sekali lagi.. catatan ini aku khaskan buat sahabat-sahabat yang bersekolah disekolah yang sama dengan aku.. buat yang tidak diharap pedulikan entry nie.. dekat bawah-bawah tu banyak lagi cerita lain..
sahabat-sahabatku..
kita tak tahu bila maut akan mendapatkan kita,
namun kita tahu bahawa sesudah maut akan adanya pemberian balasan
baik kau kat sini, baiklah kau kat sana
dan macam tu jugaklah sebaliknya..
antara yang aku gusar akan terjadi
bila Khaliq mula menyoal kita
mula bertanyakan kepada kita tentang tanggungjawab sebagai sahabat
dan aku pasti aku bukan sahabat yang menjaga tanggungjawab sebaiknya..
sebab aku terlalu bacul, penakut dan dayus untuk tegur sahabat sendiri
tiap kali kau mula terjebak dengan maksiat..
kau tak tahu
mungkin kau tak pernah tahu
tiap hari yang penuh sibuk aku lalui
aku perlukan rehat
dan tiapkali rehat itulah
akan datang sahabat-sahabatku yang lain
mempersoalkan tindakan aku terhadap kau
menghina, mencemuh dan mengeji aku
dan tiapkali itu
dengan hati yang sedih aku ukirkan senyuman
mohon mereka bersabar
mohon mereka berdoa untuk kau
dan kemudian aku dihina lagi
dengan jutaan kata yang amat menghiris hati
ketahuilah sahabatku
saat coretan ini ditulis
hati ini menangis
bukan kerana aku kalah dengan kejian mereka
tapi aku takut aku akan dikeji seperti itu diakhirat sana
aku takut..
tapi pernahkah kau luangkan sedetik untuk memahami ketakutan aku ini??
sahabatku..
bumi ini bukan milik kau
kalau milik kau
kau nak buat apa pun buatlah
namun bumi ini MILIK ALLAH
bagaimana boleh kau angkuh, sombong dan takbur
berpijak diatas tanahNya
sambil melakukan laranganNya??
malulah..
lupakah kau saat kau hilang kekuatan
siapakah yang memimpinmu jika bukan Allah??
saat kau rasakan hidupmu penuh dengan derita
siapakah yang memberi bahagia???
saat kau sedang tidur lemah tak bermaya
siapakah yang melindungimu??
sukarkah untuk memikirkan perkara ini??
fikirlah sejenak
meskipun kau tak mahu mengambil kira perasaanku
fikirkanlah "perasaan" Allah kepada kau..
sahabatku..
ketahuilah
aku tidak membencimu
malahan sampai ke akhir hayat aku akan menjadi sahabatmu
namun jadilah sahabatku sampai ke akhirat
sahabat yang akan membela sahabat yang lain
bukan musuh yang akan menjatuhkan yang lain
harap kau mengerti
harap kau memahami
di usia makin dewasa
kita seharusnya lebih matang berfikir...
dan saat ini
dengan penuh pengharapan
maafkanlah aku kerana gagal menjadi sahabat yang baik...
setiap manusia... diberi peluang untuk kembali... soalnya.... adakah kite nak ambik peluang itu atau tidak..
Total Pageviews
Tuesday, July 26, 2011
Sunday, July 24, 2011
Beza antara kita dengan mereka..
dingin pagi itu..
kita kelam kabut bangun..
waktu tu sumbat segala makanan lebih yang ada atas meja
takut nanti azan berbunyi tak boleh makan,
nanti perut lapar..
mana tahan sampai ke maghrib..
tapi..
pagi itu masih hangat bagi mereka..
darah merah yang mengalir menitik ke segenap pakaian itu amat menghangatkan..
asap dari muncung M-16 tak akan biarkan mereka kesejukan..
dengan tenang tanpa tergesa-gesa walau sedikitpun
mereka bergilir-gilir
merasai seteguk air dari botol mineral
cukuplah..
mereka takut tertinggal sunnah
bibir yang mulai kembali kering itu dibasahkan kembali..
dengan zikrullah yang khusyu' tanpa henti
sambil menantikan Subuh masuk..
sayup dengan tenang...
