Total Pageviews

Sunday, May 15, 2011

aku dan donkey

 ""Aku hairan.Mengapakah kau diciptakan Allah menjadi manusia?Kan lebih baik kau menjadi haiwan." 


kata-kata tajam yang terdapat di dalam filem "Ibu Mertuaku" ini bukan sekadar lakonan, bukan sekadar kata-kata biasa, ia mengandungi makna yang amat besar. skrip dari filem hebat ini menggambarkan kebencian Kassim kepada mak mertuanya, tetapi skrip ini juga selalu bergema dalam hati aku bila melihat terlalu banyak keldai-keldai yang berdua-duan disetiap ceruk, sudut dunia yang aku lewati..sakit je hati aku tengok kerja kurang cerdik (bodoh) keldai nie buat..


"dah sakit, tak yah la tengok"


perghhhhh!!!!!  20% hati aku dah terbako dengar kata-kata keldai nie (keldai berkata-kata????)tapi bila aku muhasabah diri balik, ada benarnya kata-kata dari keldai tu.. disebabkan itu aku pun meneruskan perjalanan ke tempat lain sambil aku khusyu' memikirkan falsampah keldai Al-Mangkukhayyun(gelaran aku bagi) yang ternyata ada benarnya... untuk menghiangkan haus, aku duduk di bawah satu pokok besar dekat tepi jalan...


"hehehe betul ke u nak bine kandang besar buat i??? eeeeee beznye"
"tapi u kene la bagi i anak ramai-ramai tau, i suke dak kecik"
"hehehe, jaaat u nie..gatai"


tesembur air aku baru minum tadi, betul-betul buat basah tekak je, terkejut bila terdengar suara disebalik pokok yang besar tu.. aku pun menjalankan aktiviti skodeng aku..akhirnya baru aku tahu suara tu datang dari 2 ekor keldai yang lain pula... aku pun bercakap dengan suara lunak 


" mak ai geli giler dengar ayat abang dan akak keldai tadi"


"dah geli tak yah la dengar, sebok je"


perghhhhhh!!!! aku terpana, 20% lagi hati aku mula terbako dengan falsampah keldai nie yang lebih kurang sama dengan keldai Al-Mangkukhayyun tadi,, huh tapi macam tadi aku pun berlalu pergi bila terasa rasional kata-kata keldai tersebut...kenapa aku nak sibuk-sibuk kan???  langkah demi langkah kaki aku menapak tiba-tiba tersepak pulak dahan pokok yang tumbang..


"cilakak toi la dahan pokok nie"


tiba-tiba dahan tu bercakap ngan aku


"abang lagi cilakak dari saya"


aku mula keliru sebab tadi aku berjumpa dengan keldai bercakap, sekarang dahan reput..aku dah gila????
dahan tu menyambung cakap ngan aku...


"kalau abang cegah perbuatan keldai-keldai yang abang jumpa tadi mesti saya tak jadi macam nie!!!"


dahan tersebut mula menangis...


dan akhirnya aku baru faham apa yang terjadi..
keldai tadi adalah golongan manusia yang suka berdua-duan (couple/dating)
dahan pokok tumbang tadi adalah bayi terbuang atau anak haram


aku sepatutnya mencegah maksiat yang pasangan couple tadi buat.. lantak aku la nak pandang atau dengar apa-apa perkara sekalipun sebab Allah bagi aku kebolehan mendengar dan melihat.. tapi pasangan couple macam tu tak boleh berbuat sesuka hati sebab maksiat yang diorang buat tu diatas tanah milik Allah!!! bukan milik diorang.. dah duduk dekat tanah milik Allah, ikutlah perturan Allah!!! kalau taknak ikut pergi "cari" tempat lain, tak payah duduk dekat tanah nie... kita yang menyibuk kat bumi Allah, kita!!!!

dan akhirnya yang menjadi mangsa adalah bayi-bayi malang yang dibuang atau anak-anak haram..mereka jika lahir dengan ikatan yang sah insyaallah akan menjadi dahan segar yang memberikan manfaat..tetapi sayang ia tidak terjadi, akibatnya bayi malang selalu mati dijalan, anak haram selalu disepak dan dimaki orang.
untuk kes ini, keldai( pasangan couple) dan aku (masyarakat) bersalah!!!! pasangan cople salah sebab buat maksiat, masyarakat salah sebab meredhai maksiat yang dilakukan..pasti nanti makin banyak dahan reput tumbang ditengah jalan dan semua akan menyalahkan kita kerana bersubahat dalam maksiat!!!!!


astaghfirullahalazim... sedarlah, mengapa kita dicipta sebagai manusia,bukan binatang???

