah kembali dengan taat pada perintahNya..
Allah Amat Bijaksana..Dia mampu mendatangkan petunjuk dalam pelbagai cara.."mengapa kamu tidak berfikir..." ingatlah.. perintah Allah hanya di dunia ini perlu di turuti..di akhirat kelak yang tiada penghujungnya tiada perintah suruh sujud dan sebagainya cuma ada perintah "masuklah kamu kedalam syurga yang kekal abadi" ATAU "Masuklah kamu kedalam neraka yang menggelegak yang kekal abadi"  Nauzubillah..

tulisan ini tidak bertujuan menghina apa lagi menyakiti hati mana-mana pihak yang berjerawat..sekadar suatu renungan..sepatutnya bagi mereka yang banyak jerawat mereka lebih mampu menginsafi kerana ternyata Allah dah bagi "hint yang banyak,lagi jelas!!"

Friday, October 29, 2010

Jangan duduk diam!!!

Azab Allah terasa makin dekat dengan kita.. gempa bumi..tsunami.. tu antara azab Allah.. jutaan nyawa melayang tiap kali Allah turunkan azab..kalau tak cecah jutaan mesti dalam jumlah ribuan.. dan sesaat hati kita terdetik, terasa takut pada Allah..terasa ngeri sangat kalau time kita tengah enjoy tiba-tiba siling kat atas hempap kepala..dinding yang utuh tiba-tiba menghimpit kita..dalam keadaan sakit tu izrail datang mencabut nyawa.. pernah ke korang terfikir macam tu?? or cuma kata "kesian-kesian.."

kenapa Allah turunkan azab?? kenapa Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah tak bagi kita hidup senang lenang je.. kenapa kena beribadah?? tak boleh ke hidup kita nie makan tidur je?? sikit-sikit kene solat..sikit-sikit kene beribadah..tak ada chance langsung..astaghfirullahala'zim.. sekiranya korang pernah terfikir macam tu..korang perlu mencari jalan kembali..

nak story sikit.. ada seorang mamat nie, dia nak pergi rumah terbuka kekasih  dia dekat area Tasik Semenyih, nak jadi cerita dia sesat jalan.. tapi punya la berlagak tak nak bukak tingkap tanya kat orang sekeliling,sudahnya mamat nie frust tak jadi pergi rumah kekasih hati dia..dalam hati bukan main sumpah seranah kat kekasih dia sebab rumah payah nak cari..

kenapa aku bukak story pasal mamat tu?? sebenarnya mamat tu adalah kita sendiri.. kita tahu Allah tu wujud dan kita nak menjadi hamba Allah yang soleh/solehah, tapi dalam perjalanan mendekati Allah tu kita didatangkan dengan pelbagai ujian.. tewas dengan nafsu sendiri dan iman makin nak terpadam buat kita frust mencari Allah.. dan kita buat  kesilapan yang sama macam mamat tadi langsung tak nak dengar pandangan orang lain..resultnya halatuju kita tak tercapai dan kita makin jauh daripada Allah..nauzubillah.. tapi Allah tu tak kejam! masih ada peluang nak dekati Allah soalnya adakah kita nak mendekati Allah?? nak tak???

kalau nak kita kena ubah stail kita dalam mendekati Allah.. jangan jadi macam mamat tadi!! kita kena berjuang habis-habisan melawan nafsu, jaga mata dan lidah terutamanya dari memandang or berkata-kata perkara yang maksiat, biasakan diri menyebut nama-nama Allah..alihkan or tutup mata bila melihat aurat orang lain.. ingatkan diri dengan azab Allah..tengok video-video tsunami dan sebagainya.. orang Islam mempunyai identiti tersendiri iaitu akhlak pada luarannya..kita kena jaga akhlak kita..jaga imej Islam itu sendiri..

sekiranya mamat tadi call kekasih dia kemungkinan besar dia akan dapat sampai..sama macam kita, bila hati terasa tersalah jalan cepat-cepat doa pada Allah..mintak Allah teguhkan iman tatkala menghadapi kesukaran.. kita kena sentiasa soal diri sendiri siapa aku, darimana aku datang,kemana aku akan pergi, untuk apa aku dihidupkan, ini teknik muhasabah diri yang berkesan mendekatkan diri padaAllah.. rasa putus asa adlah satu ujian jugak.. orang beriman tak pernah berhenti melawan hawa nafsu sampai ke akhir hayat.. kita kena jadi orang beriman.. jamgan sesekali nak ikut hawa nafsu je..biar iman menguasai diri..waspada selalu dengan amal ibadah kita..

