Total Pageviews

Friday, February 1, 2013

Entry untuk calon JTK

Dengan nama Allah yang menggerakkan jemari, menajamkan fikiran dan memberi kekuatan dengan sehiris ilmu serta pengalaman..

Alhamdulillah siswa siswi  KIAS baru lepas dihidangkan dengan suara-suara calon yang bertanding dalam Pilihanraya Jawatankuasa Tindakan Kediaman (JTK), subhanallah setinggi syabas pada semua calon-calon bertanding yang mampu memberikan ucapan dengan gaya dan stail masing-masing.. loghat kedah, ganu. thailand dan semestinya kelate cukup menarik minat dan menghiburkan. Suatu perkara yang terasa cukup indah buat insan seperti aku bila calon-calon kebanyakannya (tak pasti adakah semua) melafazkan ayat lebih kurang "jika ada yang lebih baik dari saya, maka pilihlah yang lebih baik itu".. ayat nie membuatkan jiwa aku agak terawang-awang memikirkan dan menghayati dalamnya kata-kata, seakan terasa ikhlasnya semua calon yang berucap di malam bersejarah itu.. (siapalah aku untuk mengenal keikhlasan orang) namun agak kelakar juga bila statement aku disanggah beberapa sahabat..

"Ala nik, tu ayat cari publisiti je.."
" dah sorang cakap camtu, semua kena la tiru, nanti orang label ujub pulak"
" kalau diorang tahu ada lagi baik kenapa pergi bertanding??"

dan ada jugak ayat yang dahsyat..

"semua tu terok, baik takyah pegi ngundi"

Masyaallah, walau apa pun pandangan sahabat-sahabat ini aku hormati, namun tidak semestinya aku bersetuju.. soal ikhlas atau tidak itu terserahlah pada mereka dan Allah, jika mereka tidak ikhlas sekalipun maka kita doakan Allah hadirkan keikhlasan itu dalam hati mereka.. adakah kerana melihat ada saudara kita yang lemah maka kita ramai-ramai pergi memijak dia?? sedihnya realiti, menjatuhkan itu terlalu disukai berbanding memimpin orang yang bersalah.. lagi menyedihkan ia lahir dikalangan asatizah..astaghfirullah moga Allah ampuni kita..

penulisan entry kali ini lebih ditujukan mengenai kepimpinan, yang perlu kita muhasabah apatah lagi oleh calon-calon JTK yang disayangi sekalian.. aku mendengar dan sentiasa cuba menghadam tiap janji, manifesto yang korang bentangkan.. Hebat!! cantik!! idea baru!! superb!! dan ternyata bagus. Sejujurnya aku sendiri tidak meyakini aku mampu memikir dan membentang "solusi maslahah" seperti itu.. tahniah.. namun para pembaca blog yang dirahmati Allah.. ada perkara yang kita kena berhati-hati ketika mempersiapkan diri menjadi pimpinan.. ini hanyalah suatu pandangan dhaif dari insan kerdil ilmu.. maka tolaklah jika korang rasakan ia tak patut..

untuk menyelesaikan sesuatu masalah berkaitan orang ramai atau umum maka ia automatik terbahagi kepada dua kategori..

1) Masalah yang hanya mampu diselesaikan dengan adanya kuasa
2) Masalah yang boleh diselesaikan tanpa adanya kuasa

dua-dua masalah ini penting, dan tak boleh sama sekali kita pandang kecil untuk mana-mana kategori.. namun bila korang bertanding di dalam pemilihan jawatan yang akan memberikan korang "kuasa" maka bentang dan huraikan kategori yang pertama..

yakinkan penonton bahawa kalau korang tak dipilih maka masalah itu akan terus menyulitkan hidup kami untuk sepenggal kepimpinan lagi.. jadikan kami betul-betul mengerti tindakan yang korang akan ambil, tunjuk solusi bukan sekadar menyatakan! dan sekalipun korang benar-benar hanya nak menyatakan (tak sempat hurai, masa pendek katanya) maka nyatakan masalah yang kami sukar nak selesaikan sendiri dan kehadiran korang mampu meringankan beban kami..

