Total Pageviews

Wednesday, January 16, 2013

kenapa terhenti??

Dengan nama Allah, Yang Melihat dan Mengawasi kita semua.... semoga entry ini terpelihara dari bisikan syaitan dan godaan nafsu yang mencengkam...

kenapa terhenti?? itu soalan paling biasa yang ditanyakan kat aku oleh sahabat-sahabat yang biasa membaca blog nie..

"aku check ritu kau tak update pape pun"
"dulu semangat sangat, sekarang terbengkalai"
"tulis la balik, sayang kalau tinggal camtu je"

dan pelbagai lagi komen yang menghenyak diri.. syukur dan segala puji bagi Allah sebab izinNya kali nie aku menulis balik setelah sekian lama blog ini ditinggalkan... dan lebih tinggi lagi syukur bila Allah menyedarkan aku akan jutaan kekurangan diri yang salah satunya akan aku dedahkan disini..ia bukan membuka aib, ia bertujuan membuka minda pembaca.. malahan secara peribadi aku lebih sanggup membuka aib diri asalkan ia dapat membuka pandangan dan minda orang lain..

sejujurnya, tiap kali ditanya soalan kenapa aku tak update blog ini, maka aku akan jawab secara direct aku busy atau aku takde idea.. "fahaman" nie sebenarnya tersangat banyak meluas sampai aku terikut-ikut dan boleh bagi jawapan secara direct macamtu.. betulkah??

maka disini perlunya muhasabah.. dalam muhasabah inilah hati akan berfatwa.. dalam fatwa hati itulah airmata menitis jugak akhirnya..

adalah sangat-sangat tak logik kalau nak bagi alasan "aku busy".. dan alasan itu tersangat tak logik bila kita terjun dalam dunia Islah apatah lagi dunia dakwah.. alasan tu sangat tak masuk akal.. maka hati bertanya saat itu..

"apa yang busy sangat??"
"siapa kau sampai terlalu busy??"

maka minda main peranan menegur aku dengan mengingatkan, aku hanyalah seorang pelajar, seorang anak, berbanding Dr Yusuf Al Qaradhawi yang merupakan seorang ayah, guru, ulama', presiden persatuan ulama' sedunia yang MASIH MAMPU menghasilkan karya-karya buat umat Muhammad S.A.W ini diusia yang begitu tua!!! jika diukur tempoh masa aku berhenti update blog maka terpampanglah jeleknya "fahaman" ini kerana saat yang sama Dr Yusuf Al Qaradhawi mampu melahirkan kitab yang baru (kitab bukan entry blog yang "sehelai" nie!!)

maka tertunduklah aku serba malu.. siapalah aku untuk dibandingkan dengan Dr Yusuf Al Qaradhawi?? siapa lagi sibuk antara kami sebenarnya??? siapa lagi tua??? maka macam ditulis tadi, alasan nie takkan mungkin boleh diterima oleh akal yang sihat.. hanya kerana akal aku yang sakit maka saat alasan itu diberikan aku merasakan itulah jawapan yang terbaik... astaghfirullaha'azim

"aku takde idea"

maka hati mula ganas mengasak soalan...

"tak cukup lagi ke kerosakan, kecacatan dan kemusnahan umat yang kau lihat, dengar sampai kau tak mampu nak menulis sesuatu untuknya??"
"tak cukup lagi ke saudara-saudara kau disegenap dunia merayu ihsan kesedaran umat untuk membantu mereka maka kau terus nak duduk kaku??"
"tak adakah walau satu pengajaran berguna dari ratusan guru-guru yang pernah kau pelajari darinya bertahun-tahun sehinggakan kau tak mampu terbitkan satu kebaikan darinya yang boleh dikongsi dalam entry??"

detik itu minda memainkan persoalan yang cukup menyedihkan...

"nik, tak cukup lagikah Islam yang dijanjikan sempurna itu yang ditunjuk contohnya selama 23 tahun oleh Rasulullah S.A.W???"

Allahurobbi deras airmata ini mengalir.. mustahil tak cukup!!! aku membentak dalam diri.. hati berfatwa jika benar maka adakah aku masih ketandusan idea untuk berkata sesuatu mengenai agama dan masalah umat??

maka secara rasminya kedua-dua alasan tu tak boleh dipakai sama sekali!!!

muhasabah diteruskan dan akhirnya aku jumpa punca masalah ini...

ikhlas dan istiqomah

2 perkara ini sangat kurang malahan mungkin tidak bersisa pun dalam diri selama ini..

atas dasar nikmat yang melimpah ruah dengan pujian menggunung bila aku mulakan  blog ini maka mungkin itu salah satu sebab fikiran dan gerak kerja aku lari dari mencapai redha Allah kearah mencari redha manusia..

disini keikhlasan menjadi sesuatu yang asing dan boleh dipertikaikan.. impaknya bila buat kerana mencari nama atau mencari pujian dan perhatian makhluk maka dengan mudah aku kehilangan "nama" Allah itu sendiri, dengan mudah pujian pada Allah aku abaikan.. dan dengan mudah aku kurang perhatian pada saranan dan tuntutan Allah.. astaghfirullah..

pasti bila hilangnya keikhlasan, maka istiqomah itu malu-malu untuk hadir menampakkan diri.. dengan tiba-tiba perasaan "aku sendiri buat jahat nak tegur orang" "aku buat ke apa yang aku tulis tu??" maka senjata-senjata syaitan yang halus menggunapakai idea-idea yang cukup licik membuatkan aku terhenti untuk menulis..

syukur..atas nasihat seorang ulama melalui sajaknya dalam buku Sastera Sufi (lupa nama ulama tu) maka semangat yang luntur mula berubah wajah..

"jangan biarkan dosa yang kamu lakukan,
menghalang kamu dari istiqomah di jalan Allah"

menitis satu persatu airmata.. tajam kata-kata tu.. sekarang aku akan lebih istiqomah namun istiqomah memerlukan pengecasnya tersendiri..

syukur Imam Nawawi menghurai dengan panjang lebar mengenai ikhlas dalam syarah hadis 40 (syarah hadis 1 mengenai niat).. dari situ aku kumpul kekuatan dan cuba sedaya mungkin memfokuskan tiap amal hanya kerana Allah..

moga-moga dengan "kelahiran" semula ini, blog ini akan menjadi wasilah Islah yang lebih mantap dan menjadi asbab untuk aku meraih redha Allah atas makhluk yang lupa diri ini..

buat sahabat yang membaca dan mengikuti blog ini sebelum ini.. maaf andai entry berjela itu tak mampu menyentuh hati dan mindamu, mungkin kerana ia sendiri tidak lahir dari hati dan mindaku.. maaf andai ia menyemarakkan nafsumu. kerana mungkin ia sendiri lahir dari godaan nafsuku.. terima kasih kerana berikan dorongan selama ini, terima kasih atas kritikan dan tunjuk ajar, terima kasih untuk segalanya dan maafkanlah kekurangan aku..

No comments:

Post a Comment