sahabat yanag dirahmati Allah.. ingat dan faham betul-betul ayat nie setiap perkara akan ada balasannye!! walau jahat mana sekalipun manusia dalam dunia nie, semuanya nak dilayan dengan penuh kebaikkan, tak ada yang nak kena seksa.. kita diberi peluang oleh Allah selagi hayat nie untuk pilih balasan apa yang kita nak..tapi kena ingat bahawa peluang Allah nie ada limit, after mati Allah akan balas balik..
cari Allah jangan berhenti, berjihad melawan nafsu jangan berhenti! dan ingatkan azab Allah yang terlampau pedih..  hayati lagu ini selaku penutup diskusi..terimalah Menanti di barzah..

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Friday, October 22, 2010

suara manusia terakhir..

Bissmillahhirahmanirahim.


Maha suci Allah yang maha kuasa lagi kekal tanpa kesudahannya,maha suci Allah yang telah menentukan manusia seluruhnya terpaksa menempuh kematian, supaya dapat dicuba dan diuji siapakah diantara manusia yang telah mengerjakan amal soleh dan membuat kebaikan, maka segala amal bakti dan hasil daripada perkerjaan mereka itu semuanya akan dapat dilihat satu persatu,pada hari yang ditetpkan oleh Allah S.W.T. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, segala sesuatu yang lain daripada Allah S.W.T tetap akan rosak dan binasa kerana Allah yang mengatur segala-galanya dan kepada Allahlah kita semua akan dikembalikan, maka berbahagialah sesiapa juga yang terselamat
dan juga terlepas dari azab api neraka dan seterusnya mendapat balasan nikmat yang berkekalan dalam syurga.adapun nikmat dan keseronokan di dunia semuanya hanyalah untuk sementara waktu sahaja,

Allah S.W.T menjadikan kita semua daripada tanah,maka ke dalam tanah kita akan dimasukkan,dan daripada tanah juga kita akan dikeluarkan semula, Allah S.W.T menghidupkan kita semula kembali supaya menanggung amanah-amanah dan menjalankan kewajipan sebagai hamba Allah,selama mana kita hidup didunia ini,kemudian kita dimatikan oleh Allah dan dimasukan kita kedalam tanah untuk menjadi mangsa dan ulat,makanan-makanan ulat serta cacing-cacing yang tidak mengenal siapa kita,
yang tidak teragak-agak untuk membaham dan memamah jasad kita sehingga berkecai dan hancur segala urat dan daging kita tanpa meninggal sebarang sisa,hinggalah Allah S.W.T perintahkan malaikat israfil meniup sangkakala maka dihidupkan kita semula dengan serentak untuk dibawa kita ke hadapan mahkamah kadirabuljalil.

Disanalah.....disanalah segala amalan pekerjaan kita semasa kita hidup...semasa kita hidup di atas dunia ini akan dihisab samada baik atau pun buruk,semuanya akan dibicarakan untuk dihukum dengan pembalasan yang setimpal atau di beri ganjaran dengan adil dan juga saksama,demi sesungguhnya dengan nama Allah yang maha agung, dan ZAT yang tidak ada bandingan dengan nama rasulnya yang mulia dan atas agama islam yang maha suci, apa yang akan disebutkan disini adalah pekara-pekara yang benar belaka, yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada kita dan amatlah benar segala rasul-rasulnya yang telah menyampaikan janji-janjinya.

Wahai saudaraku _____________________
Semoga Allah kurniakan kesihan belas ke atas saudara.ketahuilah bahawa segala nikmat dan keseronokan dunia telah hilang daripada saudara sekarang ini.saudara telah masuk kesempadan akhirat dan tinggal disini sehingga hari kiamat.Wahai saudaraku janganlah sesekali saudara lupakan pengakuan dan perjanjian kita semasa hidup didunia iaitu kalimah Asshaduallailah haillahwaasyhhaduanamuhamadurasullah..Apabila datang dua malaikat yang ditugaskan untuk memeriksa saudara dengan perintah Allah. maka janganlah saudara gentar dan takut.kerana mereka juga makhluk Allah sama seperti saudara. Mereka Akan bertanya siapakah tuhan yang saudara sembah? Siapakah nabi saudara? Apakah iktikad dan kepercayaan saudara?dan atas agama apakah saudara hidup dan mati?katakanlah kepada mereka Allah tuhanku yang sebenar-benarnya, bila ditanya lagi maka jawablah AllaH tuhanku yang sebenar-benarnya. bila di tanya bagi kali yang ketiga iaitu kali yang terakhir maka jawablah dengan lidah yang lancar tanpa rasa takut dan gentar Allah tuhan ku, Muhamad rasulullah nabi ku ,islam adalah agamaku, Al-Quran sebagai pedoman dan ikutanku, Baitullah adalah kiblatku,Sembahyang adalah kewajipanku,sekalian orang islam adalah saudara-saudaraku,Ibrahim Al-Khalil adalah bapa bagi agamaku,hidup dan matiku adalah atas kalimah laillahaillahmuhamadurrasulullah.