contoh: Masalah siswa siswi sukar mendapat rumah sewa yang berkualiti setelah "dihalau" dari asrama

sekali pandang isu nie macam tak relevan sebab isu nie diluar asrama. tak ada kena mengena dengan JTK tetapi cubalah pandang dengan lebih jauh betapa 999 (katanya) pelajar asrama bingung memikirkan kemana nak cari rumah sewa.. sebahagian dari mereka dapat rumah sewa yang hampeh, menipu, yang tak layak dipanggil rumah sewa! rumah sewa jauh di hujung ceruk sampai tak ada line telefon (nak call polis pun payah)

cuba la korang sedar janji manis korang tu tak begitu bermakna buat sebahagian besar kami yang perlu mencari rumah sewa tak berapa lama lagi, kami akan keluar sebelum sempat "kenyang" dengan janji yang korang akan tunaikan.. stress dan derita yang kami rasai terutama pelajar luar kelantan.. kami takut memikirkan saat kami akan "terkapai-kapai" nanti..

solusinya : wujudkan sebuah pelan pendudukan pelajar yang akan keluar dari asrama
-muafakat dengan ketua-ketua kampung untuk korang dapat buat list semua rumah sewa yang terdekat, berkualiti dan harga berpatutan.. semua maklumat penting pasal rumah tu boleh diiklankan sebagai pilihan buat kami, at least kami tak hidup dalam blur lagi.. mulakan dengan kampung-kampung atau taman yang tak lebih lingkungan 5 km dan harga tak terlalu mahal.. promote rumah sewa yang dekat dengan masjid atau surau sebagai peringatan buat kami untuk jaga solat jemaah..ambik tahu arah hidup kami nanti, dengan masyarakat yang macam mana yang kami akan hadapi..

dari situ wujudnya jalinan budi, jalinan budi percayalah akan dihargai sampai mati untuk orang yang waras dan bersyukur.. terasa ada orang yang melihat, merasai dan membantu kami.. jangan pandang remeh isu ini.. namun jangan pula rasa ia terlalu berat untuk dilaksanakan, segala masalah yang dihadapi jika kena step menghadapi apatah lagi dengan pertolongan Allah maka ia mampu diselesaikan..

rata-rata calon banyak menabur janji kategori kedua, kategori yang tak perlu ada kuasa tapi mampu dilaksanakan.. benda nie semua orang boleh buat samada berjawatan atau tidak.. bagus untuk korang buat tapi tak cantik untuk dibentang depan khalayak..

contoh: solat jemaah
 -rata-rata nak menambah bilangan jemaah di MKL, alhamdulillah bagus cita-cita tu dan semoga tercapai.. tapi tak perlu jadi JTK pun korang boleh ketuk pintu 1 asrama untuk kejutkan orang kan?? korang boleh buat pelbagai cara lain yang tak memerlukan kuasa kan?? takkan la nak kejut orang kena kenalkan diri korang tu ketua sakan dulu! mengarut!

dalam bahasa kasarnya seakan-akan korang cuba sampaikan "saya akan bantu tingkatkan bilangan saf kalau saya berjawatan, kalau tak pilih saya jangan harap saya mampu tolong"

dan untuk isu solat jemaah nie patutnya korang serlahkan diri sebagai "muka MKL" baru orang tak meragui.. esok subuh selepas ucapan gergasi korang, aku cuba perhati siapakah calon yang akan hadir berjemaah sekalipun tak menjadi imam.. takde!!! dari 7 calon muslimin sorang pun tak hadir subuh pertama hari berkempen tu walaupun 4 orang dari korang telah aku cuba kejutkan sebelum azan..subuh berikutnya baru nampak muka.. takpelah mungkin korang penat dan terlupa tapi tolong jangan selalu.. kami nak pimpinan bukan sekadar memimpin di asrama tetapi memimpin solat, tazkirah yang bakal memantapkan ibadah kami.. Rasulullah S.A.W pun pemimpin gak, di dalam dan luar masjid, maka contohilah..

selepas nie jagalah kebajikan kami samada berjawatan atau tidak.. semua yang berucap malam gemilang itu telahpun kami pandang sebagai pemimpin kami.. bantulah calon yang menang dalam menjalankan amanah berat ini..dalam masa sama laksanakanlah janji korang sepenuh kudrat dan minat..

"eleh cakap je lebih kau nie nik, kalau terror sangat kenapa tak bertanding"

haha mesti ramai cakap camtu..jawapan aku.... "Allah tak izin lagi".. istikharah sentiasa memberikan jalan, percayalah!!

" membantu dalam perkara yang kita sepakati,
memaafkan dalam perkara yang kita selisihkan"

wallahu'alam




No comments:

Post a Comment