1.30 tengah hari
terasa panas berbahang
lagi tertekan tengok amoi makan aiskrim
perisa mint yang hijau-hijau pulak tu
kalau dapat jilat sikit pun jadi la
sikit je bukan nak banyak mane pun
huh lupa...
kita puasa kan..
hmmm tidur la
tidur tu ibadah kan???
lagi baik dari fikir makanan-makanan nie..
1.30 tengah hari
sahut-sahutan Quran sesudah Zohor tadi masih belum berhenti
dan masih tiada tanda akan berhenti
runsing fikiran mereka
khuatir jika puasa mereka tidak mencukupi
takut hanya lapar dan dahaga sahaja diperolehi
mereka menuntut pahala!!
mereka dambakan maghfirah!!
mereka tangiskan dosa
mereka rindukan Al Quds
mereka merayu Allah selamatkan bumi mereka
jika tidak mereka memohon dikurniakan syahid
cukuplah..
mereka tak mahu kematian yang lain selain itu
terus mereka sabar
mentadabbur Quran dan Hadis..
sambil memerhati kelibat jet pejuang
sambil melilau jika muncung kereta kebal
disasarkan ke "kubu" mereka
"kubu" Kalam Allah di dalam dada..
6.30 petang..
aduuuuuuuuuiiiii
kan dah lambat nie!!!
tertidur punya la lama
sempat lagi tak kalau nak pergi bazar nie
harap-harap makanan banyak lagi
kita terus pecut ke bazar
tanpa kita sedari
"hutang" Asar belum langsai
balik terus buat persediaan
mana boleh minum soya je..
cincau kena taruk
jangan lupa sediakan air kelapa atau tebu
takut tak cukup
bukak tv
tengok jap cerita masak-masak
ops 5 minit lagi nak masuk
cepat tuang air
nasi senduk separuh-separuh
nasi putih dengan nasi tomato
yong tau fu ada lagi..
roti pita syeikh arab pun dah sedia..
"Allahu ak........"
segelas setel
bak sini popia tu!!
jangan mengada-ngada sorokkan pulut bakar..
nyam-nyam...
6.30 petang disana
sesudah doa solat dibaca
mereka mula mengumpulkan semua
duduk di satu ruang sendat dan pengap
di tengah ruang yang sempit itu
imam mula berikan tazkirah
mengalir airmata kaum ibu
mengenangkan nasib wanita yang ramai dalam neraka
merah padam wajah ayah
memikirkan tanggungannya dan amanah yang akan ditanya
air mula diagih
kurma mula diedar
semua mengucap alhamdulillah
tiada siapa yang menyoalkan makanan itu
azan berkumandang..
mereka berdoa, merasai kurma itu
menyudahkan berbuka dengan tegukan air
masing-masing puas
kerana berpeluang melaksanakan ibadah
terus melakukan persediaan untuk maghrib berjemaah..
sesudah tarawih 8 rakaat
kita bersandar kat dinding surau
berborak hal semasa dengan kawan-kawan
menanti moreh..
sesudah moreh
balik ke rumah dengan perut sendat
tengok tv kemudian tidur..
sesudah tarawih 20 rakaat, diikuti witir..
suasana berdengung
bukan kerana mereka berbual
tapi mereka mengeluh
merintih
menangis
mengadu
pada Pencipta
perlahan lahan merebahkan diri untuk tidur sebentar
sebentar lagi nak qiamullail....
bezakah hidup kita dengan mereka??
tidak!!!
kita sama
namun apa yang berbeza
cinta kita kepada Allah
sekiranya difikirkan sejenak
jika sebutir bom gugur di rumah kita dan rumah mereka
roh siapa yang kembali pada Allah
dengan disambut kasih dan mesra???????