Ingatlah dan peganglah bersungguh-sungguh kenyataan pesanan ini,ketahuilah bahawa saudara akan berada di alam barzah ini sehingga hari kiamat,tiada siapa yang dapat menolong dan membantu saudara,sekiranya ditanya saudara mengenai Muhamad maka katakanlah bahawa muhamad itu adalah pesuruh dan utusan Allah yang telah menyampaikan kepada kami segala keterangan dan bukti-bukti tentang kewujudan dan kekuasaan Allah, maka kami telah beriman dan menurut ajarannya, jika sekiranya setelah selesai semua soalan yang diajukan,berserahlah diri saudara kepada Allah yang maha ESA yang memiliki arash yang maha besar,

Ketahuilah wahai saudaraku,bahawa sesungguhnya mati itu adalah benar,memasuki liang kubur juga benar,soalan mungkar dan nakir dalam kubur adalah benar,dibangkitkan semula semua manusia untuk diperiksa segala amalannya juga adalah benar,melalui titian sirat,balasan nikmat syurga dan siksa api neraka semuana adalah benar belaka, dan tetap akan berlaku dan bahawasanya hari kiamat tetap akan tiba tanpa syak dan ragu-ragu lagi,maka Allah akan menghidupkan kita semula sekalian manusia,

Wahai saudara,

Selamat tinggal buat selama-lamanya dan kami serahkanlah saudara kepada Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,semoga dicucuri rahmat dan keampunanNYA ke atas saudara,ya Allah yang maha berkuasa,ya Allah yang maha berkuasa, ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,kurnikanlah limpah rahmatMU kepada saudara hambamu ini,ampunkanlah dosa-dosanya dan ampunkanlah dosa-dosa kami.yarrabalalamin.

Wahai saudara,

Ingatlah pesanan yang terakhir,bahawasanya Allah Adalah tuhan kita, Islam satu-satunya agama kita dan Muhamad S.A.W. adalah nabi kita.kepada Allah kami berharap supaya memberi perlindungan kepada saudara, mengampuni dosa-dosa dan kesalahan saudara serta memberi ganjaran diatas segala amalan dan kebaikan yang telah saudara lakukan.amin yarabalalamin.AL-FATIHAH.



buat yang tak perasan.. tadi adalah talqin...

Tuesday, October 19, 2010

Izrail di tepiku..

Sebentar tadi, ketika melalui jalan Semenyih-Broga dalam keadaan huhuhahaha aku dan abang aku bercerita tiba-tiba terlihat satu lembaga berwarna hitam di tengah jalan.. jangan salah faham, aku tak kata lembaga itu malaikat Izrail! lembaga itu adalah motor EX5 colour hitam yang terbalik di tengah jalan... berdekatan dengan motor tersebut kelihatan darah yang mengalir panjang.. dan tatkala itu aku melihat seorang hamba ciptaan Allah sedang mendengus-dengus seakan-akan lembu yang disembelih..

abang aku parkingkan kereta comelnya(kancil) di bahu jalan sambil mendail 999.. manakala aku meluru keluar melihat hamba Allah yang kasihan ini sedang menghadapi sakaratulmaut.. di hidung dan mulutnya keluar darah yang pekat bersama lendiran yang tak aku kenali..sayu.. jasadnya tidak bergerak, hanya dadanya yang berombak menanti saat roh berpisah dari jasad.. kroooh.......tiap kali dengusan itu aku melihat darah membuak keluar..amat sayu..

