Total Pageviews

Friday, January 7, 2011

bile agaknye kite leh couple????.

Alhamdulillah.. setinggi-tinggi syukur kepada Allah sebab belum pernah sekali meninggalkan aku.. walaupun berjuta kali aku "tinggalkan" Dia..

Orang-orang macam aku nie bukan kata takder ilmu agama untuk mengenal Allah tapi orang jenis aku nie jarang nak peruntukkan masa mendekati Allah..
aku kenal sifat-sifat Allah,
aku tau nama-nama Allah..
aku yakin dengan janji dan amaran Allah mengenai syurga dan neraka tapi sekadar kenal je..
tak lebih dari tu..
takde perasaan aku  perlu mengejar Redha Allah..
tak terasa gerun bila aku angkat takbiratulihram tiap kali solat..
tak terasa rugi kalau solat yang panjang ditinggalkan kerana tidur yang lena..
tak terasa bersalah pun..
dan akhirnya baru aku sedari amat berbeza sebenarnya antara MENGENAL dan MENDEKATI Allah..dulu aku memang tak paham istilah nie.. tapi Allah Yang Amat Penyayang bagi chance untuk aku merasai nikmat sebenar kehidupan yang terlalu pendek nie..

Mengenal Allah..ibarat aku mintak biodata dari seorang awek, aku ingat besday dia, aku tau nama parents dia, sms2 berkenal-kenalan.. namun setakat itu je la.. tanya-tanya khabar je... tiap hari aku wat rutin biasa..

dah makan??
dah mandi??
dah tidur??(?????)

walaupun rutin namun tetap membahagiakan kalau itulah cinta aku.. sama jugak dalam hubungan aku dengan Allah seharian.. aku solat, zikir, baca Al-Quran hanya untuk mengenal Allah.. dan ia akan membahagiakan kerana aku memang mengakui Allah hanyalah satu-satunya Tuhan.. tapi lama-lama aku mula boring.. perkara sama je tiap-tiap hari.. hehe confirm solat aku tu tak khusyu'..tapi macam mana nak khusyu' kalau aku cuma sekadar kenal-kenal je.. jadi tibalah masa aku kena mendekati Allah..

mendekati Allah..
satu stage peningkatan untuk aku menjadi abid yang soleh.. iaitu mendekati Allah..
payah ke sebenarnya nak mendekati Allah???
cuma satu je tips yang aku pakai..
dengan tips nie buat cinta aku terasa makin mendalam pada Allah..
buat aku jadi setia..
dah tak rambang mata..
dah yakin dengan cinta aku nie..
bukan cinta monyet, kera,  baboon n cimpanzi lagi..
apa tips tu??
tadi aku dah kenal Allah..
sekarang aku kena memahami Allah..
kena faham kenapa aku kena solat,zikir, ibadah banyak-banyak..
aku kena faham kenapa aku yang terpilih untuk hidup..
kenapa aku terpilih untuk Islam..
kenapa hidup dan mati aku semata-mata kerana Allah??
kenapa Allah menjanjikan syurga kat aku kalau aku beriman???
nak tau satu perkara??
belum sempat aku habis memikirkan kenapa-kenapa dan kenapa tu..
aku dapat jawapan yang menitiskan airmata..
baru aku sedari selepas lama memeluk Islam..
Allah sebenarnya Amat sayang kat aku..
semua yang diperintahkan untuk aku is semua yang mampu menjadikan aku seorang yang hebat..
semua yang dilarang kat aku is semua yang boleh merosakkan aku..
senag cerita aku memahami..
satu lagi perkara yang baru..
Allah menjaga aku..
walaupun aku banyak berbuat salah dan dosa.
aku pelajari..
Allah selalu maafkan aku..
dan sebenarnya kalau aku dan korang betul-betul memerhatikan..
bila kita berfikir untuk memahami Allah..
kita akan men"jumpai" Allah..
time tu baru boleh date..
time tu baru boleh luahkan..
"jom couple"

3 comments:

  1. As'salamualakum , isi hati yang jujur . sangat bgus . Semoga Allah mendgr doa2 kite smua (:

    ReplyDelete
  2. may ALLAH bless u always saudara seagamaku :)

    ReplyDelete
  3. waalaikumsalam warahmatullah..syukran2
    may Allah bless all of us..amiin..

    ReplyDelete