Friday, April 29, 2011

kejadian paling memalukan....

ingat tak satu kejadian memalukan..
berlaku time kite kecik-kecik dulu
satu hari tu..
perut kite memulas
tapi takut nak pergi toilet
sudah kite ter(yg makan jgn teruskan bacaan) berak..
habis kotor seluar
ingat tak??
time tu siapa yang datang bersihkan kite??
dengan penuh tanggungjawab mama kesayangan kite datang
mama cuci bersih-bersih
mama tak lari dari tanggungjawabnya
mama jaga kite sebaiknya..
sebaik-baiknya!!!

ingat tak satu lagi kejadian yang memalukan dulu
time kite kecik-kecik baru sekolah rendah
time ambik report card
keputusan kite tak la baik mana (terok actualy)
cikgu kata ngan abah
"anak encik nie banyak sangat main"
dalam kete abah terus marah-marah
abah kata
"abah nak semua anak-anak abah berjaya dalam hidup dunia akhirat"
abah kata dengan tegas
hehe kite kecik lagi an
mana la nak kisah sangat
keje skola pastu tetap tak siap

ingat tak satu kejadian yang memalukan pernah terjadi
time tu adalah saat kite nak melangkah remaja
result UPSR tak la elok mana (xseelok anak-anak kawan abah dan mama)
abah kata "takpe baru UPSR"
mama kata "banyak lagi peluang"
masing-masing nak sedapkan hati kite kan kan kan??
dan memang hati kite tenang pun
tak rase bersalah pun
kite tak tau malunye mama abah cakap ngan kawan diorang
"anak saya dapat result sikit je"
satu kejadian yang malu gak telah terjadi
bile kite mengenal sms
ingat tak satu malam tu
mama tengah sakit-sakit badan
mama mintak kite tolong picit-picitkan
ala bukan lama pun
mama dulu urut kite lagi lama time baby
yup kite picit
tapi hati tak ikhlas
tak focus pun
teringat kat handset
then kite kata dah penat
nak kene study
kite tinggalkan mama yang masih sakit
demi awek or pakwe yang tak pernah bela kite dulu..

ada satu lagi perkara yang memalukan terjadi
perasan tak sejak akhir-akhir nie
abah tertekan semacam??
abah kekurangan duit sebenarnya
minyak mahal so barang-barang mahal
anak-anak makin besar makin banyak pakai duit
kite sedar
kite tahu
tapi ngan muke selamba dan tak malu
"abah, boleh bagi duit dalam 50 inggit tak??" nak pegi kem la, nak beli nie la, nak beli tu la..
abah bagi walaupun berat
abah macam marah-marah tapi abah tetap akan bagi
abah tak sanggup tengok kite tak dapat barang yang kite hajatkan
perkara yang paling memalukan terjadi
bila kite sedar dan faham akan erti peritnya kehidupan
tapi kite jarang mensyukuri
berapa kali kite doakan mama abah dalam doa??
berapa kali kite berdoa sebenarnya
kalau tak solat tapi nak berdoa makbul ke??
mama abah kite tu..
orang paling banyak bersusah payah untuk kite
kite segan nak susahkan orang lain
tapi kite tak sedar hidup kite menyusahkan mama abah
bukan aku suruh korang bunuh diri
coz bunuh diri lagi menyusahkan mama abah
malukan dorang kat jiran
then kapan, lahad kau ingat free ke??
bukan gak aku suruh keje(nie for dak skola)
keje korang tu berapa ribu sangat boleh bagi kat mama abah??
yang penting korang tolong biasakan diri
mudahkan hidup mama abah
tolong dorang mana yang mampu
dan paling penting jadi anak yang soleh solehah
doakn dorang
dan kalau kite still teruskan sikap yang dulu
ternyata kite sengaja
memalukan diri sekali lagi..

mama abah... i love you all...

