Total Pageviews

Sunday, October 6, 2013

Sindrom Aku Takboleh Dikritik (A.T.D)..

AWAS!! ini sindrom mudah berjangkit yang mampu merosakkan diri korang dan orang tersayang!!

sindrom yang terlalu dahsyat ini sedang teruk menular dalam segenap darah dan denyut nadi organisasi, institusi, pertubuhan juga jemaah.Semakin hari semakin ramai yang rebah dengan penularannya yang tak mengenal mangsa dan waktu.

simptom-simptom mereka yang menghadapi sindrom A.T.D ini antara yang sempat oleh dilaporkan mangsa yang masih waras antaranya;

1) gagal memahami kritikan atau soalan atau cadangan yang diajukan 
2) suka menjawab dengan emosi, hentam, taram@bantai dan jika semakin kritikal menipu fakta!
3) tidak mahu, tidak akan dan tidak pernah berbaik, bertegur sapa dan beramah mesra dengan orang yang pernah mengkritiknya
4) mempunyai kemampuan luar biasa dengan mencipta sejuta alasan terbaik juga kemampuan luar biasa dengan sejuta cara menghampakan pengkritik/penyoal/pencadang
5) suka menjawab sebelum orang yang mengkritik/menyoal/mencadang habis bercakap (suka potong cakap)
6) suka menyalahkan orang atau pihak lain atas kesalahan yang diletakkan atas dirinya, mirip2 dengan simptom Aku Takpernah Salah (A.T.S)
7) sentiasa nampak salah dan silap pengkritik/penyoal/pencadang dengan ayat cam "cakap lebih kerja taknak" "kritik tak guna saluran yang betul" dan segala yang sewaktu dengannya..

adakah simptom-simptom ini ada pada korang?? ada tak?? jika ada korang dalam masalah yang besar sebab bakal menanggung kesan yang cukup parah..

kesan-kesan penghidap  A.T.D berdasarkan pemerhatian doktor;

1) hidup  penuh keresahan dan tidak tenang bukan kerana dibenci orang sekeliling tapi kerana dibenci diri sendiri (fitrah selaku hamba bertentang dengan nafsu ego)
2) terasa seluruh dunia bermusuh dengan dirinya atau terasa nak bermusuh dengan seluruh dunia
3) sentiasa memohon, meminta, merayu untuk dihormati, dipatuhi dan ditaati tanpa banyak soal
4) sentiasa tidak pernah sedar akan kesalahan demi kesalahan yang dibuat
5) sentiasa meyakini dirinya adalah pejuang manakala orang yang selisih pendapat pada hal yang terlalu kecik dianggap pemberontak, ancaman dan ejen musuh
6) tidak pernah berani menyahut cabaran pengkritik/penyoal/pencadang
7) suka jadi stalker atau spy tak bertauliah yang mengikuti setiap inci kehidupan pengkritik/penyoal/pencadang demi mencari walau secalit kesalahan dan keaiban mereka..

dahsyat gile pesakit-pesakit A.T.D nie.. dan Allah kurniakan mereka dengan "nikmat" muka selamba dan blur bila kita detect diorang ada simptom nie..

tapi jangan risau, alhamdulillah ubat telah ditemui untuk penyakit ini.. 

1) banyakkan meminta maaf sekalipun kita tak bersalah sikit habuk kuman pun pada kesalahan yang ditujukan kat kita sekalipun memang ternyata kita tak de kaitan dengan masalah tu pun
2) maniskan muka, senyum tigeeee atau tempeeee atau peacheesss supaya pengkritik/penyoal/pencadang rasa selesa dan ramah
3) yakin bahawa hablum minannas (hubungan dengan manusia) sangat perlu dijaga setelah hablum minallah (hubungan dengan Allah)..
4) jangan mencari dan akhirnya mencipta ayat untuk memenangi hujah tetapi cari dan cipta cara untuk memenangi hati.. kita suka menang hujah tapi kalah hati kan kan kan..   
5) jangan anggap pengkritik/penyoal/pencadang itu rendah darjat atau tak layak nak kritik kita, letakkan kita yang dibawah dan mereka itu diatas.. anggap mereka lebih baik dan lebih memahami situasi walaupun kebanyakan masa pengkritik/pencadang/penyoal tu melalut tak berhenti disamping menuduh dengan kuang hajaq (kurang ajar)
6) bagi galakan dan penghargaan pada pengkritik/pencadang/penyoal, contoh "terima kasih atas kritikan kau, aku akan pertimbangkan, kritik la aku selalu ek" atau nak bagi power sikit ayat camnie.. "alhamdulillah mungkin Allah nak tegur aku melalui hamba yang dikasihiNya iaitu kau, doakan aku wei"
7) jangan campur adukkan antara masalah yang dibincang dengan masalah peribadi pengkritik/penyoal/pencadang.. ia membuatkan kita nak balas kritikan dengan kritikan lagi dahsyat bin maut

namun kena beringat, tak ramai yang sempat amek ubat-ubat nie.. ada yang ditakdirkan ke lahad sebelum sempat sembuh.. maka pencegahan penyakit kena ada..

1) jangan berkawan, berguru, bersistem dengan kawan, guru atau sistem yang jumud dan totok apatah lagi taasub
2) hentikan mempercayai, mentaati sesuatu tanpa hujah, dalil atau bukti atau bahasa kasar hentikan dari  diperbodohkan
3) banyakkan melepak dan berukhwah dengan mereka yang luar zon selesa kita, jangan terperuk sangat la bro
4) cari guru, kawan yang mampu jujur dan ikhlas menegur kita demi redha Allah, diorang nie yang betul-betul sayang kita.. bak kata seorang yang aku hormati.. 'kawan tu orang yang berkata benar, bukan membenarkan kata"
5) hargai semua makhluk Allah, Allah tak ciptakan sesuatu saje-saje dan sia-sia.. rasai keindahan dan kemanisan syukur pada Allah
6) halang diri dari berkata buruk dan negatif, dan ajar diri untuk sentiasa mencari kata-kata indah dan positif saat dihujani dengan kata-kata buruk dan negatif orang lain
7) insafi kekurangan diri dengan selalu bermuhasabah.. insafi kekurangan organisasi dengan mengajak anggota untuk bermuhasabah..

detailkan maklumat sindrom nie?? macam mana aku boleh hurai sedalam ini?? tak lain tak bukan aku sendiri penghidap sindrom A.T.D nie!!

mulanya aku tak kesah sangat tapi lama-lama baru nampak kesan, sekali kita tolak dan jauhkan pengkritik yang jujur dan ikhlas, Allah balas dengan mendekatkan pada kita pembodek dan pengadu domba (batu api).. cukup sedih bila masuk tahap 4 dimana kita hidup selaku orang terasa sentiasa bagus dan baik daripada orang lain sedangkan aib kita mula terselak sedikit demi sedikit.. aku takut terjebak dengan istidraj yang mengajak aku untuk bertuhankan diri bukan lagi bertuhankan Allah..maka entry kali ini aku tujukan kat diri aku paling utama dan korang-korang pembaca yang aku sayang..  mungkin dengan cara ini Dia yang Maha Penyembuh berkenan menyembuhkan hambaNya yang parah cam aku ini.. 

penghidap A.T.D mampu meranapkan organisasi, pertubuhan dan jemaah yang disertainya sekalipun dia benar-benar bersemangat dan berkemahiran, so ubah sebelum parah k..

p/s: tolong kritik aku plez!