Friday, July 22, 2011
bila Allah menyapa..
anehkan..
walaupun statistik murtad makin meningkat, tapi belum ada seorang pun ulama' Islam yang murtad.. tiada seorang pun sarjana Islam murtad dari dulu sampai sekarang..kenapa agaknya???
pelikkan..
makin lama makin ramai "ulama'" sarjana dan orang-orang yang bertaraf hebat-hebat memeluk Islam, dan syukur alhamdulillah tiada pula antara mereka ini yang murtad setelah memeluk Islam..kenapa agaknya???
mereka semua ada satu persamaan... satu je tak perlu banyak.. mereka semua mengkaji Al Quran.. bila ada yang mereka kurang faham mereka mencari hadis, bila masih lagi kekaburan mereka bertanya yang lebih arif dan akhirnya mereka temui satu rasa yang sukar dirasai oleh kebanyakan umat Islam "sediakala" hari ini.. mereka.. jatuh cinta pada Allah..
maka aku mula merasakan..macam mana aku nak jatuh cinta pada Allah?? maka langkah pertama yang wajib aku buat adalah buat apa yang mereka buat.. kaji Quran, bersandarkan hadis dan rujuk orang yang lebih arif.. jadi aku memulakan kajian dengan meneliti terjemahan Surah Az Zumar.. juz ke 24.. entah kenapa aku nak mulakan kajian mulai surah nie..
Al Quran itu mukjizat.. ayat-ayatnya jika kita teliti, fahami dan hayati air mata akan bergenang dengan sendirinya..sebak bila hati ini terasa diketuk dengan ayat Quran.. rasa dipanggil, rasa bersalah.. sedih sangat bila dikaji.. seolah-olah kalam Allah ini ditujukan buat aku.. seakan-akan teguran,pujian, ancaman, janjinya tepat kepada aku.. dan antara ayat yang buat aku rasa sangat sedih adalah ayat 53 surah ini..
Allah memberikan nasihatNya yang cukup menyebakkan iaitu:
Katakanlah(Allah menyuruh Nabi Muhammad S.A.W memberitahu kita): "hai hamba-hambaku yang melampaui batas mencelakakan dirinya sendiri! janganlah kamu berputus asa daripada mendapat rahmat Allah!!! sesungguhnya Allah itu mengampuni dosa seluruhnya!! Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
rasanya ayat ini amat mudah difahami kalau kita memikirkan makna ayat ini secara mendalam.. bahasa mudahnya Allah nak bagitahu kat kita iaitu orang-orang yang selalu melanggar larangan Allah nie, yang suka mencelakakan (merosakkan) dirinya sendiri, supaya jangan berputus asa minta ampun pada Allah.. Allah sedia memaafkan dengan syarat kita haruslah mintak maaf.. dan Allah punya maaf bukan maaf kecil-kecilan, Allah maafkan kesemua dosa kita!!!! SEMUA!!!!
kalau diperhatikan Allah menyeru kita dengan perkataan "hamba-hambaku".. maksudnya Allah sayang sangat kat kita walaupun kita banyak buat maksiat, walaupun kita selalu lupakan Allah!! tapi Allah tetap ingat kita.. sangat terkilan bila kita tak membalas rasa sayang Allah kat kita..
dosa kita kalau dibentang semuanya sampai sekarang pasti luruhlah mata kita akibat malu untuk melihat segala yang kita pernah buat.. segala perkara yang tak sepatutnya "orang-orang kesayangan" Allah buat!!! betapa teruknya kita!!! tak malu pada Allah yang melihat segala-galanya!!!
aku akan teruskan kajian.. namun alangkah indah jika semua umat Islam dapat mengkaji Al Quran.. jangan kata tak ada masa.. penipu sangat!! luangkanlah masa dengan Allah...
Allah yang tak pernah tak sayang pada hambaNya..meskipun hambaNya menderhaka..
astaghfirullahal'azim..

Sunday, June 5, 2011
makcik siapa nie.....
pertama sekali..aku ucapkan jutaan maaf bagi yang terasa dengan tulisan-tulisan aku yang sememangnya kejam dan lebih hangat dari yang biasa..bukan aku nak wujudkan permusuhan antara kita, tetapi aku perlu untuk mengkritik kekurangan diri kita masing-masing agar kita keluar dari kepompong manja, lembik dan dayus mengenai isu berkaitan agama...
entry kali ini aku nak fokus pada seorang makcik..makcik yang makin terkenal dan glamor di FB.. makcik yang menaikkan kemarahan umat Islam setiap hari..rasanya ramai yang kenal makcik yang aku sebutkan nie...
Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara...
makcik nie banyak menghina Islam dalam tulisan-tulisan dia dalam fb dan banyak tempat yang lain.. hina bukan calang-calang hina!! hina sampai ketahap ramai yang tegang urat leher dan memaki hamun macam la makcik tu kesah korang maki hamun kan???
jadi disebabkan terlalu banyak kritikan dan cemuhan, luahan rasa tak puas hati dan makian..jadi aku perlu menulis sesuatu yang korang dah mulai lupa...
untuk makluman makcik nie turut "mencipta" elemen tambahan dalam lagu Bad Romance nyanyian Lady Gaga.. bukan tambah sikit-sikit, tapi azan yang penuh merdu dari Masjidil Haram, Mekah... dan sebenarnya terlalu banyak lagi perkara yang makcik nie dah buat dan SEMESTINYA tiada satu pun yang memuji Islam.. untuk yang beri kritikan buat makcik nie, aku ucapkan tahniah sebab korang prihatin dengan isu nie berbanding dengan mereka yang sentiasa "terbisu" hal-hal agama.. namun sedikit teguran dan peringatan, KORANG TAK PERLU MARAH PUN!!!! untuk apa korang bebel panjang lebar kat makcik tu??? dia baca ke komen korang??? kalau dia baca dia reply ke??? maksud aku kat sini segala kerja korang is SIA-SIA!! apa korang dapat bila meluahkan perasan tu?? korang rasa hebat?? megah?? konon-kononnya korang dah pertahankan Islam??? konon-kononnya makcik tu gentar dengan kata-kata korang??? matang la wei.. makcik tu tak kisah pun.. dan korang buang masa sebab melakukan sesuatu perkara yang tak ada manfaat.. perkara ini akan melalaikan korang..Islam ajar kita berdakwah secara tenang, jangan emosi.. orang yang emosi mudah dihasut syaitan..dan bagaimana kita nak berdakwah kalau kita tunduk pada syaitan??? tulisan makcik tu sememangnya bertujuan memanaskan hati korang,dia memang nak korang mencarut, then dia lagi bangga bila korang share dalam facebook.. ramai yang baca dan mencarut... sudahnya secara tak langsung korang telah membantu dia melalaikan ramai lagi orang.. APA KITA PATUT BUAT???? pertama, tak yah layan, benda macam nie dah terlalu banyak dalam fb, Miki Mitchel la, Jasmine slalu epy la, banyak lagi yang seumpamanya..semuanya tak mendatangkan manfaat dan mudharat langsung jadi lebih baik korang fokus untuk dakwah hal-hal lain kedua, perbanyakkan hadis dan maksud ayat Quran dalam status fb korang.. kenapa??? korang marah makcik tu hina Islam tapi korang sendiri macam la pertahan Islam sangat, tengok status masing-masing la!! berapa kali korang punya status berdasarkan agama berbanding dengan perkara-perkara nonsence??? korang nak ajar makcik tu cakap perkara yang elok sedangkan korang????????????????? ketiga, jangan terlalu sensitif hal-hal begini..seeloknya korang kene lebih sensitif mengenai masalah saudara Islam kita sendiri.. ia akan lebih membantu sebenarnya.. zina, arak, judi, cerai, kahwin lari, curang, banyak lagi isu yang patut diketengahkan... kalaulah korang meluangkan masa untuk memikirkan masalah dunia Islam especially masyarakat meLAYU kita nie..pasti sinar Islam akan lebih mudah sampai dengan terang ke akar umbi... hentikan komen dan share link blog or apa-apa yang mengarut, biar mereka cerca Islam kerana cercaan mereka tak memberi untung walau sedikit!! bak kata Siti yang tak penah jadi kawan aku (not yet!!) "tak hidup dek puji, tak mati dek maki"-kalau tak salah la.. jadilah ummat Nabi..Nabi cuma menjawab waalaikum (keatas kamu jua) setiap kali orang mengejinya.. kerana Nabi ingin mengajar umatnya jangan berlebih-lebihan dan banyakkan sabar... wallahualam.. |
Monday, May 23, 2011
pesanan dari Batu 14..
