Total Pageviews

Monday, October 24, 2011

Pencinta. Berani. Mati.

Melalui pengalaman, aku pasti kita semua pernah merasakan saat cinta kepada Allah begitu menebal dan mendalam sehingga ada masanya airmata itu mudah benar mengalir bila mengenang dosa-dosa lalu. Namun aku juga pasti terdapat ketika dimana airmata itu tak bergenang pun walaupun berkali-kali kita mengaku bertaubat akan dosa-dosa, terasa payah nak menangis, terasa hati seakan-akan berbelah bahagi antara inginkan taubat atau teruskan maksiat sehingga kita sendiri terasa munafiqnya diri kita kepada Allah...

ringkasannya, ada waktu kita rasa kita betul-betul dekat dengan Allah, namun di waktu yang lain kita terasa jauh dengan Allah..

persoalannya sekarang.. kenapa?

tak boleh ke kita kekal mencintai Allah?? tak boleh ke kita khusyuk setiap kali solat??

sejujurnya, kekal mencintai Allah, khusyuk setiap kali solat amatlah susah!! susah bagi orang yang imannya turun naik macam kita.. susah bagi orang yang gagal mengawal diri sendiri, susah bagi orang yang terlalu memanjakan diri dengan kehendak nafsu, dan pastinya amat susah bagi orang yang sentiasa engkar pada Allah..

susah!! tiada sesiapa berani untuk katakan perkara ini mudah... jika perkara ini mudah pasti tiada orang kafir di dunia sekarang ini, jika mudah pasti tiada sahabat kita yang mengandung sebelum nikah (zina la tu..) jika mudah neraka tidak akan diwujudkan..

mencintai Allah adalah satu perjuangan yang tidak akan selesai sampai bila-bila, ia bukan sekadar kata-kata seperti "I Love U" yang kita biasa ucapkan (korang jela). Mencintai Allah bererti kita ubah seluruh cara kehidupan kita, percakapan, akhlak seperti selayaknya seorang pencinta Allah.. dan ingatlah, perjuangan amat menuntut pengorbanan yang besar. Bukan setakat korban harta dan tenaga semata-mata namun korbankan nyawa demi mencintai Allah!!





gambar kat atas tu adalah gambar syuhada' "Tak Bai", selatan Thailand



aku ada tulis bahawa mencintai Allah adalah perjuangan yang tidak akan selesai sampai bila-bila... kalau macam tu adakah ia perjuangan yang sia-sia? korang tentukanlah sendiri adakah perjuangan ini sia-sia jika Allah berikan ganjaran Syurga?? mungkin bagi korang yang hebat-hebat, hot-hot tak teringin kot kat Syurga Allah sebab tu korang akan kata perjuangan ini sia-sia, tapi untuk pelaku maksiat macam aku amatlah teringin nak masuk Syurga Allah maka perjuangan ini bagi aku amatlah besar ertinya.

orang yang mencintai Allah, hidupnya terasa tenang dan bahagia walaupun ditengah medan peperangan, orang begini orang yang sanggup untuk lakukan apa sahaja demi cintanya.. jika kita inginkan mencintai Allah secara kekal, tidak berubah-ubah, mulai sekarang rasailah kesakitan, kesusahan dalam perjuangan..
dan ingatlah, para nabi, sahabat, ulama', solihin dan siddiqin merasai perjuangan yang sama!

mulai saat ini, halalkan darah, sendi, seluruh anggota untuk berjuang mencintai Allah!!