Friday, April 8, 2011

Boikot kantin: Umat sape nie????

wat pembaca blog nie yang tak bersekolah di "sekolah aku"(cam aku punye skola je..)..hope korang tinggalkan entry nie..coz entry nie khas buat student sekolah aku...

sejak akhir-akhir nie terlalu banyak pelajar/kawan-kawan kite yang anti kantin.. semuanya disebabkan ulat yang dijumpai dalam roti..sebenarnya banyak lagi kes yang dihebahkan cam nasi basi, rambut, taik hidung and kahak.. tapi cume yang ulat dalam roti je diberi bukti bergambar..yang lain tu sama je cite cam kawan aku time kecik-kecik "ayah aku aku de kapal terbang.... ayah kau xde"

ekoran itu, masing-masing nak tunjuk pandai dengan buat protes besar-besaran n hasut kawan-kawan yang lain dari beli makanan..

kesian tengok kawan-kawan yang zahirnya pandai tapi wat keputusan emosi melampau.. jadi hamba kepada nafsu!! dari ratusan makanan kantin yang korang pernah makan bape kali sangat yang jadi kes camtu??? kalau lebih 20 kali seminggu tu memang teruk and aku pun akan menyokong..tapi bile aku jumpe orang yang sibuk-sibuk protes kebanyakannya akan cakap "kawan aku yang jumpa.." ceh kawan kau tapi kau bajet melampau apasal?? mende nie selalu jadi ke?? takkan sebab kes yang tak sampai 10 kes dah nak mengamuk cam tak pernah belajar agama!!

orang yang belajar agama mesti cepat-cepat akan teringat dengan kisah Rasulullah dihidangkan 3biji limau yang teramat masam oleh wanita yahudi..Rasulullah makan sambil SENYUM demi menjaga hati wanita tersebut..esok wanita yahudi tu bawak geng lebih kurang 70 orang masuk Islam sebab akhlak Rasulullah..
tu ajaran Rasulullah!! Baginda tak campak makanan tu kat muke wanita yahudi tu (de kes dak skola kite campak makanan kat acik kantin!!!) Baginda tak complain pun coz Baginda BERSYUKUR dengan pe yang diberikan Allah..

kalau roti tu berulat, mintakla ganti..pe payahnye??? bukan sume roti bermasalah pun..saje nak bikin gempak cite..nak jadi popular dalam mase yang same korang hina agama n tambah dosa banyak-banyak..

de yang boikot coz sikap acik kantin yang kurang ajar.. betul la diorang kurang aja, lau banyak belajar diorang tak jadi acik kantin..yang korang yang TERPELAJAR sangat tu asal ikut rentak diorang?? syaitan gelak guling-guling tengok korang wat lawak antarabangsa kat situ.. cam la akhlak korang baik sangat!! dah tau layanan tak elok wat la report.. pe payahnye???

yang xnak beli pasnie xpe tu hak korang..tapi yang xnak beli tapi nak tunjuk jaguh kampung ngan angkat sepanduk terus terang kata mengucap la banyak-banyak atas kebodohan korang coz perangai korang sebijik cam penganut Kristian bermazhab Protestan.. SEBIJIK!! dan betul la pengetua kate sape-sape yang menyebar fitnah, yang memburukkan acik kantin tanggung la dosa korang..lau aku jadi acik kantin (yang kurang aja)aku mintak kat Allah coz aku dah dizalimi aku mintak sume yang terlibat memburukkan aku failed SPM!!!
biar korang jadi tak terpelajar dan jadi acik kantin seterusnya..maybe khidmat korang lagi baik ke???

Tuesday, March 29, 2011

sebelum engkau bergelar pakwe....

hai kaum sejantinaku... andai kau punyai maruah dan harga diri...aku cabar engkau dengan 10 perkara..jika 10 perkara ini dapat kau lakukan, couple la dengan sesiapa pun..dating la kat mana-mana pun..aku tak kacau malah  aku menyokong sepenuhnya.. dan buat kaum berlawan jantinaku.. jangan la terlalu murahkan dirimu, naikkan standard tu sikit..dah terlalu rendah citarasa korang pada lelaki yang berkualiti...

sebelum boleh menjadi pakwe seseorang.. pastikan

1) Solat fardhu engkau dah lengkap takde yang tertinggal.. kerana sebelum kau mencintai makhluk..cintailah dulu yang menciptakan makhluk itu(Allah la) kerana engkau sendiri hanyalah makhluknya yang dikatakan para ulama'
"jika air mani yang mengandungi engkau jatuh ke tanah tidak bersenyawa dengan ibumu, ayam takkan patuk, itik takkan menyudu, betapa hinanya diri kamu"


2) Telah khatam Quran sekurang-kurangnya 2 kali... kerana seandainya kau ingin membina keluarga dengan mereka yang kau cintai..binalah dengan syariat Islam...dan Quran itu adalah rujukan tertinggi di dalam Islam.. bukankah hipokrit jika kau menjanjikan pada makwemu bahawa hidupnya akan bahagia disisi kau dan akan memperoleh anak-anak yang soleh sedangkan kau sendiri tergagap-gagap membaca Quran..?