kenapa umur mereka singkat sangat???
itu persoalan yang asyik menerpa aku saat aku tatap berulang kali wajah-wajah anak-anak yatim At Taqwa yang sudah menjadi arwah akibat kejadian tanah runtuh 21 Mei lalu.. jauh disudut hati aku merasakan alangkah baiknya jika mereka diberi peluang hidup lebih lama, mungkin mereka boleh berbakti untuk agama??
kenapa mesti mereka???
bukan kelab-kelab malam yang terlalu melambak di KL?? bukan bohsia, bohjan dan pondan di belakang pasar raya setiap malam?? kenapa mesti orang-orang yang terdidik akhlaknya, orang yang tinggi ilmunya, orang yang menghambakan diri sepenuhnya kepada illahi??? banyak pemimpin yang jadi hamba pada nafsu serakah, teramat ramai orang-orang yang tak tau harga maruah kenapa Allah tidak timpakan mereka itu tanah runtuh??? kenapa airmata mujahidin yang perlu berlinang??
mereka antara insan yang tak reti nak "couple-couple" nie..mereka bukan insan yang suka nak memonyetkan diri(istilah untuk orang yang suka cinta monyet) dan mereka bukan jenis manusia yang lupakan Quran dengan menekan handphone (msg la tu) jadi persoalannya kenapa mesti mereka????
kenapa tidak kita??
bukankah kita yang selalu melupakan Allah?? bukan kita yang selalu meninggalkan Allah sedangkan Allah tak pernah meninggalkan kita?? kita yang diberi tempoh hayat yang lebih lama dari mereka, yang tidak pernah tulus cinta pada Allah bukankah kita yang patut dimatikan??? bukankah mulut kita yang jarang berzikir malahan yang selalu "pok pek pok pek" waktu azan patut dipenuhi dengan tanah??

orang kita menangis dengan tragedi ini tetapi tidak menangis melihat betapa teruk kekurangan diri!! orang kita rajin sedekahkan Fatihah buat arwah (tak salah) tetapi jarang untuk sedekahkan doa buat diri!!
bencana ini besar hikmahnya.. Allah mematikan hambaNya yang masih muda dalam keadaan hambaNya tidak berada ditempat maksiat, arwah kebanyakannya masih muda bermakna tidak sempat untuk melakukan maksiat seperti kita selalu menyempatkan diri!!
arwah meninggal dalam keadaan yang cukup baik, dalam keadaan bumi amat menerimanya tidak seperti Mustafa Kamal At Tartuk dan Firaun-firaun yang lain, arwah meninggal tanpa hutang piutang, tanpa musuh-musuh..
sekarang cerminkan diri kita andai kita meninggal pada waktu yang sama tetapi dilokasi yang biasa kita berada, depan komputer tengah online??? depan tv?? tidur di atas tilam "Vono"?? tengah press motor sekuat yang boleh?? tengah melepak??? alangkah buruknya kematian kita..
dari satu segi kita sewajibnya bersyukur kerana Allah masih memberi peluang untuk kita membetulkan segala yang salah, namun dari satu segi yang selalu aku terbayang dan amat menakutkan, adakah mungkin Allah tengah beri petanda bahawa aku sendiri akan diazab lebih teruk daripada itu????
nauzubillah..
"antara tanda dekatnya kiamat adalah kematian para ulama"
moga Allah tempatkan kita dan mereka disisi hambaNya yang dikasihi..amiin..

Wednesday, May 18, 2011
Earth Hour VS Nakba
Ada tak antara kita perasan mengenai Earth Hour yang jutaan manusia sambut pada 26 Mac lepas begitu meriah sebenarnya??? dalam fb orang berkempen, dalam blog orang berhujah dan tepat pada waktu yang ditetapkan kebanyakan bandar-bandar utama setiap negara mula memadamkan lampu masing-masing selama sejam.