Wednesday, October 5, 2011

sambungan Studygroup dengan Allah..

insyaallah kita akan menyambung lagi perbincangan tentang ayat sebelum ini namun sebelum itu.... aku nak kena bagitahu siap-siap kat korang yang membaca nie... ada masanya entry aku panjang berjela dan ada pulak yang pendek, ramai lagi suka yang pendek-pendek sebab panjang nie sekali pandang terus malas nak baca, betul!! korang tersangat betul dalam hal nie namun aku nak ingatkan korang..blog ini bertujuan meberikan kefahaman agama yang sepenuhnya.. jadi tiap entry yang korang baca yang panjang berjela itu sebenarnya terdapat pahala ibadah kerana kita nak mendekatkan diri kepada Allah... maka dengan bahasa sopannya aku nak cakap.. jangan jadi pemalas dengan Allah.. dengan dunia hiburan korang boleh peruntukkan masa meneliti majalah-majalah dan sebagainya begitu lama kenapa masa untuk mendekati Allah korang tak boleh lama-lama?? atau mungkinkah sebenarnya korang memang hamba yang dekat dengan Khaliq??? wallahualam...

"dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. "

bagi aku, kata-kata Allah ini teramat bermakna..terasa seolah-olah Allah begitu bersungguh dalam mengajar kita mencari kawan yang perlu didekati atau pemimpin yang perlu ditaati.. ada orang pernah cakap kat aku..

"aku jadi camnie(jahat) sebab mak bapak aku yang tak kisah aku bersosial ngan sape-sape..salah mak bapak aku la"

mungkin mak bapak dia tak kisah..tapi Allah kisah!!! ayat ini menjadi bukti bahawa Allah prihatin kepada kita!! bukan semua orang yang lahir dapat ibubapa yang boleh mendidik anaknya kearah agama, maka atas hikmah itulah Al Quran wajib diimani supaya kita terdidik dari Al Quran walaupun mak bapak kita tak ajar..


jadi hentikan ayat basi "mak bapak tak ajar" tu sebab Allah telahpun ajar.. jangan nak menggedik sangat la..


kembali pada ayat tadi... Allah tegah kita dari patuh/taat/sayang kepada orang yang hatinya lalai dari ingat dan patuh ajaran Quran..persoalannya.......


mana kita nak tahu orang tu tak lalai lau kita jumpa dia je mesti bajet-bajet alim?? kalau pemimpin tu pulak bukan main berdegar-degar cakap tentang Islam maka macam mana nak tahu sama ada dia dalam kategori lalai atau tidak???


seperti tadi..Allah itu Amat Hebat..Allah jawab secara terus dengan seterang-terangnya...

"ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. "

disebabkan ayat ini amatlah terang maka aku tak rasa yang aku perlu huraikan lagi, jangan nak suap je, kena fikir sendiri jugak!!

fikirkan betapa sayangnya Allah kat kita.. jauh beza dengan sayang manusia kat kita..sayang Allah termasuklah mengajar, mengkritik, menguji tambahan lagi dengan memberi.. kenalilah Allah maka kita akan automatik tak teringin nak taat kat tuhan yang lain.. macam mana nak kenali Allah?? perhatikan ayat-ayatnya..



Thursday, September 22, 2011

Study group dengan Allah..

[28]
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. 


hati ini sedikit sebanyak rasa terpukul dengan ayat dari Surah Al Kahfi nie.. dan sememangnya (memey r-bhse dak sekarang) salah satu mukjizat Al Quran adalah kita akan merasakan terpukul, tersentuh bila memahami ayat-ayatnya..


sejauh mana kita beriman pada Quran?? iman yang aku pelajari bukan setakat percaya dengan lidah tapi perlu dibenarkan dengan hati dan dibuktikan dengan amal perbuatan.. setiap orang boleh mengatakan yang dia telah beriman tetapi hanya segelintir yang mampu untuk membuktikan iman.. begitulah aibnya umat yang dimuliakan Allah ini.. aib kerana hanya reti bercakap tapi tak reti membuat sedangkan para solihin kurang bercakap tetapi banyak berbuat..


Allah mengajar kita untuk dekatkan diri dengan orang soleh, macam mana nak kenal orang itu soleh?? Allah ajar lagi dengan memberikan "secret recipe" untuk mengenal orang soleh.. 