3) Kaki surau/masjid... maksud di sini bukanlah kau hanya pergi solat di surau/masjid tapi kau hadiri pengajian ilmunya, kau ikuti program ibadahnya dan kau dikenali oleh imam dan jawatankuasa surau/masjid.. bukan apa...ramai tok kadhi pelik, orang yang tak pernah dia tengok solat kat surau/masjid tiba-tiba mengaku ahli kariah masjid then nak dinikahkan kat situ..baju melayu meriah bagai tapi kat luar berseluar pendek je.. sedih-sedih...

4) Mampu menyembelih haiwan... mampu di sini bukan la bermaksud cukup sekadar kenal je urat nafas dan urat makan (merikh/marikh) tetapi boleh mengangkat pisau atau parang untuk memutuskannya.. ini adalah lambang kejantanan sebenar sejak zaman Nabi Ibrahim..kalau takleh sembelih memang tak layak la jadi lelaki dalam bahasa kasarnya...

5) Kuasai ilmu feqah... nie masalah utama..ramai lelaki Islam kita tak paham pun maksud feqah..tau nak wat hukum sendiri je.. then bagi alasan menimbun kata tak sempat la, cikgu takde la..khilaf banyak la tapi kalau part menuntut ilmu kebal, ilmu ikan belacak(batin) bukan main berduyun datang.. seseorang yang dalam ilmu feqahnya akan menjaga ibadahnya, seseorang yang menjaga ibadahnya akan menjaga akhlak sahsiahnya, seseorang yang menjaga akhlak sahsiahnya akan menjaga Agamanya.. kalau agama yang dianut sejak lahir tak terjaga, inikan pula nak jaga kekasih yang kita baru kenal 5-6 tahun je..

saudara-saudaraku sekalian..ada 5 lagi cabaran mendatang..namun di lain masa aku coretkan..tetapi nak jumpa lelaki yang mempunyai 5 ciri ini pun payah sekali.. itulah masyarakat kita, masyarakat melayu Islam yang bakal hancur tak lama lagi kalau tiada perubahan dibuat...wallahualam..renung-renungkanlah...

Friday, March 11, 2011

dunia skema....

Skema....
kalau ikut ajaran sesat maksudnya is bajet baik..
kalau ikut ajaran Islam maksudnya jadi baik..
dan hmpir 80% kita suka pilih pendapat yang pertama...
akhirnya kita sesat sekali...
sampai bila-bila kita pandang budak skema nie weird, freaky dan banyak lagi perkataan seumpama..
akhirnya kita suka lifestyle kita dengan menghina kebaikan..
tanpa kita sedari bahawa Rasulullah juga skema..
means kita kutok Rasulullah sekali...

jauh kita disesatkan...
sampai tak dapat beza baik ngan buruk..
annoying lau pandang orang skema..
dan hebat gak pada mereka yang menyesatkan..
mereka ubah perkataan soleh=skema..
dan akhirnya itu salah satu punca kenapa payah jumpa lelaki or wanita yg soleh/solehah
tapi tak malu berdoa....

"Ya Allah temukan aku dengan pasangan yang soleh/solehah..."
tapi bila jumpa..............................
bukan main kita kutok
"lurus giler!!!"
"anak mak..."
"fashion disaster!!!!"
dan yang paling dahsyat..
tubuhkan group anti skema kat fb..
kenapa korang yg join group tu tak wat group anti Nabi lak????
bodohnya masyarakat kita...

then sokong habis-habis sapa yg hot ikut citarasa korang..
yang best korang pun akan rasa
sama-sama hot dalam neraka nanti...
bagi korang fashion yang hot nie la jadi ikutan..
patut ditonjolkan
akhlak yang sewajibnya dipatuhi..
sayang giler kat mereka yang hot nie...
akhirnya Nabi dihina lagi




teruknya kita...
kita hina dak skema means kita hina Rasulullah
kita agungkan dak hot pun hina Rasulullah..
kita ummat sape???????????