aku tak tahu adakah hamba Allah yang kasihan ini seorang Islam namun melalui warna kulit aku yakin dia bukan Islam..WARNA KULIT!!!! matanya terpejam hanya hidungnya mengeluarkan darah yang cukup banyak.. "Sudah terukkan ini orang??" saksi utama berbangsa India menyoalku.. anggukan lemah sahaja mampu aku berikan.. "ada check nadi" aku bertanya pada mereka di situ..masing-masing kelu.. tiada siapa yang check namun masing-masing mengerti dia telah nazak.. aku membantu uruskan trafik dengan menutup jalan tempat tersadainya mangsa menjadikan  satu lorong sahaja yang dapat digunakan, rata-rata menggeleng kasihan..aku beredar sejurus anggota polis datang menjalankan tugas.. dalam hati terdetik, andai mangsa itu sedang nazak..pastilah Izrail beserta kami tadi..

cerita ini aku sampaikan untuk mengingatkan sesama kita yang lalai bahawa mati itu anytime anywhere bergantung pada Allah.. Hamba Allah yang kasihan tadi tidak berlanggar dengan apa-apa objek pun.. dia jatuh motor yang ditunggang laju(kata saksi) kemudian nazak..maksudnya ajalnya telah ditetapkan di situ.. Allah telah mentakdirkan bahawa dia akan mati di situ..tanpa sebarang pelanggaran, hanya terjatuh yang tak terseret pun.. Allah Maha Kuasa!! Dia berhak melakukan kehendakNya.. apakah dapat korang fikirkan bagaimana jika korang yang nazak tadi??

nazak dalam keadaan terbaring atas jalan tar..tengahari..tak ada sanak saudara terdekat.. nauzubillah.. ingat lagi korang dengan Allahyarham Ismail Din??? pelakon popular.. arwah meniggal di hijir ismail, antara kawasan paling sukar masuk , boleh sentuh kaabah kalau masuk situ.. betapa Allah memuliakan arwah untuk dicabut rohnya dalam sujud.. masyaallah... kalau korang orang yang beriman pasti teringin nak dapat anugerah macam nie...

tapi.. aku ngan korang sama.. iman kejap naik..selalu turun... macam orang nazak tadi punya pernafasan.. tapi orang nazak tu terus turun tak naik-naik lagi dah..kita? adakah kita nak terus biarkan nafsu meenguasai kita sampai iman kita  fedup then giveup??

satu perbezaan aku dan korang dengan orang nazak tadi...1 je..bukan 1Malaysia..tapi kesempatan hayat.. pesan aku buat aku sendiri dan korang..hargai hidup kita.. hidup di dunia nie sekejap je..100 tahun paling lama..tapi dekat akhirat kekal selamanya.. terpulang kita nak meneguk arak terbaik, isteri/suami terbaik or nak hirup nanah menggelegak...SELAMA-LAMANYA..!!!

" Orang yang menipu diri,
ialah orang yang menyangka...
esok dia akan hidup lagi..."

renungkan...

Friday, October 15, 2010

aku takut mati...

Bila izrail datang memanggil..
jasad terkujur..
di perbaringan..
seluruh tubuh..
akan menggigil.. sekujur badan..
kedinginan..

Sekejap tadi aku baru selesai mengiringi jenazah masuk ke van jenazah di perkarangan Masjid Semenyih.. terdetik dalam hati aku yang kotor dan penuh nafsu nie agak-agak macam mana aku mati nanti. Jenazah tadi bertuah meninggal dalam keadaan khusnul khotimah; kesudahan yang baik, aku kata macam tu disebabkan meninggal di hari Jumaat, ramai yang solatkan,ramai yang iring, mudah diuruskan, anak-anak dah besar, tanggungjawab bela anak @ amanah Allah dah setel.. tapi kita???

Amanah atau tanggungjawab yang Allah bagi kat kita banyak lagi belum ditunaikan, terpulang samada kita sedar or sengaja buat-buat "mamai".. Allah bagi jutaan nikmat kat kita, tu pun stil merungut, stil nak enjoy.. salah guna nikmat Allah bagi, buat apa-apa tindakan ikot sedap rasa, sedap hati then sampailah satu masa hati betul-betul dah mati, agama diabaikan, ibadah ditinggalkan, mencintai keduniaan sampai tak kenal halal dan haram..akhirnya terjebak dalam kancah maksiat. Antara amanah paling besar Allah bagi kat kita yang perlu kita jalankan sebaik mungkin adalah hidup ini sendiri, ada manusia yang tak dapat hidup selama kita, jutaan sperma tak dapat jadi manusia macam kita, tapi malangnya kita selalu melupakan perkara ini sehingga kita bertindak melawan Allah! kita manusia pelupa dan tak sedarkan diri ini sanggup ketepikan agama dan membiarkan nafsu menguasai diri..akibatnya amanah yang Allah bagi dekat kita dipersiakan..kita hidup sebagai seorang yang mengaku Islam tetapi perangai serupa orang-orang kafir! hidup kita seperti mereka, hiburan semata-mata!