Pertama, orang soleh itu beribadat kepada Tuhan mereka (Allah la) pada waktu pagi dan petang.. bukan bermaksud orang yang solat Subuh dan Asar tetapi tinggal solat lain dikira soleh..kalau faham macam tu memang makin menyimpang la.. keindahan bahasa Al Quran nie ialah Allah berikan ayat yang kita kena fikirkan kenapa Allah cakap macam tu.. dalam kes nie cuba kita fikir kejap kenapa Allah kata pagi dan petang?? apa yang aku dapat adalah Allah memberikan satu perkataan berlawan, maksudnya pagi lawannya petang..bila Allah berkata begitu ini bermaksud kata lawan lain pun boleh kita ambil kira.. contoh siang lawannya malam, miskin lawannya kaya, senang lawannya susah..tak paham lagi kan?? ok sekarang aku rangkumkan ayat tu ek..


"orang soleh itu beribadat pagi dan petang, siang dan malam, dalam keadaan miskin dan kaya, dalam situasi senang dan susah"


itulah petunjuk yang Allah bagi nak kenal orang soleh nie, banyak lagi boleh kita kembangkan dari perkataan pagi dan petang tadi, itu satu lagi mukjizat Al Quran!! jadi orang soleh ini adalah orang yang beribadat sepenuh masa pada Allah, bukan orang yang jenis beribadat part time or sambilan atau sambil lewa.. beribadat sepenuh masa ie pulak bukan bermaksud dia kena duduk masjid sepanjang masa tapi dia melakukan segala perkara,pekerjaan dan segala-galanya kerana Allah semata-mata.. boleh jadi pengutip sampah yang kita jijik melihat itu adalah orang yang soleh, dan tak mustahil orang yang beserban dan berjubah itu bukan orang soleh, oleh itu kena pastikan orang itu beribadat sepenuhnya pada Allah tak kira apa keadaan maka itulah orang yang soleh..


petunjuk kedua....


"yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata"


ini bermaksud orang soleh itu bukan dari kalangan orang yang mengharapkan pujian, mengharapkan publisiti, bermegah-megah dengan kebolehan yang ada dan sebagainya. orang soleh ini sepenuhnya hanya inginkan Allah meredhai setiap apa yang dilakukan, hatinya gentar jika Allah tidak menerima amal ibadahnya, sentiasa bimbang dengan kualiti dan kuantiti ibadah yang dilakukan dan khuatir akan dosa-dosanya..itu sebahagian tanda orang soleh!!!

apa patut kita buat bila kita berjaya menjumpai orang ini?? 

"berdampinglah"


bukan macam cerita Pendekar Bujang Lapok yang mintak mambang berdamping tu tapi maksudnya ikutilah perangainya, contohi akhlaknya, taati perintahnya, menuntut ilmu daripadanya, berkawan atau bersahabat dengan dia, mengundi (dalam pilihanraya dan sebagainya) kepadanya.. ini yang Allah ajar..dan adakah kita "terlalu mulia" untuk mengingkari ajaran Allah??


untuk entry ini aku hanya ingin membincangkan mengenai orang beriman ini, entry seterusnya dengan izin Allah kita akan kaji sambungan ayat ini..


jadi sedikit ulasan, Allah ajar kita untuk disiplinkan diri berada di dalam lingkungan orang-orang soleh, kalau rasa-rasa orang sekeliling kita bukan orang soleh maka berhijrahlah ke kelompok orang soleh..Allah tu tak bodoh la..mesti ada sebab yang amat besar kenapa Allah ajar kita buat macam nie, namun kenapa kita selalu tertarik untuk berkawan dengan orang yang tak berapa soleh nie??? sebab bila Allah mengajar kita, pasti  ada syaitan yang menghasut kita..rasa cam syok je berkawan dengan orang yang tak suka beribadat nie, rasa bangga berkawan dengan orang bajet hebat dan hot nie..bila terasa macam tu maka kita secara tak sedar dah mengikuti program tutor tv syaitan!!

carilah orang soleh/solehah, dekati dan ikutilah mereka!!




semoga Allah bukakan hati kita untuk memahami ayatNya, kuatkan tubuh badan untuk beribadah padaNya, dan lemahkan hawa nafsu yang mengganggu kita mendekatiNya..amiiin...