"umatku di akhir zaman kelak akan mengikut kaum terdahulu..
sejengkal demi sejengkal....
sehasta demi sehasta....
akhirnya jika kaum terdahulu memasuki lubang Dhob (biawak) 
mereka akan menuruti..."
sahabat bertanya: kaum terdahulu itu Yahudi dan Nasranikah Ya Rasulullah???
Baginda menjawab.....
"siapa lagi kalau bukan mereka??"

p/s: doa dak skema lagi mudah makbul dari dak hot!!!

Friday, March 4, 2011

cara Rasulullah couple...

seluruh ceruk "dunia" sekolah  mesti akan bertembung ngan pasangan dating.. dah dating mesti r pasangan an.. tiap-tiap hari muke yang sama je tengok...dah terasa boring+meluat+menyampah kalau betembung ngan juhala' nie (juhala'=kaum yg bodoh @stupid geng) konon kata disebabkan cinta...kooonooooonnnn... bagi diorang cinta menghalalkan semua perkara termasuk halal haram agama... teringin jugak aku nak tengok diorang nikah (kalau nikah) jumpa siapa, tok kadi or muthusamy..

dalam sakit hati tu terimbau melalui ilmu yang amat cetek yang aku ada mengenai cara Rasulullah couple.. amat romantik dan amat digalakkan buat korang untuk amalkan.. tapi.........

korang kena nikah dulu la.....

coz Rasulullah amat menjaga MARUAH CINTANYA yang bermaksud bukan senang-senang nak rasa cinta kekasih dari Baginda.. hanya mereka yang telah sah menjadi isteri Baginda sahaja baru Baginda luahkan dan manifestasi cinta yang sepenuhnya. Cara Rasulullah ie amat praktikal dan menguntungkan kedua-dua pihak..(bak kata lirik 150 juta:aku punya cinta kau saja boleh rasa)  hasil survey yang aku jalankan kebanyakan remaja di sekolah menengah pernah putus cinta lebih dari 3 kali.. tiap kali putus cinta tu masing-masing akan frust menonggeng dan ada antaranya yang tak dapat terima hakikat lalu bunuh diri.. 

siapa  yang ajar kita bercinta sebelum nikah..SIAPA??? Paderi Valentine salah seorang yang mengajar kita perkara tu..dan kita sebagi anak murid tunduk dan patuh menerima ajaran yang akhirnya menjahanamkan kita.. bukan sengaja aku sebut "menjahanamkan" tu coz maksud yang sebenar is menjadikan kita ahli neraka!!! dari semua juhala' yang couple segelintir kecil yang tak buat maksiat, dari segelintir kecil tu pulak hanya segelintir kecil ke jinjang pelamin..yang lain semua hancur!!! kat sini izinkan aku tanya mana tahap MARUAH CINTA korang????

dan Rasulullah amat menunjukkan kecintaan Baginda bila sudah bernikah, senda gurau Baginda pada isteri-isterinya.. macam mana Rasulullah "open game" "merempit"  dengan Saidatina Aisyah.. setianya Rasulullah bantu kerja-kerja dapur, sifat Baginda yang sentiasa mencari cara menyenangkan hati isteri-isteri.. cemburunya Rasulullah bila Aisyah difitnah berkelakuan sumbang dengan seorang pemuda.. hangatnya pelukan Baginda bila Khadijah jatuh sakit.. gugurnya deraian airmata ketanah bila Khadijah pulang kepada Allah.. ini yang Rasulullah ajar.. tapi kita xikot..

sudahnya kita jadi pengikut Valentine bukan pengikut Rasulullah.. tapi munafiqnya kita bila berharap pada syafaat Baginda di akhirat kelak.. peluang masih ada.. korang nak ikot jalan yang mana, sembunyikan cinta hingga bernikah atau serlahkan cinta sampai ke neraka????????

carilah Jalam Kembali......

"saat Baginda hendak memberi minum dari telaga Al Kauthar yang amat segar di akhirat, Baginda terlihat sekumpulan umatnya yang terhalang dari datang kepada Baginda untuk diberi minum.. Baginda bertanya pada Jibril yang setia akan hal tersebut.. Jibril berkata.. umatmu menjadi begitu kerana mereka berpaling setelah ketiadaanmu..mengalir lagi airmata Baginda akibat ummat yang derhaka..."

