Total Pageviews

Wednesday, May 18, 2011

Earth Hour VS Nakba

Ada tak antara kita perasan mengenai Earth Hour yang jutaan manusia sambut pada 26 Mac lepas begitu meriah sebenarnya??? dalam fb orang berkempen, dalam blog orang berhujah dan tepat pada waktu yang ditetapkan kebanyakan bandar-bandar utama setiap negara mula memadamkan lampu masing-masing selama sejam.
Indah sangat bila lihat anak-anak Melayu Islam juga beriya-iya menyambut seakan-akan ia perayaan wajib, aku tak kata sambutan tu salah korang jangan salah faham lak...sambutan tu bagus dan hebat dalam menekankan peranan masing-masing supaya jangan membazir elektrik, SOKONG 100%
masing-masing main peranan, t-shirt melambak-lambak terjual kat pasaran tapi... aku ingatkan rakyat Malaysia prihatin, aku diam je bila sampai 1 tarikh yang amat penting..tarikh yang buat jutaan mata pejuang Islam yang kental akan berlinang, tarikh yang buat aku dan hampir semua aktivis Islam menyalahkan diri...

tarikh nie tiada pula t-shirt melambak, tarikh nie fb sepi selain "in relationship" tak habis-habis...dalam blog mereka yang meraikan Earth Hour pun perkara nie tak disentuh..mana pergi anak Melayu Islam yang kononnya prihatin tadi???? mana pergi tukang kempen yang sayang sangat kat bumi tadi??

malu bila aku sedari, manusia akhir zaman lebih menyayangi bumi berbanding Islam.. mesti korang confiuse tarikh apa yang aku maksudkan..ok aku bagi klu..

tarikh dia 15 Mei.....ha mesti korang yang ammmmmmmaaaat prihatin tau kan??? ha!!!! tak tau???? 15 Mei 1948 tak tau??? malunya.... sampai hati korang kan..

tak patut korang wat camnie!!! tak patut langsung..perayaan yang entah mana halatuju korang sambut dengan meriah, "perayaan" Malapetaka korang tak sambut pun...

Fail:Man see school nakba.jpg

Nakba Day..pernah dengar??? atau soalan sepatutnya, pernah tahu????
ini adalah hari memperingati 500 BANDAR dan KAMPUNG diceroboh Israel laknat yang menyebabkan 700 000 saudara korang terpaksa jadi pelarian dibumi sendiri.. 
maaf pembetulan,
700 000 saudara Islam (bukan korang) terpaksa jadi pelarian dibumi sendiri..
bagi korang ini cuma berita jelah kan??? korang tak pernah fikir mungkinkah mak bapak korang yang umur makin lanjut tu yang jadi pelarian, korang tak pernah fikir orang yang korang sayang mati ditembak sesuka hati, korang tak pernah bayangkan adik-adik, anak saudara korang yang bayi-bayi mati akibat kebuluran..

korang tak pernah fikir!!! tak pernah nak rasa sayang!!!! tak pernah nak ambil berat pasal dunia Islam!!!
macam mana korang boleh bersemangat sambut Earth Hour tapi lesu dalam Nakba??? malu la kat diri sendiri..malu sangat-sangat..

untuk penutup, izinkan aku bertanya..saat kau disoal dalam barzakh nanti,
 "Siapakah saudaramu??"
korang mesti nak jawab "orang Islam saudaraku"

betulkah??????

No comments:

Post a Comment