Indah sangat bila lihat anak-anak Melayu Islam juga beriya-iya menyambut seakan-akan ia perayaan wajib, aku tak kata sambutan tu salah korang jangan salah faham lak...sambutan tu bagus dan hebat dalam menekankan peranan masing-masing supaya jangan membazir elektrik, SOKONG 100%
masing-masing main peranan, t-shirt melambak-lambak terjual kat pasaran tapi... aku ingatkan rakyat Malaysia prihatin, aku diam je bila sampai 1 tarikh yang amat penting..tarikh yang buat jutaan mata pejuang Islam yang kental akan berlinang, tarikh yang buat aku dan hampir semua aktivis Islam menyalahkan diri...
tarikh nie tiada pula t-shirt melambak, tarikh nie fb sepi selain "in relationship" tak habis-habis...dalam blog mereka yang meraikan Earth Hour pun perkara nie tak disentuh..mana pergi anak Melayu Islam yang kononnya prihatin tadi???? mana pergi tukang kempen yang sayang sangat kat bumi tadi??
malu bila aku sedari, manusia akhir zaman lebih menyayangi bumi berbanding Islam.. mesti korang confiuse tarikh apa yang aku maksudkan..ok aku bagi klu..
tarikh dia 15 Mei.....ha mesti korang yang ammmmmmmaaaat prihatin tau kan??? ha!!!! tak tau???? 15 Mei 1948 tak tau??? malunya.... sampai hati korang kan..
tak patut korang wat camnie!!! tak patut langsung..perayaan yang entah mana halatuju korang sambut dengan meriah, "perayaan" Malapetaka korang tak sambut pun...

Nakba Day..pernah dengar??? atau soalan sepatutnya, pernah tahu????
ini adalah hari memperingati 500 BANDAR dan KAMPUNG diceroboh Israel laknat yang menyebabkan 700 000 saudara korang terpaksa jadi pelarian dibumi sendiri..
maaf pembetulan,
700 000 saudara Islam (bukan korang) terpaksa jadi pelarian dibumi sendiri..
bagi korang ini cuma berita jelah kan??? korang tak pernah fikir mungkinkah mak bapak korang yang umur makin lanjut tu yang jadi pelarian, korang tak pernah fikir orang yang korang sayang mati ditembak sesuka hati, korang tak pernah bayangkan adik-adik, anak saudara korang yang bayi-bayi mati akibat kebuluran..
korang tak pernah fikir!!! tak pernah nak rasa sayang!!!! tak pernah nak ambil berat pasal dunia Islam!!!
macam mana korang boleh bersemangat sambut Earth Hour tapi lesu dalam Nakba??? malu la kat diri sendiri..malu sangat-sangat..
untuk penutup, izinkan aku bertanya..saat kau disoal dalam barzakh nanti,
"Siapakah saudaramu??"
korang mesti nak jawab "orang Islam saudaraku"
betulkah??????
Sunday, May 15, 2011
aku dan donkey
""Aku hairan.Mengapakah kau diciptakan Allah menjadi manusia?Kan lebih baik kau menjadi haiwan."
kata-kata tajam yang terdapat di dalam filem "Ibu Mertuaku" ini bukan sekadar lakonan, bukan sekadar kata-kata biasa, ia mengandungi makna yang amat besar. skrip dari filem hebat ini menggambarkan kebencian Kassim kepada mak mertuanya, tetapi skrip ini juga selalu bergema dalam hati aku bila melihat terlalu banyak keldai-keldai yang berdua-duan disetiap ceruk, sudut dunia yang aku lewati..sakit je hati aku tengok kerja kurang cerdik (bodoh) keldai nie buat..