Friday, February 18, 2011

tangkap aku jika kau Islam!!

sejak aku mulakan tazkirah subuh di sekolah, sejak itu hidup aku diselubung fitnah..fitnah yang asalnya dimulakn kumpulan kecil kini menjadi satu isu sensasi di meja orang tertentu di sekolah.. nik sesat, nik pemberontak tu gelaran lazim lah...nak femes sikit nik terpengaruh dengan parti politik pulak...

namun hebatnya orang-orang tertentu ini mereka tidak mengatakan secara berdepan dengan aku.. takut? wallahualam tapi mereka suka hantar wakil yang tak tahu menahu datang interview aku.. kalau benar nak siasat aku suka lah coz memang aku tak buat salah.. tapi kalau datang nak menyakitkan hati aku semata-mata bukan nak selesai isu itu aku kata spesies kurang pintar..

dah boring siasat aku, orang-orang tertentu panggil pulak orang yang jadi audiens aku..ok tak kisah la yang penting siasat betul-betul jika aku bawak ajaran sesat dan menyimpang... tapi lain pulak jadinya.. orang yang kena siasat tu seakan-akan dipersalahkan kerana pernah menjadi audiens aku..n paling teruk seakan-akan disalahkan kalau pernah bagi komen dalam group tazkirah yang aku tubuhkan dalam facebook..terok diorang nie..
siasatlah isu kandungan tazkirah aku. datang ke surau tiap kul 7 tiap hari dengar dengan telinga sendiri apa yang aku sampaikan, pakai mata Allah bagi tengok aku ada ke buat pujaan tertentu.. tapi diorang taknak, diorang malas, tapi diorang rajin bab memburukkan dakwah..

memang betul aku sendiri belum cukup ilmu, tapi siapa yang pernah cukup ilmu????? kalau diorang rasa ilmu diorang lagi tinggi kenapa tak wujudkan tazkirah camnie setiap hari cam aku buat??? kenapa tak diorang gerakkan dakwah?? aku tahu diorang nie sibuk, banyak urusan kene buat ok fine lah so support la aku.. tapi jangan memburukkan aku.. kita sama Islam, kita nak capai perkara yang sama.. salah ke aku nak belajar tunaikan tanggungjawab sebagai khalifah???

yang paling unik orang-orang tertentu nie..maybe kes cam kes aku nie jarang jumpa jadi berlumba-lumbalah diorang nak "menyelesaikan".. bagi diorang kes dating camtu dah boring.. sebab tu makin ramai yang kuat berdating sekarang nie.. bagi diorang kes aku nie jika dapat dirungkaikan adalah suatu kemenangan..
selesaikanlah, rungkaikanlah, lihat jika benar aku bersalah, buktikan aku bersalah dan yang paling utama aku pohon sekiranya orang-orang tertentu ini yakin benar aku patut disekat..aku cabar tangkap aku time aku bagi tazkirah dengan kuasa yang mereka ada sekiranya mereka orang beriman!! kalau rasa Islam so cegah lah "maksiat" aku buat.. seret aku keluar dari surau ke tapak perhimpunan!! maklum kat semua warga sekolah kata aku menyimpang!! gantung aku dari persekolahan dan waktu tindakan ini jika benar diambil aku akan pandang wajah tiap yang menganiaya aku dan aku akan bersumpah demi Allah sekiranya dakwaan mereka palsu dan mereka berbuat begini untuk merendahkan Islam aku pinta Allah berikan hukuman yang setimpal samada ketika di dunia atau diakhirat kelak!!! 

Berani kerana benar, aku persilakan tangkap aku kalau benar aku salah... malukan aku, hinakan aku depan khalayak ramai.. sekiranya orang-orang ini tak berbuat demikian sesungguhnya mereka tergolong orang yang bacul dan munafiq!!!

dan ingatlah walau bagaimana hebat sekalipun mereka menghalang ilmu Allah disampaikan di sini, ilmu Allah takkan berhenti.. ratusan nik aziz lagi akan datang menyambung perjuangan ini..kami tidak gentar sekalipun dengan fitnah yang anda lemparkan... dan ingatlah bumi Allah ini luas, pasti kita akan berjumpa suatu masa kelak di luar nanti.. insyaallah!!!

p/s: kalau ada yang terasa hati, aku lagi terasa hati, kalau da yang nak marah, aku lagi nak marah tapi aku tahan sebab aku sayang kat korang!!!