Total Pageviews

Friday, March 4, 2011

cara Rasulullah couple...

seluruh ceruk "dunia" sekolah  mesti akan bertembung ngan pasangan dating.. dah dating mesti r pasangan an.. tiap-tiap hari muke yang sama je tengok...dah terasa boring+meluat+menyampah kalau betembung ngan juhala' nie (juhala'=kaum yg bodoh @stupid geng) konon kata disebabkan cinta...kooonooooonnnn... bagi diorang cinta menghalalkan semua perkara termasuk halal haram agama... teringin jugak aku nak tengok diorang nikah (kalau nikah) jumpa siapa, tok kadi or muthusamy..

dalam sakit hati tu terimbau melalui ilmu yang amat cetek yang aku ada mengenai cara Rasulullah couple.. amat romantik dan amat digalakkan buat korang untuk amalkan.. tapi.........

korang kena nikah dulu la.....

coz Rasulullah amat menjaga MARUAH CINTANYA yang bermaksud bukan senang-senang nak rasa cinta kekasih dari Baginda.. hanya mereka yang telah sah menjadi isteri Baginda sahaja baru Baginda luahkan dan manifestasi cinta yang sepenuhnya. Cara Rasulullah ie amat praktikal dan menguntungkan kedua-dua pihak..(bak kata lirik 150 juta:aku punya cinta kau saja boleh rasa)  hasil survey yang aku jalankan kebanyakan remaja di sekolah menengah pernah putus cinta lebih dari 3 kali.. tiap kali putus cinta tu masing-masing akan frust menonggeng dan ada antaranya yang tak dapat terima hakikat lalu bunuh diri.. 

siapa  yang ajar kita bercinta sebelum nikah..SIAPA??? Paderi Valentine salah seorang yang mengajar kita perkara tu..dan kita sebagi anak murid tunduk dan patuh menerima ajaran yang akhirnya menjahanamkan kita.. bukan sengaja aku sebut "menjahanamkan" tu coz maksud yang sebenar is menjadikan kita ahli neraka!!! dari semua juhala' yang couple segelintir kecil yang tak buat maksiat, dari segelintir kecil tu pulak hanya segelintir kecil ke jinjang pelamin..yang lain semua hancur!!! kat sini izinkan aku tanya mana tahap MARUAH CINTA korang????

dan Rasulullah amat menunjukkan kecintaan Baginda bila sudah bernikah, senda gurau Baginda pada isteri-isterinya.. macam mana Rasulullah "open game" "merempit"  dengan Saidatina Aisyah.. setianya Rasulullah bantu kerja-kerja dapur, sifat Baginda yang sentiasa mencari cara menyenangkan hati isteri-isteri.. cemburunya Rasulullah bila Aisyah difitnah berkelakuan sumbang dengan seorang pemuda.. hangatnya pelukan Baginda bila Khadijah jatuh sakit.. gugurnya deraian airmata ketanah bila Khadijah pulang kepada Allah.. ini yang Rasulullah ajar.. tapi kita xikot..

sudahnya kita jadi pengikut Valentine bukan pengikut Rasulullah.. tapi munafiqnya kita bila berharap pada syafaat Baginda di akhirat kelak.. peluang masih ada.. korang nak ikot jalan yang mana, sembunyikan cinta hingga bernikah atau serlahkan cinta sampai ke neraka????????

carilah Jalam Kembali......

"saat Baginda hendak memberi minum dari telaga Al Kauthar yang amat segar di akhirat, Baginda terlihat sekumpulan umatnya yang terhalang dari datang kepada Baginda untuk diberi minum.. Baginda bertanya pada Jibril yang setia akan hal tersebut.. Jibril berkata.. umatmu menjadi begitu kerana mereka berpaling setelah ketiadaanmu..mengalir lagi airmata Baginda akibat ummat yang derhaka..."

No comments:

Post a Comment