"dah sakit, tak yah la tengok"
perghhhhh!!!!! 20% hati aku dah terbako dengar kata-kata keldai nie (keldai berkata-kata????)tapi bila aku muhasabah diri balik, ada benarnya kata-kata dari keldai tu.. disebabkan itu aku pun meneruskan perjalanan ke tempat lain sambil aku khusyu' memikirkan falsampah keldai Al-Mangkukhayyun(gelaran aku bagi) yang ternyata ada benarnya... untuk menghiangkan haus, aku duduk di bawah satu pokok besar dekat tepi jalan...
"hehehe betul ke u nak bine kandang besar buat i??? eeeeee beznye"
"tapi u kene la bagi i anak ramai-ramai tau, i suke dak kecik"
"hehehe, jaaat u nie..gatai"
tesembur air aku baru minum tadi, betul-betul buat basah tekak je, terkejut bila terdengar suara disebalik pokok yang besar tu.. aku pun menjalankan aktiviti skodeng aku..akhirnya baru aku tahu suara tu datang dari 2 ekor keldai yang lain pula... aku pun bercakap dengan suara lunak
" mak ai geli giler dengar ayat abang dan akak keldai tadi"
"dah geli tak yah la dengar, sebok je"
perghhhhhh!!!! aku terpana, 20% lagi hati aku mula terbako dengan falsampah keldai nie yang lebih kurang sama dengan keldai Al-Mangkukhayyun tadi,, huh tapi macam tadi aku pun berlalu pergi bila terasa rasional kata-kata keldai tersebut...kenapa aku nak sibuk-sibuk kan??? langkah demi langkah kaki aku menapak tiba-tiba tersepak pulak dahan pokok yang tumbang..
"cilakak toi la dahan pokok nie"
tiba-tiba dahan tu bercakap ngan aku
"abang lagi cilakak dari saya"
aku mula keliru sebab tadi aku berjumpa dengan keldai bercakap, sekarang dahan reput..aku dah gila????
dahan tu menyambung cakap ngan aku...
"kalau abang cegah perbuatan keldai-keldai yang abang jumpa tadi mesti saya tak jadi macam nie!!!"
dahan tersebut mula menangis...
dan akhirnya aku baru faham apa yang terjadi..
keldai tadi adalah golongan manusia yang suka berdua-duan (couple/dating)
dahan pokok tumbang tadi adalah bayi terbuang atau anak haram
aku sepatutnya mencegah maksiat yang pasangan couple tadi buat.. lantak aku la nak pandang atau dengar apa-apa perkara sekalipun sebab Allah bagi aku kebolehan mendengar dan melihat.. tapi pasangan couple macam tu tak boleh berbuat sesuka hati sebab maksiat yang diorang buat tu diatas tanah milik Allah!!! bukan milik diorang.. dah duduk dekat tanah milik Allah, ikutlah perturan Allah!!! kalau taknak ikut pergi "cari" tempat lain, tak payah duduk dekat tanah nie... kita yang menyibuk kat bumi Allah, kita!!!!
dan akhirnya yang menjadi mangsa adalah bayi-bayi malang yang dibuang atau anak-anak haram..mereka jika lahir dengan ikatan yang sah insyaallah akan menjadi dahan segar yang memberikan manfaat..tetapi sayang ia tidak terjadi, akibatnya bayi malang selalu mati dijalan, anak haram selalu disepak dan dimaki orang.
untuk kes ini, keldai( pasangan couple) dan aku (masyarakat) bersalah!!!! pasangan cople salah sebab buat maksiat, masyarakat salah sebab meredhai maksiat yang dilakukan..pasti nanti makin banyak dahan reput tumbang ditengah jalan dan semua akan menyalahkan kita kerana bersubahat dalam maksiat!!!!!
astaghfirullahalazim... sedarlah, mengapa kita dicipta sebagai manusia,bukan binatang???
kata-kata tajam yang terdapat di dalam filem "Ibu Mertuaku" ini bukan sekadar lakonan, bukan sekadar kata-kata biasa, ia mengandungi makna yang amat besar. skrip dari filem hebat ini menggambarkan kebencian Kassim kepada mak mertuanya, tetapi skrip ini juga selalu bergema dalam hati aku bila melihat terlalu banyak keldai-keldai yang berdua-duan disetiap ceruk, sudut dunia yang aku lewati..sakit je hati aku tengok kerja kurang cerdik (bodoh) keldai nie buat..
