Total Pageviews

Monday, November 15, 2010

Bodoh ke bangang???

entry kali nie aku mulakan dengan tajuk yang agak kasar (memang kasar pun) kerana saat nie aku amat marah dengan tindakan kerajaan yang ingin melaksanakan matapelajaran seks di sekolah..

Allah yang Amat Kaya telah menciptakan tiap hidupan yang bernafsu itu ditakdirkan mengetahui bagaimana ingin melakukan seks..sebagai contoh yang terdekat dengan aku ialah kucing aku yang dah 5-6 kali beranak.. tak ada pun kucing aku tu belajar macam mana nak buat seks tapi Allah bagi siap-siap kepandaian tersebut bila sampai waktunya.. Allah Amat Mengetahui perkara yang perlu atau tidak bagi manusia.. perkara yang tak perlu diajar tapi kita nak ajar dan perkara yang perlu diajar tidak pula kita ajar..

subjek ini perlu di ajar kononnya bagi mengelakkan penyakit HIV, kanser prostat, kanser pangkal rahim dan sebagainya..dengan harapan pelajar yang mempelajari subjek ini akan dapat melakukan seks yang selamat kelak..betapa bodohnya pemikiran orang yang mempercayai perkara tersebut.. pelajaran tidak lengkap tanpa amali..dan bayangkan kalau subjek yang kita faham-faham sendiri ini di ajar pasti akan ada yang mengamalkannya untuk "amali".. kerana sifat manusia buat perkara yanga diketahui..  daripada elok-elok sebuah sekolah ada ramai budak skema tiba-tiba bertukar menjadi ramai yang gila seks!!

U.S,Jepun telah lama menggunakan sistem ini dan hasilnya?????? 2 dari 10 orang wanita SAHAJA yang masih dara ketika berkahwin..2 dari 10!!! malahan penyakit HIV dan sebagainya makin menjadi-jadi..adakah kerajaan kita buta dengan perkara ini?? pengajaran seks di sekolah tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah tetapi akan menambahkan lagi masalah..dan bila ramai pelajar yang terlalu muda untuk menerima komitmen seorang ibu atau bapa ini menjadi fanatik terhadap seks jadilah hasil-hasil yang cukup memberansangkan antaranya jumlah bayi terbuang meningkat tinggi, gay, lesbian dan pengkid bersepah sana sini, pusat rekreasi dipenuhi dengan pasangan yang nak bayar "bil air" dan sebagainya..

adakah orang cerdik akan meluluskan rancangan ini setelah melihat begitu banyak kesan buruk dari sesebuah pelan seperti ini?? sekiranya mereka tidak cerdik maka kata-kata apa lagi yang lebih sesuai kalau tidak BODOH!! inilah yang terjadi bila kita meninggalkan Islam dengan berpandangan Islam itu kolot.. bila Islam dihina dan ditolak tepi lihatlah banyak perkara yang menyedihkan terjadi antaranya ramai remaja Islam tidak mencuci pad setelah digunakan..ini realiti kerana selalu berlaku di mana-mana sekolah pasti tandas tersumbat disebabkan hal ini.. ramai lagi lelaki yang mengaku Islam tidak reti mandi wajib yang sebenar melainkan hanya mengikut buku PAFA.. dan yang paling mendukacitakan terlalu ramai yang tersangkut-sangkut dalam membaca Al Quran di umur yang kian dewasa.. realiti ini selalu ditolak tepi.. anak-anak yang derhaka pada ibu bapa, kadar kes samun, jenayah, bunuh dan sebagainya adalah kerana ISLAM DITOLAK!!

sekiranya kerajaan kita tidak BANGANG seharusnya mereka sedar bahawa yang menyebabkan penyakit-penyakit bawaan seks adalah di sebabkan zina..inilah punca sebenar yang perlu dibanteras dan ditegah.. kerajaan berkempen tentang masalah pembuangan bayi, HIV/AIDS dan sebagainya namun tidak mendatangakan hasil kerana kerajaan hanya mencantas ranting..akarnya iaitu punca yang sebenar tidak diatasi..sebab itu Allah menurunkan ayat "jangan lah kamu mendekati zina..." Allah tidak berkata jangan kamu dijangkiti HIV, jangan kamu mengamalkan seks bebas kerana Allah Amat Pandai.. tak macam kerajaan yang amat BANGANG..

hentikan zina maka terhentilah sama masalah yang lain.. ajar di peringkat sekolah mengenai hukum hakam amaran Allah kepada orang yang berzina.. tutup semua pusat pelacuran di Malaysia, mengharamkan laman web lucah masuk ke dalam negara, wajibkan tudung keatas semua kakitangan kerajaan yang beragama Islam, turunkan semua papan tanda tak kisahlah jenama sabun mandi apa pun yang selalunya menunjukkan wanita separuh bogel..haramkan cerita-cerita movie melayu haprak yang tak habis-habis menunjukkan aksi ranjang..banyak perkara yang boleh dilakukan untuk perkara ini namun seperti title di atas..
wahai kerajaan carilah jalan kembali...

No comments:

Post a Comment