Ingin diingatkan..amanah ini satu pinjaman! andai Allah mengambil kembali amanah hidup ini dari kita yang leka berfoya-foya,bagaimana nasib kita di barzakh sana?? di dalam Qurannulkarim ada sepotong ayat yang pernah membuatkan aku yang hidup beraja nafsu ini menangis,malahan di dalam Youtube juga imam masjidilharam menangis tersedu-sedu apabila membaca ayat ini..ayat dimana terjadi satu dialog antara manusia dengan Allah di akhirat kelak..maksudnya (lebih kurang)" wahai tuhan kami, dulu kami dihidupkan dalam keadaan celik,kenapa kau bangkitkan kami hari ini dalam keadaan buta??Allah menjawab.. mata kamu tidak dapat melihat kerna dahulu kamu diberi penglihatan tetapi kamu tidak melihat kebenaran.."
kitalah yang tak melihat kebenaran!! kita melihat dunia ini tempat keseronokan sedangkan dunia hanyalah PERSINGGAHAN!!! manusia yang melihat bahawa hayat ini adalah amanah Allah dan dunia hanyalah persinggahan pasti amat takut melakukan maksiat.. pasti !! tapi kita??

janganlah mahu..
disanjung-sanjung..
engkau digelar..
manusia agung!
sedarlah diri..
tahu diuntung..
sebelum masa keranda diusung..

bayangkanlah.. dalam 15minit dari sekarang izrail datang mencabut roh kita.. tanpa persediaan, tanpa taubat, dalam keadaan kita yang lalai..mana sempat nak catchup ibadah yang dah lama kita tinggalkan,mana sempat nak mintak maaf sesama mak bapak,pasti perit sangat kematian kita.. Rasulullah sendiri mengatakan bahawa ajal itu amat sakit..HELO! itu Rasulullah!! macam mana dengan kita?? kuat sangat or power sangat kita nak hadapi sakaratulmaut?? dah la kita "suka cari pasal" dengan Allah..aku khuatir kalau izrail sentap je nyawa aku macam orang sentap joran..nauzubillah..pernah tak terfikir..agak-agak mak bapak kita, kawan-kawan,orang yang kita sayang nie menangis tak kalau kita mati?? perangai kita yang terok dan banyak menyusahkan orang lain nie sebenarnya TAK LAYAK untuk ditangisi..

bayangkan kita yang pantang kalau panas mesti on aircond nie diikat ketat-ketat dengan kafan diletakkan dalam 6-7kaki dalam tanah kemudian dihimpit tanah sampai bertemu rusuk kanan dan kiri then dibantai teruk-teruk dengan malaikat..bayangkan perasaan malu kita kerana gagal menjawab pertanyaan siapa tuhan kamu? kenapa perkara sebegini terjadi?kerana kita mensia-siakan amanah hidup kita di dunia yang hanya sementara..

mari kita kembali pada Allah semula dengan menjauhi segala bentuk maksiat,setiap kali hati anda terdetik untuk melakukan maksiat walau apa kategori pun..ingatlah..tiap perkara ADA BALASANNYA.. mungkin tatkala kita mensia-siakan agama dan hayat ini..Allah mensia-siakan kita di akhirat nanti! nauzubillah..

"ya Allah, ya Tuhanku..
aku jauh tersasar dari landasanMu,
tiadalah mana-mana kuasa yang dapat mengembalikan aku kepadaMu,
melainkan kau menerima taubatku,
Wahai tuhan..
aku rayu simpati dan ehsanMu,
ampunkan daku dan ummat nabiMu,
yang selalu melupakanMu tatkala senang,
selalu terkapai-kapai mencariMu tatkala susah..
hadirkanlah cintaku padaMu,
melebihi cintaku pada makhlukMu..
berikan aku kekuatan iman yang kental..
agar aku bisa melawan nafsu dan godaan..
ya Jabbar..
tatkala aku bertemuMu di akhirat kelak..
temukanlah aku dalam keadaan kau kasih padaku..
bukan dalam keadaan kau benci melihatku Ya ALLAH..
Suburkan hatiku dengan namaMu..
khusyukkan ibadahku..
redhalah aku..
menjadi hambaMu kembali.......