"dah sakit, tak yah la tengok"
perghhhhh!!!!! 20% hati aku dah terbako dengar kata-kata keldai nie (keldai berkata-kata????)tapi bila aku muhasabah diri balik, ada benarnya kata-kata dari keldai tu.. disebabkan itu aku pun meneruskan perjalanan ke tempat lain sambil aku khusyu' memikirkan falsampah keldai Al-Mangkukhayyun(gelaran aku bagi) yang ternyata ada benarnya... untuk menghiangkan haus, aku duduk di bawah satu pokok besar dekat tepi jalan..."hehehe betul ke u nak bine kandang besar buat i??? eeeeee beznye"
"tapi u kene la bagi i anak ramai-ramai tau, i suke dak kecik"
"hehehe, jaaat u nie..gatai"
tesembur air aku baru minum tadi, betul-betul buat basah tekak je, terkejut bila terdengar suara disebalik pokok yang besar tu.. aku pun menjalankan aktiviti skodeng aku..akhirnya baru aku tahu suara tu datang dari 2 ekor keldai yang lain pula... aku pun bercakap dengan suara lunak
" mak ai geli giler dengar ayat abang dan akak keldai tadi"
"dah geli tak yah la dengar, sebok je"
perghhhhhh!!!! aku terpana, 20% lagi hati aku mula terbako dengan falsampah keldai nie yang lebih kurang sama dengan keldai Al-Mangkukhayyun tadi,, huh tapi macam tadi aku pun berlalu pergi bila terasa rasional kata-kata keldai tersebut...kenapa aku nak sibuk-sibuk kan??? langkah demi langkah kaki aku menapak tiba-tiba tersepak pulak dahan pokok yang tumbang..
"cilakak toi la dahan pokok nie"
tiba-tiba dahan tu bercakap ngan aku
"abang lagi cilakak dari saya"
aku mula keliru sebab tadi aku berjumpa dengan keldai bercakap, sekarang dahan reput..aku dah gila????
dahan tu menyambung cakap ngan aku...
"kalau abang cegah perbuatan keldai-keldai yang abang jumpa tadi mesti saya tak jadi macam nie!!!"
dahan tersebut mula menangis...
dan akhirnya aku baru faham apa yang terjadi..
keldai tadi adalah golongan manusia yang suka berdua-duan (couple/dating)
dahan pokok tumbang tadi adalah bayi terbuang atau anak haram
aku sepatutnya mencegah maksiat yang pasangan couple tadi buat.. lantak aku la nak pandang atau dengar apa-apa perkara sekalipun sebab Allah bagi aku kebolehan mendengar dan melihat.. tapi pasangan couple macam tu tak boleh berbuat sesuka hati sebab maksiat yang diorang buat tu diatas tanah milik Allah!!! bukan milik diorang.. dah duduk dekat tanah milik Allah, ikutlah perturan Allah!!! kalau taknak ikut pergi "cari" tempat lain, tak payah duduk dekat tanah nie... kita yang menyibuk kat bumi Allah, kita!!!!dan akhirnya yang menjadi mangsa adalah bayi-bayi malang yang dibuang atau anak-anak haram..mereka jika lahir dengan ikatan yang sah insyaallah akan menjadi dahan segar yang memberikan manfaat..tetapi sayang ia tidak terjadi, akibatnya bayi malang selalu mati dijalan, anak haram selalu disepak dan dimaki orang.
untuk kes ini, keldai( pasangan couple) dan aku (masyarakat) bersalah!!!! pasangan cople salah sebab buat maksiat, masyarakat salah sebab meredhai maksiat yang dilakukan..pasti nanti makin banyak dahan reput tumbang ditengah jalan dan semua akan menyalahkan kita kerana bersubahat dalam maksiat!!!!!
astaghfirullahalazim... sedarlah, mengapa kita dicipta sebagai manusia,bukan binatang???
Subscribe to:
Posts (Atom)