Total Pageviews

Thursday, January 27, 2011

dont ask me...coz I xtau!!!

aduuuuhhhh...
malu betul!!!
kenapa soalan camtu yang ditanya???
kenapa tak tanya aku pasal artis??
confirm aku dapat jawab...
tanya la aku siapa artis paling menawan time red carpet lepas..
confirm jawapan aku betul 100%..
kenapa tanya aku soalan pelik??
jangan la tanya aku camtu..
aku tak tau nak jawab camne..
malu la aku..
please....

"selama mana Aku hidupkan kamu???"
" dan selama mana kamu beribadah padaKu???"
"sebanyak mana kurniaKu padamu???"
"dan sebanyak mana kamu mensyukuri nikmatku???" 


STOP IT!!!!!
aku mintak maaf  la..
aku menyesal aku tak banyak beribadah kat Kau..
aku terlupa nak cakap alhamdulillah...
sory r..
aku janji tak buat lagi..
part tu je aku teruk sikit..
check la part lain..
confirm aku ok...
please....

"di antara nikmatKu itu, adalah mata"
"hai mata.
untuk apa telah kau digunakan????"

Wahai penciptaku..
sesungguhnya tuan aku telah menggunakan aku untuk melihat porno,
tuan aku ini suka pada aurat orang lain..
suka melihat maksiat..
tuan aku dengan sengaja memandang perkara yang tak kau izinkan!!!

diam la!!!!!
kecoh betul!!!!
aku kan ada pandang Quran???
aku pandang muka mak bapak aku???
aku pandang pada ustaz ustazah kan??

Wahai penciptaku,
sungguh aku tak akan berbohong padaMu..
benar tuan aku itu ada berbuat demikian..
tapi dia hanya memandang Quran,
dia jarang membaca apatah lagi mengamalkan,
benar dia memandang wajah ibu bapanya,
namun pandangannya adalah pandangan amarah,
bukan kerana sayang bahkan untuk berbakti jauh sekali!!!
benar dia melihat pada orang-orang alim..
namun hatinya berbisik "bajet baik" pada mereka..

oh tidaaaak!!!
ok fine aku salah..
tapi banyak lagi part yg baik..
check la lagi..
please..

"di antara nikmatKu itu..
adalah lidah..
hai lidah.. untuk apa kamu digunakan??"

Wahai Penciptaku...
sesungguhnya aku mengaku..
tuan aku ini tidak mensyukuri aku..
dia berkata semahunya tanpa memperdulikan hati makhlukmu yang lain..
kata-katanya kesat Ya Tuhan..
dia sombong untuk berdoa padaMu..
kata-katanya pernah mengguris hati ibubapanya,
kata-katanya seakan-akan dia tidak mengenaliMu...

bohong!!!!!!
kau penipu!!!!!!!
aku pernah berzikir tu kau tak cerita pulak?????
aku nyanyi lagu nasyid dulu!!!
aku penah menyuruh orang berbuat baik dahulu...

benar Ya Tuhanku..
dia pernah berzikir..
namun kadang-kadang..
itupun dilakukan ketika dia dalam kesusahan..
dia pernah nyanyi lagu nasyid..
namun kemudian dia beralih pada lagu yang melalaikan..
dia pernah berdakwah...
namun dia tidak melaksanakan apa yang dia katakan....

-cerita ini sengaja tidak dipanjangkan lagi kerana kurniaan Allah terlalu banyak untuk kita bincangkan, dan terlalu banyak yang kita lupakan..namun di akhir cerita..berkatalah Allah.......

"Inilah dia neraka yang dulu kamu pernah di ancam dengannya, sekarang masuklah kamu dan tergolonglah kamu dikalangan orang yang rugi"

astaghfirullahallazim..........

No comments:

Post a Comment